Halaman

Selasa, Februari 23, 2010

Hari-hari yang sibuk -1


Sudah mula sibuk dengan lambakan projek, tugasan dan juga pembentangan persembahan(aku ini student ya). Ditambah pula dengan keadaan internet yang kurang bagus memaksa aku jarang-jarang menulis blog(idea pun kurang juga). Oh ya gambar disebelah menunjukkan satu lanskap Unimas(sabah ke sarawak, korang cari sendiri. kadang2 ada juga orang silap) yang telah diubahsuai dari segi warna dan juga tona dengan menggunakan perisian GiMP(OSS) yang merupakan perisian percuma yang boleh didapati secara default dalam Ubuntu OS(sekarang tengah guna la ni ubuntu).
Ok dah cukup dengan carutan. sekali lagi dengan bangganya aku mempersembahkan keputusan BMI yang terbaru dengan mencatatkan pengurangan sebanyak 1.5kg menjadikannya 31.55BMI. ini bermakna aku bakal memasuki arena berat 2digit. Dah hampir 5 8 tahun aku membawa bersama berat badan aku yang sudah berada angka 3digit sebelum ini.
Syukur Alhamdulillah aku dah sampai ke tahap ini. Bukan senang nak turun banyak kilo ni. Dari mula aku diet sehingga sekarang, hampir 15kg dah turun. Bayangkan kalau beli daging lembu kat pasar. 15kg banyak mana korang boleh dapat??(banyak uuu..)..
Mungkin selepas BMI aku berada dibawah 30 baru aku boleh menotasikan berat badan aku dalam bentuk berat nyata iaitu KG. tak perlulah aku nak terhegeh-hegeh kira berat aku dalam BMI lagi kan.. InsyaAllah kalau diizinkan Tuhan mungkin dalam 2minggu aku dapat capai BMI dibawah 30 (dengan syarat kena konsisten dengan apa yang aku ada sekarang.)


Aku baru beli jersi AC Milan 2 hari lepas.. Persediaan untuk menjadi penyokongnya pada minggu depan. Harap-harap boleh menang lah..
Hari-hari yang konsisten. rajin pulak aku bersukan sejak dua tiga empat menjak ni.. risau bila dah sibuk nanti jarang bersukan dan berat mula perlahan menurun..

2 pemisangan(s):

N berkata...

Minat Ac Milan rupanya =p

harun berkata...

minat kelab serie a. saya minat as roma the most. ac milan hanya pelengkap jadual bagi golongan G.E.M.U.K. (gagasan excited manchester united kalah)

Related Posts with Thumbnails