Halaman

Jumaat, Februari 12, 2010

Lega

Hati aku kembali lega bila aku timbang lepas maghrib tadi menunjukkan meter ke asal.. pening juga kepala aku. mana tak nye semalam aku tibai steambot tak hengat. tapi kawan aku cakap "sekali sekala xpe man. yang penting pantang larang kau terjaga".. apa yang dia cakap tu betul. tapi aku terlupa nak jaga pantang larang semalam.
Ayam, ikan, fishball, nugget, sotong, ketam semua aku belasah.. sampai boleh pulak aku tersilap order air tin (Green tea less sweet, masih jugak ada gula). Then dibujung sessi steamboat tibai lagi aiskrim.. Sedap aiskrim. lama sangat aku tak makan(dari tahun lepas lagi rasanya sbb tahun ni aku start diet).
...................

Hari ni berbelanja la sedikit membeli makanan tambahan (supplement kata orang). Lepas solat Jumaat, lepak kafe Alamanda merah makan sayur goreng dengan tauhu masak merah. Air pasti air kosong. Then drive balik kolej, lepak2 sekejap, terus drive pegi Tabuan Jaya.
Aku lupa nama farmasi ni tapi kat sini satu2nya farmasi yang menawarkan harga yang agak murah(memang murah pun) kalau nak beli ubat atau supplement.

Sebenarnya memang ada effect juga kalau tak makan benda-benda alah mcm supplement ni. Badan jadi letih. Nak joging pun xbermaya je. Yela, dah makan tak cukup khasiat. So benda-benda ni yang tambahkan khasiat aku. Jahanam jugak laa RM50 aku sehari kerana 3 benda alah ni.. Sesampainya aku kat depan pintu farmasi tu, ada sorang sales girl approach aku. Aku pun cakap yang aku nak multivitamin. Terus dia offer yang brand mahal punya. Ada ginseng la apa la. Aku tengok harga, bagai nak rak. Mahal nak mampus. Aku pun cakap la aku nak brand Seven Seas je. Memula dia paksa jugak2 aku beli brand yang dia recommend tu. Bila dah banyak kali dia cakap suruh beli, aku pun sound la cara baik. "Miss, i`m your customer. Suppose u should get what i want, not what u want." Then aku dapat tengok muka dia bengang. Maybe sebab aku xnak beli apa yang dia recommend kot..(nak beli jadahnya. mahal nak mampus. aku bukan orang kaya pun).
Then lagi 2 benda tu aku cari sendiri tanpa bantuan dia. Time nak bayar kat kaunter, sales girl tadi tu gelak2 je kat aku. dia cakap ape? "Ala u bought that brand more better la than this cheap brand". Aku pun seraya menjawab "No thanks, i stick with this brand for 2years already". Kat hujung2 tu masa dia borak2 dengan member dia tu aku macam terdengar ayat "cheapo guy, shame on u".. Lantak kau la. Aku customer kau. Duit aku, aku punya suka la.. What the *&%^~!!

3 barang yang aku maksudkan tu ada di atas. Equal, multivitamin and cod liver oil capsules. 3-3 jenis barang tu disarankan oleh Atkins(walaupun brand xsama la, tapi aku assume kandungan kualiti vitamin dia tu sama). Aku suka beli brand seven seas ni sebab dia murah dan berkualiti. Nak beli yang mahal? siap la.. sebulan mau RM100 dah kena pk pasal supplement je..
Equal aku beli sebab aku nak cut off pengambilan gula secara total. Multivitamin aku beli sebab nak menambahkan zat yang mungkin aku xdapat semasa aku makan. Cod liver oil capsules aku beli untuk menggantikan jenis cecair(sebelum ni aku minum Scotts Emulsion, letih la nak beli. Sebotol besar kalau minum ikut sukatan tahan 2minggu je). Jadi pilihan yang lebih efektif yang aku ada adalah dengan membeli yang jenis pil ni. Khasiat, of kos la Scotts Emulsion punya lagi banyak.. Asalkan aku dapat khasiat yang sama, kira ok lah ni..

Petang tadi aku tibai ayam goreng ala KFC seketul dengan sayur taugeh.. lapar beb. Mana bleh tahan

......................................................................................................

Another activity that ruin my 1 1/2 months of efforts.. buleh pulak keluar melepak dengan member2 aku (jeri, noim and 2jam girls) kat mcD.. 1 cup of coffee + 2 pieces of ayam goreng mcD.. arghh!!! susahnya nak menolak!!..

0 pemisangan(s):

Related Posts with Thumbnails