Halaman

Jumaat, Mac 12, 2010

Kantoi



Kantoi by Zee Avi. teringat pulak kisah silam dulu. tapi bukan aku yang kantoi, malah aku mengantoikan dia.. tak payah ungkit lagi tentang dia itu. hanya tinggal sejarah (cewah~!!).
skarang ni pun aku sedang kantoi dengan notasi2 technopreneurship and product development. esok 2 jam peperiksaan. msc standard la konon
tadi seawal jam 12 tengah malam pun dah kantoi lagi dengan maggi sardin. habis jahanam diet aku. naz, tak sanggup lagi gua begini kerana mee maggi. 3bulan tak makan maggi akhirnya makan juga aku tadi. agak banyak perkara yang mengantoikan aku sepanjang minggu lepas dan minggu ini terutamanya bab makan.. nak jaga sangat makan, last-last kantoi jugek..
sebut tentang perkataan kantoi.. apa makna kantoi sebenarnya?

 dari segi bahasa, kantoi itu sendiri bererti kantoi manakala dari segi istilah pula kantoi bermaksud gagal dalam sesuatu percubaan, perlakuan mahupun perbuatan. istilah kantoi ini sebenarnya digunakan di dalam bahasa pasar yang mana rakyat malaysia sendiri yang mengiktirafnya dalam peringkat perbualan harian. walau bagaimanapun, kesesuaian penggunaan perkataan kantoi ini tidak sesuai untuk digunakan dalam majlis-majlis formal seperti mesyuarat agung tahunan PIBG, taklimat ringkas presiden MPP dan juga perutusan penyimpan mohor besar raja-raja (jika ada sekalipun ianya tidak layak digunakan).

penggunaan perkataan kantoi ini juga bergantung kepada situasi perbualan. contoh yang sesuai adalah seperti "milah, anak kau kantoi dengan aku tadi sebab dia menghendap anak aku mandi!" dan juga "ah mampus aku kantoi makan nasi dengan pengetua tadi (di bulan puasa)". contoh yang kurang sesuai digunakan dalam barisan ayat seperti "kami polis! anda telah kantoi!" dan juga "misi angkasawan kita ke planet musytari telah kantoi tengah malam tadi waktu tempatan". seperti yang telah dijelaskan tadi, penggunaan kantoi langsung tidak layak digunakan di dalam majlis-majlis formal seperti "pada tahun ini, kita telah kantoi dalam memperolehi pendapatan 1.3trilion perkapita, ulas beliau kepada pemberita" mahupun "tuan-tuan dan puan-puan sekalian, minggu lepas kita telah dikejutkan dengan kekantoian pendaki gunung yang kita sayangi untuk sampai ke puncak kerana beliau dipercayai ternyenyak tidur sebelum memulakan pendakian".

bukan sekadar bualan kosong, kantoi ini juga memainkan peranan kreativiti masyarakat muda dimana mereka suka-suki menokok-tambah perkataan asal kantoi yang mana kadang-kadang berbunyi kantul, kantoey, kotey dan kontoi. malah ada juga yang lebih kreatif dengan memasukkan imbuhan-imbuhan kepada kata dasar tersebut seperti mengantoi, kekantoian, pengantoian, berkantoian dan macam-macam lagi. suasana harmoni mungkin dapat ditimbulkan dengan perkataan ini tetapi nasihat aku yang paling utama ialah, elakkan menggunakan perkataan kantoi ini kerana ianya bukan sahaja merosakkan bahasa, malah mungkin akan memberikan impak yang negatif kepada muda-mudi masa hadapan dengan pengayaan bahasa-bahasa pasar.

kayakan bahasa kita. bahasa budaya bangsa.

sekadar penulisan pasar, bukan penulisan ilmiah. penulis tidak bertanggung-jawab atas apa jua kekantoian yang berlaku sekiranya pembaca menjadikannya sebagai sumber rujukan.

2 pemisangan(s):

enyheartsdiamond berkata...

bahasa jiwa bangsa! :D

Cipina berkata...

betul..bahasa jiwa bangsa

Related Posts with Thumbnails