Halaman

Sabtu, April 03, 2010

Mac yang berlalu

bulan lepas yang dah berlalu selama 31 hari adalah antara bulan yang paling banyak ujian kat aku. mana tak nya, pesta makan2, annual dinner, pesta muda mudi semuanya di bulan mac. nasib baik pesta kaul bukan bulan mac. kalau tak memang aku makan lagi banyak (pesta kaul tu ape?)
walau bagaimanapun bulan yang lepas sedikit mencacatkan perjalanan diet aku (diet progress) yang mana aku hanya kehilangan kira2 6kg sahaja berbanding bulan2 sebelumnya (purata kehilangan berat aku ialah sekitar 8kg/bulan ataupun 2kg/minggu untuk tempoh 3bulan berlalu). macam biasa, setiap awal bulan baru aku akan come out dengan post-mortem aku untuk mengenal pasti apakah punca-punca yang logik (walaupun tak berapa tepat) mengapa aku tidak mampu menghilangkan sekurang-kurangnya 8kg/bulan. dan inilah hasilnya :
1. makan dalam kuantiti yang banyak
ini adalah aku rasa antara punca yang agak mempengaruhi penurunan berat badan yang slow dan dalam tempoh beberapa minggu lepas aku memang makan agak banyak walaupun aku hanya makan sehari sekali (kadang2 waktu malam aku makan telur separuh masak je, tapi kalau dah lapar aku makan 2kali sehari jugek).

2. makan lewat malam
ini juga merupakan faktor yang paling besar menyumbang kepada kenaikan berat badan secara amnya. dan aku juga tidak terkecuali terjerumus ke lembah makan lewat malam walaupun hanya sekali sekala. tapi yang aku pasti sedikit sebanyak mempengaruhi kadar penurunan. kalaulah aku dapat tahan nafsu makan malam...

3. banyak makan makanan yang mengandungi fillers
fillers? apa tu? ok sebenarnya makanan yang mengandungi fillers seperti nugget ayam, fillet ikan, bebola udang dan stik ketam ini mengandungi fillers (seperti yang aku tahu, jenis2 makanan ini mengandungi tepung sebagai fillers atau bahan pengenyang sebanyak >60% manakala isi2 perisa seperti ayam, udang atau ketam hanya kira2 20% sahaja). jadi ianya bukan lah datang dari sumber yang asli seperti ayam goreng yang betul2 ayam, ikan kari yang betul2 ikan dan juga udang sup yang betul2 udang.
aku banyak makan makanan berjenis ini semasa musim bazar, pesta muda-mudi, menyaksikan perlawanan bolasepak di stadium dan juga konsert temasya warna warni.

4. makanan berkarbohidrat yang lain
walaupun aku tak mengambil nasi untuk jangkamasa yang agak lama (sebiji nasi pun berkira beb!) tetapi malangnya aku tak dapat nak menghalang diri aku daripada mengambil makanan berkarbohidrat seperti bihun, mee dan juga koeteow. walau bagaimanapun, dalam tempoh bulan mac yang lepas aku rasa aku hanya mengambil 2 hidangan mee (mee mohd lim) dan juga 2 hidangan bihun goreng. itu saja. tapi aku tetap merasakan yang itu adalah penyumbang kepada penurunan berat yang agak tidak memuaskan hati aku.

5. keperluan kalori yang semakin berkurang
seperti yang korang tau (mungkin ada yang tak tau), keperluan kalori juga bergantung kepada berat badan, umur dan tahap keaktifan seseorang individu. macam mana nak kira, silalah lawati cekodok`s calorie school. dan secara logiknya, berat yang semakin ringan memerlukan pengambilan kalori yang juga berkurangan daripada sebelumnya. jadi aku merasakan keperluan kalori aku sekarang semakin berkurangan berbanding masa mula2 berdiet dulu. mungkin ini adalah antara salah satu faktor penyumbang kepada penurunan perlahan. sebabnya, makanan yang aku ambil boleh dikatakan lebih kurang sama banyak setiap hari, tapi keperluan kalori semakin hari semakin berkurang.

6. kurangnya bersenam
sepanjang bulan mac ini juga aku rasa aku kurang bersenam dan ini disebabkan beberapa faktor yang aku rasa memang tak dapat nak elakkan. antaranya ialah disebabkan hujan (tak dapat nak joging), masa yang agak terbatas (aku banyak menghabiskan masa di makmal sejak2 aku sibuk ni), kemalasan tukang jaga gym untuk membuka gym (hari isnin dan rabu sepatutnya buka tapi aku pegi manjang tak buka) dan juga keletihan (ini isu biasa, semua orang letih).
insyaAllah aku akan cuba kembali aktif untuk bulan april ni. harap2 kadar senaman aku akan lebih meningkat berbanding bulan mac lepas.

7. semangat yang kian pudar
cewah ayat takleh blah! haha.. tapi inilah hakikatnya. semangat aku untuk terus berdiet agak pudar berbanding masa awal2 mahu meneruskan diet. mana tak nya, tiap2 kali member2 aku ajak melepak atau menyertai majlis makan malam (kecuali annual dinner) yang lain aku terpaksa menolak dan pelbagai cemuhan dorang lemparkan seperti"ala kau tak payah diet la, gemuk tetap gemuk la beb!" mahupun "kau saiz L aku rasa takleh nak pakai ni mcmana nak pinjam baju aku pegi dinner nanti?" terpaksa aku terima dengan hati yang agak sakit la.. 

selain dari cemuhan, ada juga nada2 yang sengaja nak merosakkan diet aku seperti "bro, kau masak la megi sardin, nanti boleh kita makan sama" ataupun "uhh sedapnya ipoh white coffee ni..". aku bab mi megi ni sekali je bocor juga daulat waktu bulan lepas bilamana kawan aku suruh aku masak mi megi kari sardin dan aku pun makan dengan bahagianya.. tapi yang aku takleh blah tu kopi putih ipoh tu. bro, piirah! gua tak heran la, balik ipoh nanti gua pekena yang fresh punya white coffee. lu pekena 3in1 ape barang beb! kahkahkah


7 faktor ini aku rasa cukup membuatkan seseorang itu gemuk kembali sekiranya ianya diamalkan secara konsisten pada setiap hari. kesimpulannya, bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. ngerti?

kalau aku tak menang tbl kdmb bulan ni aku akan tarik diri dari menyertai peraduan. muktamad! aku taknak tumpuan aku terganggu hanya kerana sebab nak menang peraduan tu.

5 pemisangan(s):

Syahida berkata...

saya suka makan lewat malam, hampir setiap hari. makan pukul 11 or 12 tengah malam..agaga..cepatla gemuk nanti ^_^.

harun berkata...

badan hensem takpe mkn banyak. haha

anirays berkata...

pasal kurang senaman tu, nak share pengalamn sket bole? slalunye gua joging setempat dlm bilik je sbb gua pemalu gilers nak joging kat luar hahaha..lantak r kalo org bilik bawah terasa gegaran, janji gua exercise..

harun berkata...

trimas kerana share pengalaman. joging setempat.. mcm menarik juga tu. hehe.. slalu gua joging atas jalan raya or kat treadmill je. tengok nnt kot2 bleh try kat bilik.

.::WaNiE::. berkata...

alamakk dah pudarr sile buat sesuatu kekekeke

Related Posts with Thumbnails