Halaman

Isnin, Mei 31, 2010

kembali kembala - 2 (Infosys Campus Connect)


kembali kembala episod kedua setelah aku berehat agak panjang (bukan berehat tetapi sibuk) selama 2minggu mungkin. sebenarnya aku memang agak sibuk. lepas satu program, satu program pula aku join. baru je lepas dengan masalah-masalah dengan tesis, datang pula kursus lagi. agak panjang durasinya. tapi sekurang-kurangnya dapat juga ilmu yang baru selain memantapkan skill programming aku yang tak seberapa ni (cewah ayat xleh blah!)

kali ni aku join satu kursus yang diberi nama Infosys Campus Connects (ICC). ICC ni sebenarnya diilhamkan oleh kementerian pengajian tinggi (KPT) dan juga syarikat Infosys yang berpangkalan di Bangalore, India. Agak menarik sebabnya Infosys adalah satu2nya syarikat yang sanggup dedahkan segala ilmu dan juga standard-standard penting di alam pekerjaan, terutamanya di bidang programming.



 Sehingga tahun ini (2010) ICC telah memasuki batch yang ke-4 dimana aku adalah salah seorang peserta yang terpilih daripada 100 peserta yang terdiri dari berbagai kaum dan pangkat! haa menarik tu. Alhamdulillah terpilih juga tahun ni. Dan yang menarik sekali tahun ni Unimas dipilih sebagai tuan rumah untuk menganjurkan ICC yang berlangsung selama 100 hari. Lama tu.. Memang bagi aku agak letih la dengan jadual yang memang ketat. Kursus intensif. Sabtu Ahad pun ada kelas jugek.. giler ah memang rasa mcm nak mengamuk je. tp bila fikirkan apa yang dorang nak bagi kat aku macam tak ternilai, aku sabar je la..Untuk maklumat lanjut sila lah tanya pakcik google apa itu ICC. aku mungkin dapat la berkongsi sikit dengan korang (terutamanya student2 dan lecturer2 CompSc) tentang ICC ni. insyaAllah kalau ada masa (dan koneksi internet) aku akan terus menulis blog memandangkan lab tempat aku kursus tu koneksi internet telah disekat kononnya taknak 'distraction'...

Ok cukup dengan carutan ICC. progress diet aku semakin lama aku tengok semakin perlahan walaupun terus positif. faktor yang paling mempengaruhi adalah makan free!! serius, sepanjang ICC ni aku keja makan je! mana taknya, makan free 3x sehari. sapa taknak beb.. tapi Alhamdulillah Allah masih bagi aku kekuatan untuk aku teruskan usaha aku. Nasi tetap aku tak makan. Makan lauk je. kengkadang ada jugek orang cakap aku poyo.."eleh mamat ni poyo ape tak makan nasi. ingat UK ke ape". hahaha takleh blah la mangkuk tu. dah la yang kata kat aku tu pun gemuk. kahkahkah.. yang penting aku dah lari dari kategori 'gemuk' seperti mana orang-orang dan kawan2 pernah melabelkan aku sebagai 'gemuk','tembun','debab' dan sebagainya. Alhamdulillah..

Update untuk berat aku sepanjang 2minggu yang berlalu. Hanya turun 1kilo untuk seminggu menjadikan penurunan lagi 2kilo. berat semasa? jengjengjeng.. dah tinggal 82kg. Alhamdulillah. tinggal lagi 3kg untuk mencapai target bmi normal paling bangsat kategori internasional (kalau bmi ideal paling bangsat untuk Asian ialah sekitar 22bmi). dan secara tak langsung aku mula menukar cara diet aku dimana sepanjang 5bulan yang berlalu aku menyekat diri aku daripada mengambil karbohidrat secara terus menerus.
 sejak akhir2 ni aku rajin pulak minum susu. hahaha. lawak pun ada.. member aku siap cakap aku ni mcm budak kecik. tapi tak salah kan minum susu? ada khasiat juga tu. kononnya nak seimbangkan diet la memandangkan aku tak mengambil karbohidrat mahupun gula (gula lagi la tak sentuh. kadang2 je TERmakan jugek biskut manis. itu pun dalam kuantiti yang sangat sedikit).
dan bila berat aku dah mula susut, perubahan pada bentuk badan pun mula nampak dengan ketara. dan yang paling tak best skali.. takde bentuk!! nampak gelebeh macam raksasa dalam ceritera Ultraman, Flashman dan juga KeluangMan(takde kot rasanya). jadi aku pun mengambil inisiatif kendiri untuk bermain dengan peralatan membina otot( sila baca post yang sebelum2nya). dan atas saranan Scooby juga aku cuba ikut satu persatu tutorial yang beliau bagi secara online macam mana nak membentuk tubuh selain mengekalkan kesihatan.
jadi aku pun start balik mengambil oat dan susu walaupun aku pernah makan benda2 tu kira2 2tahun yang dulu waktu aku cuba2 berdiet secara serius tapi tak berjaya..
jadi insyaAllah misi terdekat kali ini ialah untuk mencapai berat ideal internasional paling bangsat selain mengubah cara pemakanan aku. 

haha jangan gelak lak bila baca post aku yang membara ni. agak bersemangat ketika ini bila aku tengok balik gambar2 lama aku. memang jauh perbezaan. Alhamdulillah...


9 pemisangan(s):

cik xxx berkata...

tahniah dude.
nak request tgk gmbr lama awk..

Unknown berkata...

wah makin terus bersemangat diet...mana gmbr lama nya...nk tgk

pepun...teruskan usahamu

harun berkata...

gambar2 boleh la di tengok di facebook saya k. cari Azman Sempit. hehe..

Shereen berkata...

lntak la bro org nk ckp apa pun..aku truja dgn hg punya initiative yg menggila..no sugar at all..itu yg the best..aku tu yg lemah, especially bab2 coffee..nasi x mkn k gi..tp serious bro..pedulikan org nk ckp apa..jnji, target hg smpai..peh tu maintain je..caya lah bro..aku kagum!

Shida berkata...

susah tak test infosys tu?

gempak la! boleh selected! huhuuuu

Tanpa Nama berkata...

If you wish for to improve your know-how just keep
visiting this web page and be updated with the hottest news posted here.
Visit my blog : free iphone 5

Tanpa Nama berkata...

Hi there, just wanted to mention, I loved this blog post.
It was funny. Keep on posting!
Here is my page how to make an app

Tanpa Nama berkata...

When I initially commented I clicked the "Notify me when new comments are added"
checkbox and now each time a comment is added I get three emails with the same comment.
Is there any way you can remove people from that service?

Thank you!
Check out my blog post ... Work at home

Tanpa Nama berkata...

Hey there! I just wanted to ask if you ever
have any trouble with hackers? My last blog (wordpress) was
hacked and I ended up losing months of hard work due to no
back up. Do you have any solutions to prevent hackers?
My web page ... my computer is slow

Related Posts with Thumbnails