Halaman

Selasa, Mac 09, 2010

Siri bercakap dengan Mr. Bam 1

Aduh.. aku agak sibuk kebelakangan ini dengan lambakan tugasan dan juga projek yang nak diselesaikan. Bukan apa. Bulan 3 ni memang merupakan bulan yang memang sengaja nak bagi orang sibuk terutamanya orang-orang macam aku ni.. Jadi bila aku terbaca entri kelab diet Mr. Bam terpacul pula soalan-soalan yang aku rasa secara jujurnya aku perlu jawab demi kebahagiaan korang (hehe..). Sejurus sebelum aku menulis entri ini, aku baru je pulang dari melepak di kedai mamak bersama-sama dengan 3 orang kawan baik aku (kira consider baik la sbb dorang honest dgn aku). Menemani bersama aku pada ketika itu ialah 3 pinggan nasi beriani ayam dan juga sepinggan bihun goreng (korang boleh teka la aku mana apa tadi. hehe) dan juga 3 gelas teh tarik bersama segelas air kosong (yang ni pun korang leh tau aku minum yang mana).

Ok kembali ke topik asal aku iaitu siri bercakap dengan Mr Bam. Tiada kena mengena dengan siri bercakap dengan jin dan yang sewaktu dengannya. Dengan pengumuman juara TBL Februari yang lalu maka berakhirlah sesi keperitan para peserta untuk bersaing menurunkan berat badan dan aku tidak terkecuali daripada menyertai pertandingan tersebut. Dan berakhir dengan keputusan yang mana aku telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Sekarang Mr Bam  (penganjur pertandingan) ingin menemuramah aku dengan dua soalan sahaja. Soalan simple, tapi aku perlu jawab demi merangsangkan semangat orang-orang seperti aku (dan aku juga) untuk menurunkan berat badan kepada yang ideal. Berikut adalah soalan-soalan daripada beliau :

Mr Bam : Sejak bilakah Harun mula menguruskan badan dan berapakah berat Harun ketika itu?
Harun : Secara kasarnya aku mula start berdiet sejak pertengahan bulan Disember 2009 dan waktu itu aku mula berdiet dengan bantuan JM5 yang mana sehari aku minum 2 peket demi mengikut saranan daripada Dr. Rozmey tentang penggunaan produknya ditahap optimum. Pada waktu tu berat aku berada ditahap gemuk yang maksimum iaitu 115kg.

