Halaman

Selasa, Mac 02, 2010

Penghayatan kepada yang tiada

 
 *hanya sekadar hiasan. kredit gambar kepada muazanmohsin
Gambar diatas hanyalah sekadar hiasan dipagi yang dingin ini. Walau bagaimanapun gambar roti-roti tersebut masih berkaitan dengan post kali ini. Pagi tadi aku bangun awal. Kesakitan perut yang amat kesan daripada pengambilan pertama teh orang kampung. Boleh kata sepanjang malam juga la memerut di rumah buangan yang boleh dikatakan telah banyak menabur bakti (tandas la tu).

Semalam secara langsungnya diet aku pecah lagi (tapi masih juga tak makan nasi). Masa awal sekitar jam 8 malam aku pekena sotong penyet dengan beberapa orang kawan aku. Lepas tu masa tengah round-round sekitar bandar Kuching ni tiba2 member aku warganegara Brunei tu call. "Pok, ku da sampai airport dah tok. Sori ku salah nangga flight time tek." "Aih awal na kau sampei. Padah jam 1145pm, tok baru jam 1050pm." "Ok lah pok sikhal ku nunggu kau dtg juak lah.."

Kerana dia bestfren aku, sanggup juga la aku bergegas menuju ke tempat kejadian, airport Kuching yang letaknya kira-kira 20km dari lokasi asal aku. Sampai nak ambil dia jam dah 1120pm. ok la tu tak lama sangat dia tunggu. Bersama-sama dengan bagasinya aku terpandang sebuah beg plastik yang mengandungi banyak bungkusan roti GARDENIA!! Oh.. Alangkah bahagianya bila aku memandang bungkusan roti Gardenia Butterscotch.. Feveret aku tu.. Dia bagi kat aku sebungkus, tapi pada awalnya menolak. Alasannnya konon nak jaga diet. Kemudian dia tak habis-habis pujuk suruh aku amik juga roti tu. Mana leh tahan beb.. Dah berapa lama tak makan roti Gardenia ni..

Then kitorang pun gi la lepak-lepak kat mapley bt7 sambil order kopi-o. Makan juga aku roti tu 3 keping bersama separuh bahagian Gardenia Quickbites.. Uh nang nyaman lah kata orang Sarawak. Oh lupa pula nak maklumkan. Untuk pengetahuan anda, roti Gardenia tidak dijual di Sarawak Darul Kenyalang ni. Hanya terdapat di lepehland** sahaja. Mungkin ada sebab kot kenapa Gardenia tak dijual di Sarawak. Yang aku tau, salah satu dari sebabnya adalah mengelakkan monopoli.

Bila aku makan 3 keping roti Butterscotch tu, aku memang menghayati sangat2 rasa, aroma dan juga kesedapannya.. Yela, bukan senang nak dapat roti Gardenia kat Sarawak ni. Tambah2 lagi free.. Lagi la sedap.. Kalau kat semenanjung dulu roti Gardenia memang bersepah-sepah dijual di pelbagai kedai. Sampai tak teringin pun nak makan. Bila dah ada kat Sarawak ni barulah aku menghayati erti kesedapan roti Gardenia ni.. Biasalah, bila ada depan mata, tak rindu. Bila dah jauh dimata, terlalu sayang pulak.. Kata orang-orang bercintalah..

Jadi konsep orang bercinta pun sama juga macam roti gardenia ni. Jadi hayatilah apa yang ada di depan matamu itu kerana kamu akan merinduinya bila beliau tiada kelak...

*aku dapat satu biji je semalam.. sori bro gua main sebat je gambar, tak sempat nak snap gambar roti tu. sampai rumah je member2 aku sebat habis!!
**lepehland = Malaya @ Semenanjung Malaysia

bukan setakat roti je, ayam tandoori pun aku sebat juga semalam.. Haha.. mampuih la aku harini! 2km jadi 4km la jawabnya...

2 pemisangan(s):

aemy berkata...

wah,.., dah dpat butterscoth eh.. hhehe
selamat berdiet...

Jen berkata...

"Jadi hayatilah apa yang ada di depan matamu itu kerana kamu akan merinduinya bila beliau tiada kelak..."

Bagus benar ayat ni. Boleh digunakan untuk kekasey2 yang kurang menghargai kepentingan kita

Related Posts with Thumbnails