Halaman

Sabtu, Februari 13, 2010

New Look / CNY part 1

Seperti biasa.. blog lama aku mengambil masa +-2minggu pada permulaan sebelum menukar xml theme yang lain. Blog ini juga aku buat perubahan total pada xml theme. Tapi simple je. lebih dari 20 template aku try (termasuk yang lama2 punya) n then tweak sikit untuk kurangkan image berlebihan bagi memberi laluan kepada iklan2 nuffnang(ya akaun dah lama tapi baru dapat 64sen je..)
So kepada toh puan yangyuyu, nah ini dia nuffnang saya. haha.. Bila dah ada nuffnang, aku pasti mengharapkan traffic hit yang lebih tinggi untuk view blog aku. oleh itu marilah kita bersama-sama promote mengpromote blog rakan2. kahkahkah..
Atas permintaan geng2 forumer lowcarber.org, aku terpaksa la menyediakan blog berbahasa inggeris(mat saleh ni nak tau jugak kot mcmana lifestyle orang asia bila berdiet). so aku plan nak buat dua blog. tapi takut tak larat pulak nak update nanti.. Apa2 pun aku akan fikirkan dulu nanti. Sekarang agak sibuk dengan project / research / tesis etc etc etc..

................................................................................................................................

Hari ini hari Sabtu. Tidur lepas subuh, bangun waktu zohor(nasib baik sempat). Punya la xnak tido sebab semalam dah bantai 2 ketul ayam goreng mcD yang sangat lazat.. Esok CNY. Malam ini tengok bunga api lah. Event wajib setiap tahun. kat malaya takde nak tengok bunga api macam festival bunga api kat putrajaya tu setiap tahun. Hany  di Sarawak. sebab apa? tanya la uncle2 dan auntie2 yang memasang roket pelancar bunga api di rumah masing2.

Lokasi wajib sudah tentu Taman Sahabat kerana kawasan tu orang2 cina banyak yang kaya-raya. Sekali main bunga api habis sampai puluhan ribu ringgit. Kalau yang lagi gempak, sampai beratus ribu ringgit pun sanggup berhabis.
Aku ingat lagi waktu aku sekolah dulu aku penah tanya kawan cina aku kat sekolah. "Yau*, kenapa orang cina suka main bunga api?". "Oo itu memang budaya kami. Setiap tahun baru cina mesti main bunga api untuk halau naga dari telan bumi". Terkejut jugak aku. Tapi aku tak kisah pun. Itu budaya masing2. Kepercayaan dorang. Lagipun bagus jugak. Tengok show free. Lepas tu si Yau tu tanya aku lagi. "U all malay pun selalu juga main bunga api tiap-tiap raya". "Oh, tu budaya orang melayu juga tu tiap2 tahun malam raya mesti main bunga api". "Kenapa selalu masuk tv kalau orang melayu main bunga api asyik putus jari, putus tangan je?". "..."


*Aku tak ingat nama penuh dia tapi aku baik la dengan dia waktu secondary school dulu. Memang fasih berbahasa Melayu. Kehidupan pun boleh serasi dengan orang Melayu. Cuma perangai dia je yang tak Melayu..

0 pemisangan(s):

Related Posts with Thumbnails