Halaman

Ahad, Februari 14, 2010

CNY Part 2

Baru pulang dari aktiviti melihat pesta bunga api (firecrackers) dekat Taman Sahabat. Agak happening.. Orang punyalah ramai. ramai giler sampaikan nak parking keta pun susah. Parking ikut dan saja. Asalkan dapat tengok show bunga api.
Malangnya bersama ku ialah kamira henfon saja. oleh itu tak banyak imej-imej yang dapat diperolehi dengan kemas. Janji ada kamira suda.. Pesta bunga api bermula seawal 1140pm dimana tuan-tuan cina yang kaya-raya akan memulakan persembahan mereka dulu. Sampailah sekitar jam 1200am barulah aktiviti bunga api dimainkan secara berjemaah. Finale percikan bunga api yang paling terang di sekitar jam 1220am. Biasanya tokey yang paling kaya lah akan pasang mercun bunga api dorang tu last2. Baru gempak.
Pasca permainan bunga api diserikan dengan debu-debu yang dah membentuk jerebu akibat daripada pertunjukan bunga api tadi. Nak drive pun tak nampak, nak bernafas pun tak selesa.. nasib baik hujan. Ada kurang la sikit.

2 jam sebelum bunga api.. aku dan rakan2(tak ramai, 6orang je) buang tebiat pegi main futsal kat court Alamanda. siap berebut lagi dengan gadis2 sunti berbangsa India. tapi kitorang buat bodoh je. janji lepas gian nak bersukan. punyalah kemaruk nak main futsal selepas daripada permainan bersama team AFC.. ada la dalam 40minit main. masing2 dah pancit. tak tahan. court besar, main 6 orang. berlari ke hulu ke hilir. mana tahan beb..

1 jam selepas bunga api.. aktiviti merosakkan diet aku berlangsung di Raja Ayam Penyet.. aku order sotong penyet*, member2 aku pun pakat2 order sotong penyet. last2 aku tolong habiskan bahagian dorang(tapi aku mcm biasa, makan lauk je. nasi xmakan).. Untuk malam ke-3 berturut-turut aku asyik makan besar dan makan malam.. Punah diet aku. Usaha aku berbulan-bulan. Aku tak risaukan badan aku naik mendadak. tapi aku lebih risaukan tahap metabolisma badan aku sebenarnya..

Wah.. tahun harimau ke tahun ni.. aku pun tak pasti. tanya kawan2 cina aku dorang cakap tahun ni tahun harimau.. So aku assume betul la kot.. Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada mereka-mereka yang menyambutnya (khususnya yang berbangsa Tiong Hua). Kalau anda melayu / india / dayak / bumiputra pun anda sambut, jadi ucapan ini juga ditujukan kepada anda. Semoga tahun ini mendapat dua kali ganda kemakmuran(bak kata beger kemakmuran mcD, dabel kemakmuran..)


Gong Xi Fa Cai! (semoga cepat kaya)




*Sotong penyet mengandungi sotong yang digoreng dan dipenyekkan, tauhu goreng(2pcs), tempe(3pcs), ulam2an dan juga sambal rendang yang sedap sehingga menjilat kaki
Aku tak celebrate hari valentine sbb aku tak de awek / kekasih / bini. jadi tak perlulah aku mengulasnya lagi disini.

0 pemisangan(s):

Related Posts with Thumbnails