Halaman

Khamis, Februari 18, 2010

Reward to One self part 2

Wah.. hari ini menulis dalam bahasa malaya. yay! baru rasa bebas nak menulis..(kononnya lah). Baru balik dari bundle yang stailo mailo di MJC(area batu kawa). Hanya membawa balik sehelai jeans original Levis 550 orange tab(rare nih). tapi sayangnya ukuran waist 38. Sikit je lagi nak muat. Xpe, aku jadikan seluar ni sebagai pemangkin semangat untuk aku terus membuang lemak-lemak yang lebih ni(ayat takleh blah).


 Aku nak cerita tentang kedai bundle aunty ni pun susah sebab waktu aku ke bundle tu kamira fon tak bawa. Cuma bawa henfon cap ayam saja.. Barang kat kedai bundle tu memang banyak giler cuma tak terurus saja. Kalau pandai mencari pasti akan ketemu barang-barang yang best sebab dia longgok gitu je.




Antara barang-barang original yang agak rare dijumpai di kedai bundle tersebut ialah:
  • plain Levis Engineered 02(no patches & badges)
  • Levis Lot 501(agak rare ni)
  • Levis 550 Orange Tab
  • Guess white jeans(tak sure bila punya tapi tengok kod production mcm tahun 1999)
  • Lee corduroy 1969(dibuat pada tahun 1969, bukan est. 1969 ye)
  • Vans pants(skaters minat la menatang ni)
  • Moschino red corduroy jeans(dah buruk tapi still ok)
Tapi malangnya aku tak dapat nak tunjukkan semua gambar2 yang aku sebutkan diatas tu. Cuma sempat amik gambar seluar yang aku beli je(itu pun sebab aku beli). Kawan aku sebat Levis Engineered dengan Lot 501. Untung betul dorang. Pinggang kecik2. Aku jugak yang melepas..


Ok untuk update hari Khamis. Aku berjaya turunkan lagi sebanyak 1.5kg sejak hari Isnin lalu walaupun dalam tempoh seminggu ni aku makan agak banyak. Tapi bersukan pun sama banyak la dengan makan.. Sebagai menyambut penurunan berat aku untuk hari ini aku hadiahkan diri aku sendiri sehelai jeans bundle dan juga sepinggan snack plate KFC...(Jahanam juga la..)

0 pemisangan(s):

Related Posts with Thumbnails