 Mr Bam : Apakah cara/kaedah yg Harun amalkan untuk menurunkan berat badan dari mula hingga sekarang dan berapakah jumlah penurunan berat badan Harun sekarang?
Harun : Macam aku yang telah aku jawab pada soalan pertama,aku mula berdiet dengan bantuan JM5 sehinggalah pertengahan bulan Januari 2010 dimana setelah hampir 25hari aku menahan makan dan lapar yang agak dahsyat, aku pun mula timbang berat badan aku. Malangnya penurunan hanya setakat 3kg sahaja menjadikan berat keseluruhan sebanyak 112kg. Memang lah terasa sedih sebab aku dah ikut saranan Dr. Rozmey sepenuhnya; makan ikut aturan, bersenam dan juga kira kalori. Sampaikan aku terpaksa mengira kalori terlebih dahulu sesuatu makanan sebelum aku makan.
Bila dalam kotak JM5 hanya tinggal lebih kurang 8peket lagi, aku mula terpaksa mencari alternatif lain untuk berdiet sebab aku memang tak mampu untuk membeli 3 kotak JM5 setiap bulan. Jadi aku mulalah rajin bertanya dengan pakcik Google tentang diet yang berkesan. Kebetulan Allah telah menemukan aku dengan satu blog. Kurang Karbo. Petua dan tips dalam blog tu agak menarik. Berlandaskan prinsip diet Atkins yang mengutamakan pengambilan protein dan membuang karbohidrat daripada proses pemakanan. Dalam proses menghabiskan peket-peket terakhir JM5, aku pun mula membaca dengan penuh khusyuk tentang konsep yang diasaskan oleh Dr. Atkins tu. Memang memberi kesan sebenarnya. Jadi aku pun berhasrat untuk mencuba.
Bermula pada pertengahan Januari 2010 aku mula berdiet dengan mengamalkan secara keseluruhan apa yang disarankan oleh Dr. Atkins. Segala bekalan makanan yang ada dalam almari aku ; mee Sedap, kopi 3in1, milo, susu, oat dan sebagainya terpaksa aku abaikan buat sementara waktu. Dan yang paling penting ialah sumber karbohidrat yang paling utama, nasi. Memang susah aku taknak makan nasi pada awalnya. Tapi sebab nak kurus untuk sihat, aku gagahkan juga. Untuk permulaan, aku berdiet dengan penuh rasa bahagia sebab aku boleh makan apa saja. Cuma aku terlalu mengikut saranan Atkins sampaikan menu harian aku pun agak membosankan pada permulaan diet; pagi telur 2 biji, tengahari sardin mayo, malam salad campur. Setiap hari makan benda yang sama. Baru aku faham perasaan kucing bila makan Friskies setiap hari.. Jemu!! tapi aku gagahkan juga untuk 2 minggu yang pertama. Selepas selesai 2 minggu pertama aku timbang berat badan aku. WOW! agak terkejut kerana aku kehilangan 4kg dalam tempoh 2 minggu. memang sesuatu yang aku tak sangka!
Jadi untuk minggu-minggu yang seterusnya aku pun meneruskan apa yang telah aku jalankan tetapi aku ubah cara pemakanan aku. Aku ambil makanan aku ikut masa. Sarapan, tengahari dan malam. Cuma apa yang aku buat, tak makan nasi, mee, bihun dan yang sewaktu dengannya. Aku makan lauk. Nak makan banyak mana pun makanlah. Asalkan kalori keseluruhan tak lebih daripada 2000kcal sehari. Gula pun aku dah hentikan pengambilan secara total. Aku gantikan dengan pemanis tiruan seperti Equal ataupun Pal Sweet. Sebab gula adalah antara punca utama pelepasan karbohidrat yang banyak dan tak terkawal.
Senaman? sudah pasti. Kalau berdiet tanpa senaman, penurunan memang terasa agak perlahan sebab jumlah tenaga yang diterima tak sepadan dengan yang dikeluarkan. Secara puratanya setiap hari aku pasti akan berjoging atau berjalan sejauh 2km(keliling kampus). Kalau hari yang perlu aku pergi gym, aku akan menghabiskan kira-kira 2jam untuk weight training dan juga threadmill. Kalau hari hujan atau letih macam mana sekalipun aku pasti akan buat juga latihan fizikal supaya peluh-peluh akan keluar dan ini secara tak langsung akan membuang air yang berlebihan(dikenali sebagai gemuk air) dalam badan.
Sehingga hari ini, dah hampir 60 hari aku berdiet dengan cara Atkins, aku dah kehilangan 20kg secara total sejak bermulanya program diet aku. Alhamdulillah, berat aku sekarang berada dibawah paras <30BMI iaitu 95KG. Memang aku akui agak susah nak hilangkan 20kg ni. Tapi apa yang penting bagi aku, semangat yang tinggi. Sebab kalau takde semangat, kita tengok orang makan apa pun kita rasa nak makan je. Sekarang aku boleh mampu berbahagia dengan mengenakan seluar jeans Levis bersama baju bersaiz XL berbanding dulu bersaiz XXL. 

Aku perlu hilangkan lebih banyak berat lagi untuk mencapai matlamat BMI normal aku. Lagi 20kg tu beb!! banyak tu.. dan sekarang aku masih berusaha untuk itu. Sama-samalah kita berusaha dan berdoa semoga Allah kurniakan kepada kita tubuh badan yang normal dan sihat untuk kita terus menjalani hidup yang singkat menunaikan kewajipan sebagai hamba Allah insyaAllah..

Harap2 aku dah jawab soalan kau Mr Bam eh.. puas aku menulis berjela-jela ni. haha..
 Untuk entri kali ini aku terpaksa tulis dalam BM sebab aku tak reti nak explain dalam bahasa England. kahkahkah

1 pemisangan(s):

Dhia Dzul berkata...

confirm! pasni go for Atkins... nak buat... tapi x leh buang roti... cam ner eh...

Related Posts with Thumbnails