Halaman

Jumaat, Februari 26, 2010

Maulidur Rasul - Perlu ke?

KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Kerajaan Negeri tidak akan mengadakan sebarang sambutan bagi menyambut Maulidur Rasul memandangkan bulan Maulud tidak mempunyai sebarang fadilat dan kelebihan berbanding bulan Ramadan.

Nik Abdul Aziz berkata, Kelantan tetap tidak akan menyambutnya, walaupun negeri lain membuat sambutan secara besar-besaran.

“Boleh jadi, orang negeri lain sambut Maulud besar-besaran. Bulan Maulud sendiri tidak ada sebarang fadilat tidak sebagaimana bulan Ramadan. Bulan Ramadan memang ada fadilat dan kelebihannya. Bulan Maulud tidak ada apa.

“Di rumah saya sendiri, saya tak pernah buat Maulud. Sebenar-benar Mau-lud bagi saya, bagi orang seperti kami (gerakan Islam) ialah mewujudkan suasana Islam dalam sebuah negara. Ini sebenar-benar Maulud,” katanya kepada pemberita ketika ditemui sewaktu berkunjung ke rumah Pengerusi Eksekutif SBJ Binajaya Sdn Bhd sempena sambutan Tahun baru Cina di sini, semalam.

Dua hari lepas, akhbar arus perdana menyiarkan laporan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang membatalkan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul yang sebelum ini diadakan setiap tahun bagaimanapun ekoran kritikan hebat dan bimbang kehilangan sokongan orang Melayu, Kerajaan Negeri itu membuat keputusan untuk mengadakan kembali perarakan Maulidur Rasul walaupun mengikut program asal sebelum ini ia dibatalkan.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz berkata, baginya penerapan nilai-nilai Islam yang dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan Pas di negeri ini sepanjang tahun adalah Maulud sebenar.

“Saya di Kelantan ditugas menjaga Kelantan betul-betul berasas kepada Islam. Ekonomi cara Islam, sosial cara Islam, budaya cara Islam yang dilaksanakan sepanjang tahun, itu Maulud bagi saya. Maulud bagi saya sepanjang tahun,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menggalakkan rakyat di negeri ini meneruskan amalan kunjung-mengunjungi dalam usaha mengeratkan hubungan di antara kaum.

“Saya datang ke rumah Datuk Tan untuk mengucap Selamat Tahun Baru kepada kaum Cina. Ucapan tahun baru ini ialah adat resam bangsa tertentu. Orang Melayu tidak ada tahun baru, selain tahun hijrah. Zaman dulu peladang dan petani ada musim menabur.

“Kini sudah tidak ada. Yang ada ialah tahun hijrah. Sambutan Tahun baru bagi orang Cina, itu dia punya fasal. Saya setiap tahun datang mengucap Tahun Baru Cina kepada orang Cina.

“Dan orang Cina nak kata tahun harimau ke, tahun apa, itu dia punya pasal. Tak ada apa. Dalam Islam tak ada masalah apa,” katanya.

Mengulas mengenai ama-lan kunjung mengunjungi, Nik Abdul Aziz berkata, ia tidak menjadi masalah dalam Islam.

“Masalah orang Melayu berkunjung Tahun Baru Cina ke, orang Cina nak berkunjung ke rumah orang Melayu, tak ada apa dalam Islam.

“Kita jangan sekali-kali terpengaruh dengan keadaan semasa. Kadang-kadang benda yang berlaku semasa ini tidak serupa dengan kehendak agama. Tetapi dengan sebab benda itu berlaku semasa bercanggah dengan agama, kadang-kadang menjadi masalah. Contohnya, Maulud Nabi.

“Saya minta orang Melayu, Cina dan sebagainya duduk dalam keadaan baik. Orang Islam tidak meletak bangsa ini lebih, walaupun bangsa Arab, walaupun bangsa Nabi, namun tidak lebih dari bangsa lain,” katanya.

Mungkin aku agak terlambat nak baca berita ini tapi yang pasti aku dah menemukan berita yang akan menyapot(mensupport) post aku kali ini. Iaitu berkisar tentang bid`ah yang aku dah sentuh dalam 2 post yang lalu. 

Kalau nak diikutkan pengertian bid`ah tu menurut bahasa bererti sesuatu yang baru tanpa adanya contoh sebelumnya. Kalau dari segi istilah, bid’ah diterangkan sebagai muhdats, iaitu sesuatu yang baru di dalam agama yang tidak pernah disyariatkan oleh Allah dan rasul-Nya atau suatu cara yang diadakan/dibuat oleh orang di dalam agama Islam yang menyerupai syari’at untuk tujuan beribadah kepada Allah. Nak tahu lebih lanjut tentang istilah dan jenis2 bid`ah boleh la baca kat sini.

Maulidur rasul mengingatkan kita tentang peristiwa kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.(cepat jawab selawat, amik berkat) yang mana baginda merupakan Nabi bagi umat Islam seluruhnya. Dari lirik lagu pada post sebelumnya, dah tercatat yang baginda dilahirkan pada 12 RabiulAwal atau 20 April pada tahun Gajah. Aku cuba mencari sumber yang tepat bila tahun masihi baginda dilahirkan. Tapi tak peraya la..(tak terdaya)

Jadi untuk menghayati kelahiran baginda rasulullah S.A.W. kita pun meraikan hari Maulidur Rasul ataupun dipanggil oleh sesetengah orang Maulud Nabi. Tapi menurut Nurul Izzah, penggunaan Maulid Nabi adalah lebih tepat. Mungkin dari sebutan bahasa arab kot..

Apa yang penting pada hari ini ialah bagaimana cara kita menghayati sirah dan perjalanan hidup baginda rasulullah S.A.W. itu sendiri. Kalau setakat hari ini saja hari yang kita nak ingat nabi, belarak(berarak) tengah jalan bawa sepanduk riuh rendah tapi penghayatan yang sebenar tak ada, mungkin dah jatuh hukum yang berlainan(mungkin la.. aku ini bukan ustaz. sila tanya pada yang pakar.)

Cuma peringatan sesama kita. Hidup biarlah dalam wasatiah (kesederhanaan). Tiada perarakan tapi penghayatan terhadap sirah nabi itu sepanjang hidup adalah lebih baik daripada melakukan pembaziran tapi penghayatan tu tak ada.  Komen aku tentang perarakan maulid nabi? Sila baca berita di atas. Pendapat TGNANM mungkin ada benarnya..

Saya budak baru belajar, kalau salah tolong jolokkan. Mana tau apa yang aku tulis ni salah ke. Silalah komen ya

0 pemisangan(s):

Related Posts with Thumbnails