Halaman

Sabtu, Mei 01, 2010

keputusan TBLKDMB April 2010

wah.. tidak disangka-sangka aku masih mampu menurunkan lagi berat aku walaupun sepanjang April yang lepas aku sememangnya sibuk (tak banyak masa nak berjogging, bersukan dan juga gym). hanya sesi gym sendirian di bilik dan free-hand exercise saja yang mampu aku buat. tapi takpe, sekurang-kurangnya ada peningkatan berbanding bulan lepas iaitu 1kg lebih penurunan walaupun aku tak banyak bersukan.

macam biasa, aku akan gunakan template yang hampir sama untuk aku kemaskini berat badan aku yang terkini. yang pastinya aku akan meletakkan screenshot teman sejati aku sepanjang aku berdiet ni (Salter Analog Scale). analog je... tak mampu nak beli yang digital. sekurang-kurangnya ada juga inisiatif untuk aku mengukur tahap penurunan berat aku. dan harap2 gambar tersebut menjadi pemangkin kepada yang sedang berdiet mahupun kepada pengkritik tegar yang kononnya aku menipu dalam bab timbangan berat badan..
Alhamdulillah, bila dah sampai ke tahap ni aku rasa macam puas berdiet. segala-galanya berubah. dari segi penampilan, keyakinan dan juga sokongan kendiri banyak berubah. 
mungkin kalau nak imbas kembali kehidupan yang sama pada waktu yang sama tahun lepas, waktu tu berat aku mencapai tahap maksimum 115kg dimana aku agak susah mencari pakaian yang sepadan. mana taknya, kurang2 baju saiz XXL, seluar pinggang huduh2 saiz 44, nak cari underwear? berhenti berharap la kalau nak pakai yang stailo mailo punya..dan sehingga hari ni jugaklah tepat 100 hari aku tak makan nasi (sentuh, jilat, kunyah, gigit dan sebagainya). sebiji pun berkira beb! nak disiplin sangat punya pasal..

tapi sejak akhir2 ni aku banyak pula mengantoikan diri aku dengan diet2 yang tak sepatutnya.. seperti contoh, sehari sebelum entri ini ditulis, aku telahpun menjahanamkan diet aku bersama-sama dengan 1400kcal makanan iaitu sebiji burger Double Spicy Chicken McDeluxe.. haha menarik kan? tapi yang lebih menarik lagi, 2 jam selepas itu aku membakar beberapa kalori dengan bermain futsal selama 2 jam. huh nasib baik ada jugak benda yang nak dibakar.. kalau aku balik tido terus memang konfirm tak terbakar punya..





untuk berat bulan lalu.. turun sekitar 7kg menjadikan berat semasa 85kg. sila rujuk gambarajah dibawah untuk kepastian lanjut.

maka dengan ini aku mengisytiharkan bahawa aku kalah dalam TBLKDMB untuk bulan April 2010 sebab ada orang turun lagi banyak daripada aku. hahaha.. anyway congrats to her. good effort. memang power abis lah dpt turun 19kg dalam tempoh sebulan.. aku sendiri pun amik masa 2-3bulan untuk turunkan 18kg..

5 pemisangan(s):

maisarah lani berkata...

usaha lagi yeah , chaiyok ^^

joegrimjow berkata...

macam WLC je
;)

FCUTEAM berkata...

kalau tak nak, bagi dekat aqu... aqu perlukan lemak.. :O



komen i punya entry gak ye.. klik kuat-kuat kat sini >>BLOGWALKING YANG TAK IKHLAS !!! JOMLAH BERUBAH !!! MESTI BACA !!



harun berkata...

at least tbl ni bagi semangat jugak la kat aku. alhamdulillah lagi 15kg nak mencapai normal. banyak tu. huargh!

cik xxx berkata...

TAHNIAH HARUN,

CAMANE NAK KONSISTEN TURUN BERAT BADAN NI.
CIK RISAU LPS NI TAK TURUN2 PULAK..

Related Posts with Thumbnails