Halaman

Rabu, Mac 31, 2010

ribut sibuk

ribut sibuk mula melanda diri aku sejak beberapa minggu yang lalu. dah 4 hari juga aku tak sempat nak menjenguk blog aku ni. kepada yang blogwalk, terima kasih semua. aku dah balas lawatan korang tapi mungkin ada yang tercicir juga.. pagi ni aku tulis2 pun sebab aku tak tido. terus berjaga sampai pagi sebabnya aku dah tdo awal semalam. gila bola datang lagi. 
Manchester United vs Bayern Munich. nasib baik la Olic skor gol last minit. menang juga Bayern dengan 2-1. tahniah untuk Bayern. at least tertutup sikit mulut2 fanatik manure tu.. menyampah betul aku. tengok bola pun nak emo lebih2. mcm la dorang yang main. harap ini merupakan berita baik buat ahli kelab penyokong GEMUK (Gagasan Excited Manchester United Kalah). hehehe..
Kebahagiaan juga dirasai bila mana kelab setia aku, AS Roma menang pula lawan Inter Milan 2-1 ditempat sendiri. hehe.. 1 point saja beza dengan leader serie a sekarang. harap-harap roma akan konsisten lagi dengan game yang akan datang. tahun depan boleh masuk Champions League..

sebut tentang gemuk.. aku masih dikategorikan sebagai seorang yang gemuk (kelas overweight dengan bmi terkini sekitar 29BMI). 
tengah semangat nak berdiet, kononnya nak mencecah angka 90kg sebelum akhir bulan Mac tiba2 rosak ditengah jalan.. kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hingga ke tengah malam.. bocor jugek la diet aku dek gara2 mee maggi lepas tengok brader Dino makan.. maka aku pun minta la sikit. itu pun dua suap je. lepas makan menyesal tak sudah.. then tadi kuar tengok bola pegi pulak hentam ayam Mak Entek.. nang nyaman deh! bertambah lah rosak diet aku.. aduyai!! menyesal tak sudah!!

kena pulak untuk meraikan ahli kelab penyokong GEMUK, para ahli (bersama seorang kipas susah mati manure) turut serta menjamah sarapan pagi di Mee Mohd Lim. tanya orang Kuching mungkin tak tahu sangat tapi kalau yang kaki makan mee memang akan tahu kedai dia. lokasi dia agak tersorok, di belakang Parkson RiverSide. hanya gerai yang kecil. tapi mee dia.. Ya Rabbi, sedap tak terkata. nak je aku tambah lagi semangkuk. tapi apakan daya, cita2 belum tercapai lagi. oleh itu, sabar je la..  memang bertambah-tambah rosak la diet aku minggu ni..


esok 1 April aku akan kembali dengan berat terkini aku insyaAllah (kalau kelajuan internet agak sempoi boleh la aku update melalui blog aku) dan yang pastinya aku takkan memenangi peraduan KDMB untuk bulan Mac. harapan mungkin ada, tapi para peserta lain pun boleh tahan hebat. so kita tunggu je la..

BTW mari kita doa2kan agar abang Din Beramboi kita sembuh daripada jangkitan bakteria. dengar khabar terawal dari lisa surihani kat FB beliau yang Din Beramboi kena infection dipercayai berpunca daripada air kencing tikus. bahaya tu! eeii~!!

makanlah mee mohd lim tanpa was-was

2 pemisangan(s):

.::WaNiE::. berkata...

good luck lagi sekali

huhuhu aku tak tau betapa payahnya diet

chaiyookk okk

ahmad berkata...

bulak eh bang man....

Related Posts with Thumbnails