Halaman

Khamis, Februari 25, 2010

Kempen TakNak Nasi

Ah.. baru saja melepasi tahap kesibukan yang melampau selepas melalui sesi peperiksaan dan interview. Rasa lega la sikit untuk hari ini. Esok cuti sempena Maulidurrasul. Boleh rehat2kan minda sebentar di rumah. Baru plan nak join perarakan tapi khabarnya tahun nie takda lagi perarakan sebab dah jadi isu bid`ah pulak. So nanti balik aku akan research dulu samada aktiviti tersebut bid`ah atau tidak.


Tadi aku pegi lunch kat kafe tower dengan 2-3-4 kerat kawan aku. Dalam keramaian orang di kafe, aku dengan rilek pisangnya mencapai pinggan lalu terus memotong barisan orang ramai(orang biasanya queue sebab nak amik nasi, aku tak makan nasi, oleh itu tak perlu berbaris la kot) dengan mengambil beberapa jenis lauk (ayam goreng, kari daging dan sayur taugeh goreng). Orang semua dah ushar aku pelik kecuali makcik tukang kira harga(sebab aku hari-hari beli kat kaunter dia). Bersama sebotol air mineral, aku menuju ke meja makan.


Bila dah sampai kat meja kawan-kawan aku semua ushar pelik.."Apahal kau tak makan nasi?" "Aku memang dah tak makan nasi tahun ni. dah dekat 2 bulan dah pun.." "Yeke? Tipulah kau.. tapi kau nampak ada kurus sikit la. kau diet ke?" Macam tu lah lebih kurang dialog yang dah berlaku. Mungkin dorang tak perasan aku dah lama tak makan nasi sebab aku jarang makan semeja dengan dorang. 

Kemudian aku pun berceritalah sikit pasal konsep diet yang aku amalkan kat dorang. "Aku sekarang diet tak makan nasi. Bukan setakat nasi aje, mee, bihun, roti, ubi kentang dan yang sewaktu dengannya aku berpantang jugek". "Dapat pulak kau tahan?". "Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan". Cewah berfalsafah pulak aku..


Ok la terus terang aku cakap. Memang la agak susah bagi aku masa minggu pertama & kedua aku tak makan nasi dulu. Pendek kata benda-benda yang berkarbohidrat lah(termasuklah gula) terpaksa aku keluarkan daripada senarai wajib makan setiap hari. 
Antara makanan yang aku suka tapi terpaksa aku tak makan termasuklah nasi beriani, roti canai, teh tarik peng(ais) dan lain-lain lagi termasuklah milo, indocafe 3 in 1, biskut yakub(Jacob), biskut kering, roti krim dan sebagainya. Terlalu nak mengikut apa yang disarankan oleh Atkins punya pasal.. Tapi takpe. at least hasil usaha aku tu dah agak menampakkan kesan yang agak ketara la. Daripada berat maksimum aku dulu yang hampir mencecah 115kg, aku dah mampu hilangkan 15kg dalam tempoh tak sampai 2 bulan. Menarik kan?

Tapi disebalik yang menarik itu tersembunyi jugak perasaan nak makan nasi.. Orang Asia beb. Kalau tak makan nasi sehari, mau menggeletar bulu hidung.. Macam mula-mula aku start dulu. tapi sekarang Alhamdulillah.. sampai sekarang dah masuk hari yang ke 40 aku xmakan nasi, aku rasa dah boleh kawal nafsu nak makan nasi. Yang penting, aku belum lagi pecah pantang larang aku sehingga sekarang(maksud aku tak ambil makanan-makanan yang aku sebutkan tadi).


Kononnya nak buat 99HTN(99 hari tanpa nasi) yang diasaskan oleh sapa aku pun tak tahu.. cuba2lah google sendiri..

4 pemisangan(s):

the noise thereafter berkata...

baguslah 15kg turun, gua nak buang lemak kat perut ni. nak diet tak mampu, bersenam jela.

yangyuyu berkata...

ha 15 kg? wah cayalah...menang le nampak gaya nih

99htn dah tamat le contestnya..hmm..

harun berkata...

15kg since januari lah.. kalau bulan februari sampai 28hb ni mungkin akan hilang dalam 7kg saja. ini pun agak slow skit. dah 3hari tapi turun 0.5kg ja. maybe sbb xgi joging kot. asyik main bola jalanan ja..

Ini memang kac berkata...

gleee ah!!!i pon pnah turunkan berat bdn. . .tp naek balik. . sbb hobi makan nasi. .ah lah. . life tak sonok ahh tak mam nasi. . hehehe

Related Posts with Thumbnails