Halaman

Jumaat, Jun 17, 2011

droid 1

saja nak ngetest guna droid..
Published with Blogger-droid v1.7.1

2011

Ya Allah sedar tak sedar dh lama aku tak menulis blog.. hampir 8 bulan~!! giler ke ape.. yang penting bukan sebab musim berblogging eh (aku cuma mungkin sedikit hilang minat kebelakangan ini)
Sejak dah start nak membina hidup, kononnya malas berblogging lagi..Tapi mungkin ini je cara aku nak mengisi masa lapang kot (sebab sekarang kerja aku start tengahari.. deng!)

Tadi aku terbaca The Malay Mail ada sinopsis tentang The Infidel.. teringin jugak aku nak tengok apa disebalik ceritera ni..

Rabu, Oktober 27, 2010

Masalah gula

Cuma nak share satu video tentang masalah gula yang semakin meruncing. Enjoy
(ingat nak sembang bab gula sebab kes cawan teh tertumpah dan semut datang 10minit kemudian tapi tiba2 mengantuk pulep)

Ahad, Oktober 24, 2010

Ahad..

Hari ini hari Ahad.. sememangnya Ahad. sesetengah orang suka giler hari Ahad yang permai ni. tapi bagi aku hari Ahad lah hari yang paling tak best walaupun hari ni lah aku dapat memilih sama ada untuk rilek pisang sahaja dirumah atau pun keluar sebentar melepaskan keboringan.
Ada pro dan kontranya sebenarnya hari Ahad ni.. Mungkin korang sendiri dapat menilai rasanya apa yang pro dan apa yang kontranya (kebaikan dan keburukan)

Bagi aku pro pada hari Ahad biasanya korang boleh 
  • rilek pisang dirumah sewa, rumah pakcik makcik, saudara mara sahabat handai serta keluarga
  • ataupun korang boleh keluar melampiaskan nafsu membeli belah di pasaraya terkemuka di sekitar anda
  • ataupun korang boleh menontong wayang kegemaran korang yang berada dipasaran (termasuk cerita 2 alam yang diwar-warkan sebagai pecah panggung rm40(hengget)
  • ataupun korang boleh bersiar-siar di taman awam, taman swasta atau pun taman tun dr ismail, percuma mahupun yang berbayar
  • ataupun bagi yang memilih untuk membuat aktiviti sendiri, hari Ahad yang ditunggu-tunggu sebenarnya (seperti kaki basikal akan berbasikal sampai tercabut kaki, kaki motor akan konvoi korner baring sampai melecet lutut dan kaki dan juga kaki kamera akan outing bergambar sampai pakai tiga kaki (tripod)
  • atau pun paling tidak korang dapat lakukan urusan-urusan yang korang tak dapat nak buat time korang kerja (eg. bayar bil, renew insurans dan sebagainya). tapi kan sekarang semuanya dah boleh buat secara online, so boleh abaikan kriteria ini.. (lain lah kalau korang nak pegi makan kenduri. takkan nak online jugak kot?)
Masalahnya bagi yang pro pasti ada kontranya. Aku pun malas nak cakap sebenarnya tapi dengan mengamati pandangan peribadi aku dan juga pengalaman hidup aku ni, antara yang menjadikan hari Ahad ni hari yang paling tak best ialah
  • kalau korang takde duit (macam aku yang bergaji tak seberapa) nak keluar melepak pun fikir 2-3 puluh kali memandangkan banyak bajet yang perlu dikeluarkan (minyak, tol, parking blabla). oleh itu lepak baik rilek pisang saja di rumah..
  • dan bagi yang berduit sudah tentu tak menjadi masalah... mungkin perbezaannya sama ada duit banyak atau sedikit.. bagi yang duit sedikit, aku pasti kalau keluar hari Ahad, jumlah perbelanjaan untuk hari Ahad sahaja dah menyamai jumlah perbelanjaan korang dari hari Isnin sampailah ke hari Sabtu.. (mungkin saja lah..). bagi yang berduit banyak, Alhamdulillah. Tuhan kurniakan kat korang rezeki yang banyak. jadi pandai2lah korang berbelanja..
  • kebiasaannya hari Ahad ni menjadikan pengusaha-pengusaha pasaraya besar untung lebih besar berbanding pada hari-hari biasa (mungkin sebab parking yang lebih mahal daripada hari-hari biasa)
  • semak kepala!! itu yang mungkin terucap di mulut kalian. apa tak nya bagi yang berkereta sememangnya terasa. nak cari parking je aku rasa dh makan sejam. melepak di soping mall  xsampai pun sejam, then jalan jem sana sini dan berakhir dengan kerugian masa. ingat, masa itu emas. jadi kalau nak senang silalah bermotorsikal. dapat jimat masa (dan yang penting duit). agak2 bagi yang sudah berkeluarga mungkin tak dapat nak elakkan juga lah. tapi ada alternatif bagi kalian (cuba tengok iklan nissan grand livina dan korang pasti akan mendapat idea)
  • dan kalau dah jalanraya dah sesak, tempat yang dituju pun sudah semestinya sesak. apatah lagi kalau tempat-tempat tumpuan. seperti contoh kawasan mutiara damansara yang padat dengan pasaraya seperti the curve, ikea, ikano, blablabla.. kalau hari biasa tu lengang, memang best gi jalan2 kat sana. siap leh tidur lagi kat sofa di the curve tu tanpa sebarang gangguan pak guard. tapi kalau hari Ahad, berhenti berharap la.. nak duduk pun tak dapat..
Jadi bagi yang suka hari Ahad, kriteria2 di atas mungkin sikit pun tak menjejaskan niat korang untuk berfoya-foya secara halal. tapi bagi aku, dengan pendapat aku sendiri, sebab2 di atas la yang membuatkan aku sedikit tidak berasa nak keluar kemana-mana (kecuali atas sebab2 tertentu seperti stress melampau dan juga keinginan yang tak dapat di elakkan..)
Apa2 pun selamat beristirahat di hujung minggu para bloggers!

*baru je balik dari kenduri kazen aku kat dato` harun. meriah bagai nak rak.. balik singgah kat the curve ingat nak jalan2. nasib baik naik motor.. kalau tak memang mencarut-carut la aku sampai sekarang xbalik rumah lagi..

Isnin, Oktober 18, 2010

Bercuti panjang..

sedar xsedar dah 3-4 bulan tiada entri baru dalam blog aku.. kemalasan + masa yang kurang + capaian lebar jalur yang terhad mungkin antara faktor kenapa aku jarang berblog dalam tempoh masa yang lalu. terima kasih para bloggers yang sudi melawat pisang yang rileks (walaupun xrileks mana lah)

ok sekarang Alhamdulillah aku dh kembali kepada pangkal jalan untuk meneruskan coretan dalam blog rilek pisang ni.. dan harini tepat lah usia aku yang dah hampir mencecah 30 (belum 30 daa..). Alhamdulillah Allah masih berikan aku usia yang panjang sehingga hari ini.. tapi apa yang aku capai? hanya aku saja yang tau..

nanti aku hapdet lagi dengan entri yang lebih best di masa akan datang. salam semuah!!

*bersama rakan-rakan sekonvo.. carilah mana satu aku. hehe..
Related Posts with Thumbnails