Halaman

Jumaat, Januari 15, 2010

Semangat Diet!

Giler dah lama aku tak menulis blog rupanya.. maybe kecewa yang baru-baru ni tak abis lagi kot.. btw aku dah mula berdiet skarang untuk menurunkan berat aku yang dikategorikan sebagai "obes tahap 2". ok la kalau nak tau berat aku korang cari le sendiri. aku bagi hint je. boleh?

tinggi = 178cm
bmi = 35.5

(berat tu.. kalau nak dukung mau 4-5 orang skali baru dapat)

masuk hari ni hampir sebulan lebih aku dah start ber'dayet' ni dengan bantuan JDM5 (nak tau ape itu JDM5 tanya sama angkel gugel). jahanam jugek la duit aku rm450. nak kurus punya pasal.. tapi apa yg aku boleh cakap benda alah ni agak bagus la dalam memBANTU menurunkan berat aku yang semakin teruk ni.

secara kasarnya dengan cara dayet aku yang main2 ni (pagi xmakan, petang xmakan, malam tibai briani ayam tandoori) pun still boleh turun hampir 5kg dengan BANTUan JDM5 (30 peket atau kira2 sekotak setengah).

sejak akhir2 ni je baru aku start balik main gym, joging watsoever (tapi musim hujan camne nak joging bang). mudah-mudahan keinginan aku untuk kembali seperti manusia normal tercapai. tak perlu nak susah2 cari kedai XXL beli baju, kesihatan pun xperlu risau dsb.

bagi aku, untuk kurus ni bukanlah semata-mata untuk kelihatan tampan, tapi yang penting dari segi kesihatan.. umur aku kurang 2tahun je lagi nak masuk 30 dah. bahaya tu.. mcm2 komplikasi penyakit yang ada sekarang dengan kombinasi makanan yang banyak ada ajonimoto, garam, serbuk perasa dan lain-lain lagi.

harap-harap untuk blog aku yang seterusnya ni aku lebih fokus untuk berkongsi dengan korang tentang diari pemakanan aku (mungkin eksesais juga kot) berbanding dengan blog lama aku yang penuh dengan cerita haru biru.

last but not least, to vic, mimie and alice who left me for what i am being. i will show you one day i`m also normal like others..

0 pemisangan(s):

Related Posts with Thumbnails