Halaman

Selasa, April 13, 2010

Keputusan TBL KDMB Mac 2010

Wow.. agak lama aku tidak menulis entri untuk minggu lepas. sibuk, sangat sibuk (padahal student je), mungkin dalam sibuk juga aku merasa ingin sangat untuk menulis kat pisang yang rileks ni. untuk share pengalaman diet aku dengan orang2 di luar sana yang membaca. tapi apabila sibuk itu ditambah pula dengan koneksi internet yang sangat2 macam siput, memang menjadi-jadilah kemalasan aku sampai aku menjerit kesakitan hati (bak kata orang, screamyx lah sepuas hati). seminggu juga la aku tak dapat meluangkan masa untuk menulis + balas kunjungan blog walker + jogginger. tapi insyaAllah aku dapat buat hari ini. dalam 2 hari ni baru tidur aku kembali normal selepas pelbagai projek dan tugasan telah berjaya dihantar dengan jayanya (cewah!)
ok cukuplah dengan carutan. aku cuma nak menulis tentang keputusan TBL kelab diet mr bam sesi mac 2010. keputusan telah dikeluarkan dalam seminggu yang lepas. cuma aku takde masa nak update sangat sebab minggu lepas sememangnya aku teramat sibuk sampaikan nak online pun takde masa. jadi apabila keputusan telah dikeluarkan,
aku merasa bersyukur kerana usaha aku selama ni tak sia2 juga walaupun turun hanya 6kg sahaja. hehe.. Alhamdulillah aku berjaya menjadi pemenang TBL KDMB mac lepas. Dan hadiah yang menanti aku ialah produk kesihatan iaitu foot detox patch. ape menatang tu? korang bolehlah baca kat sini dan juga sini untuk mengetahui apa itu foot detox patch. aku sebenarnya dah lama dengar tentang menda alah ni. 5-6 tahun dulu lagi rasanya cuma pada waktu itu nak beli tak berapa mampu. jadi sekarang dapat hadiah pun kira ok lah..
permohonan dari encik penaja KDMB iaitu mr bam untuk aku buat sedikit testimonial tentang produk tu pun insyaAllah aku akan cuba laksanakan. mungkin hujung bulan nanti baru aku tulis sikit tentang produk tu bila aku habis proses detoxification.
bila dah berakhirnya bulan mac, maka berakhirlah juga senarai notasi berat mingguan aku (yang aku tulis kat atas kertas seperti gambar di atas). dan ini adalah antara kaedah yang banyak membantu meningkatkan motivasi kendiri aku untuk terus menurunkan berat aku yang dulunya memang berat. untuk minggu ni, kelmarin aku timbang dan Alhamdulillah penurunan terus positif. dah tinggal 88kg. maknanya aku hanya perlukan turunkan lagi 9kg untuk mencapai tahap BMI normal yang paling bangsat (18 paling ok, 25 paling bangsat). insyaAllah aku cuba lah untuk berterusan menurunkan lagi. dan target jangkamasa terdekat aku ialah dapat mencecah bawah 85kg sebelum akhir bulan april ni insyaAllah.. sebagai rujukan dan motivasi korang, aku akan letak gambar notasi berat mingguan aku ni kat sebelah. nak juga orang tengok progress diet aku ni sebenarnya. hehe.. Alhamdulillah dengan izin Allah aku kembali normal. normal dalam ertikata hidup, berat, penampilan dan juga segala-galanya.

sori aku da jarang update blog aku. bukan tak berminat, tapi memang takde masa. ada masa, internet pulak sengal

0 pemisangan(s):

Related Posts with Thumbnails