Halaman

Jumaat, Februari 05, 2010

Jumaat yang hujan

Hari ni aku bangun lambat sikit.. terjaga pagi tadi ingatkan baru jam 7 pagi. tengok2 jam rupanya dah jam 11. giler betul ah! Nasib baik kelas aku hari ni xde kuiz ke ape ke. terpaksa la baca sendiri lepas ni..

Teringat hujan hari Jumaat. teringat pesan orang-orang tua. Nenek aku penah cakap "kalau hujan hari jumaat biasanya hujan berterusan sampai seminggu". Aku pun tak dapat nak pastikan kesahihan kata2 beliau melalui fakta (tapi kalau dalam Al-Quran cakap ada, memang kena percaya la) sebab melalui pemerhatian aku yang dh berpuluh tahun ni, kalau hujan hari jumaat, malam tu mesti dah berenti. Tapi kadang-kadang memang membawa sampai ke 3-4hari hujan berterusan.

Ala biasa la cakap orang tua-tua. kebanyakannya nak menakutkan kanak-kanak yang nakal macam aku waktu kecik-kecik dulu. Tapi ada rasional disebalik pesan mereka. Mcm mak aku, waktu kecik2 aku suka sangat makan ayam sampai satu tahap sehari 3kali lauk makanan aku mesti ada ayam. Lalu mak aku pun bertitah.. "Barangsiapa yang makan ayam setiap hari, nescaya dia akan menjadi lelaki pondan". Peh.. Cuak aku beb waktu tu. Biasa la time budak2, memang takut kalau kena gertak mcmtu. start dari hari tu terus aku tak berani nak makan ayam walaupun dalam bentuk yang lain seperti nugget, keropok dan sup ayam. Bila aku dah besar sikit, mak aku selalu pulak masak lauk ayam kalau aku balik rumah sebab aku waktu tu bersekolah di sekolah asrama. jadi jaranglah nak balik ke rumah. setahun mungkin 3-4kali saja. dia memang tau antara lauk kegemaran aku ialah ayam. tak kiralah apa jenis masakan pun. Then aku tanya dia balik.. "Mama, dulu mama cakap kalau makan ayam selalu nanti jadi pondan, tapi la ni boleh pulak?". Then mak aku jawab ape tau? "Dulu kau makan ayam hari2, jenuh la aku nak beli.. dah la ayam mahal. Makan ikan murah sikit. Mama ni duit tak berapa nak cekang waktu dulu.. Lani takpa la nak makan banyak mana pun".

Terkedu aku bila dengar jawapan dari mak aku. Lawak sinis tapi penuh bermakna. Kadang2 kita waktu kecil dulu terlalu sangat ikut perasaan sampai nak semua yang mak bapak kita tak mampu. Bila dah hidup sendiri sekarang barula kita sedar kemampuan kita dalam sesuatu perkara. Macam aku. Nak makan ayam hari-hari pun kena pk banyak segi dulu sebab kewangan aku tak berapa mengizinkan untuk makan sedap..

Pesan orang-orang tua kadang2 ada rasional disebaliknya. Macam contohnya "Jangan main waktu senja, nanti kena culik jin". Sebenarnya dorang nak takutkan kanak2 supaya suruh balik awal sikit, bukannya nak main sampai lepas maghrib. Banyak lagilah pesan2 yang kadang2 bila kita dengar rasa pelik juga tapi disebaliknya tersembunyi kesan yang sangat mendalam.

Wow untuk hari khamis aku timbang berat aku. dah menurun lagi 1kg secara tak rasminya. Ok juga la tu. Bukan senang nak turun 1kg dalam tempoh 5hari (hanya 2hari eksesais). Untuk berat rasmi mcm biasa, akan diumumkan pada setiap hari isnin. Pemakanan aku kembali kepada normal dimana aku tak makan diluar, cuma sediakan lauk boring (sardin, telur lenyek). Mungkin aku nak mencuba makanan lain pulak lepas ni. Dh muak hari2 makan benda yang sama. Baru aku tau apa perasaan kucing kalau makan frieskies hari2..

0 pemisangan(s):

Related Posts with Thumbnails