Halaman

Isnin, Mac 08, 2010

Berat Hari Ini

















awas! jikalau anda ke bandaraya kuching silalah mengambil lagi sekali lesen memandu anda untuk mendapatkan kaedah parkir (sebut parking) kenderaan seperti begini (sekurang2nya 40darjah membangang dari darjah asal parkir).

Rajah hanya untuk hiasan, bukan panduan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati. Aku cuma nak update berat aku saja pada hari ini. Hehehe..
Seperti yang telah dijelaskan pada minggu lepas, aku mula mencatatkan berat aku setiap sekali pada awal minggu(hari ni ler tu). Ini adalah disebabkan oleh hal-hal seperti mengelakkan penimbang daripada rosak oleh kerana terlalu kerap menimbang berat badan dan juga kekangan masa(seperti yang kalian tau, aku sekarang agak sibuk dengan final projek).
Dan untuk hari ini.. Jeng jeng... Macam tak percaya. Penurunan lagi 2kilo menjadikan berat keseluruhan sebanyak 30.3BMI. (lagi 0.3 untuk mencapai berat minimum <30BMI). Agak terkejut kerana sepanjang hari minggu yang lepas, aku langsung tidak kehilangan berat badan disebabkan oleh pengambilan teh herba yang telah aku terangkan pada post yang lalu. Kali terakhir aku timbang ialah pada hari Jumaat lepas iaitu hari ke-5 dan juga hari terakhir aku mengambil teh herba tersebut..
Mungkin ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya hari Sabtu dan Ahad lalu aku hanya makan sedikit (ikan bilis, telur & sardin) dan juga aku telah menghabiskan sekurang-kurangnya 3jam sesi latihan fizikal(larian, jogingan, gyman dan juga futsalan) pada hari kedua-dua hari tersebut.
Alhamdulillah aku dah dapatkan semula penurunan yang konsisten untuk minggu lepas. Dan untuk minggu-minggu yang akan datang insyaAllah aku akan tingkatkan usaha untuk turunkan lebih banyak supaya aku dapat memakai jersi AC Milan dengan gayanya. Cewah!!

Pagi-pagi dan hujan.. Kena pi post office pula untuk renew lesen aku yang dah mampus seminggu lepas..

1 pemisangan(s):

Mr. Bambino berkata...

tahniah harun...cayalah..!!

Related Posts with Thumbnails