Halaman

Memaparkan catatan dengan label tension. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tension. Papar semua catatan

Ahad, Oktober 24, 2010

Ahad..

Hari ini hari Ahad.. sememangnya Ahad. sesetengah orang suka giler hari Ahad yang permai ni. tapi bagi aku hari Ahad lah hari yang paling tak best walaupun hari ni lah aku dapat memilih sama ada untuk rilek pisang sahaja dirumah atau pun keluar sebentar melepaskan keboringan.
Ada pro dan kontranya sebenarnya hari Ahad ni.. Mungkin korang sendiri dapat menilai rasanya apa yang pro dan apa yang kontranya (kebaikan dan keburukan)

Bagi aku pro pada hari Ahad biasanya korang boleh 
  • rilek pisang dirumah sewa, rumah pakcik makcik, saudara mara sahabat handai serta keluarga
  • ataupun korang boleh keluar melampiaskan nafsu membeli belah di pasaraya terkemuka di sekitar anda
  • ataupun korang boleh menontong wayang kegemaran korang yang berada dipasaran (termasuk cerita 2 alam yang diwar-warkan sebagai pecah panggung rm40(hengget)
  • ataupun korang boleh bersiar-siar di taman awam, taman swasta atau pun taman tun dr ismail, percuma mahupun yang berbayar
  • ataupun bagi yang memilih untuk membuat aktiviti sendiri, hari Ahad yang ditunggu-tunggu sebenarnya (seperti kaki basikal akan berbasikal sampai tercabut kaki, kaki motor akan konvoi korner baring sampai melecet lutut dan kaki dan juga kaki kamera akan outing bergambar sampai pakai tiga kaki (tripod)
  • atau pun paling tidak korang dapat lakukan urusan-urusan yang korang tak dapat nak buat time korang kerja (eg. bayar bil, renew insurans dan sebagainya). tapi kan sekarang semuanya dah boleh buat secara online, so boleh abaikan kriteria ini.. (lain lah kalau korang nak pegi makan kenduri. takkan nak online jugak kot?)
Masalahnya bagi yang pro pasti ada kontranya. Aku pun malas nak cakap sebenarnya tapi dengan mengamati pandangan peribadi aku dan juga pengalaman hidup aku ni, antara yang menjadikan hari Ahad ni hari yang paling tak best ialah
  • kalau korang takde duit (macam aku yang bergaji tak seberapa) nak keluar melepak pun fikir 2-3 puluh kali memandangkan banyak bajet yang perlu dikeluarkan (minyak, tol, parking blabla). oleh itu lepak baik rilek pisang saja di rumah..
  • dan bagi yang berduit sudah tentu tak menjadi masalah... mungkin perbezaannya sama ada duit banyak atau sedikit.. bagi yang duit sedikit, aku pasti kalau keluar hari Ahad, jumlah perbelanjaan untuk hari Ahad sahaja dah menyamai jumlah perbelanjaan korang dari hari Isnin sampailah ke hari Sabtu.. (mungkin saja lah..). bagi yang berduit banyak, Alhamdulillah. Tuhan kurniakan kat korang rezeki yang banyak. jadi pandai2lah korang berbelanja..
  • kebiasaannya hari Ahad ni menjadikan pengusaha-pengusaha pasaraya besar untung lebih besar berbanding pada hari-hari biasa (mungkin sebab parking yang lebih mahal daripada hari-hari biasa)
  • semak kepala!! itu yang mungkin terucap di mulut kalian. apa tak nya bagi yang berkereta sememangnya terasa. nak cari parking je aku rasa dh makan sejam. melepak di soping mall  xsampai pun sejam, then jalan jem sana sini dan berakhir dengan kerugian masa. ingat, masa itu emas. jadi kalau nak senang silalah bermotorsikal. dapat jimat masa (dan yang penting duit). agak2 bagi yang sudah berkeluarga mungkin tak dapat nak elakkan juga lah. tapi ada alternatif bagi kalian (cuba tengok iklan nissan grand livina dan korang pasti akan mendapat idea)
  • dan kalau dah jalanraya dah sesak, tempat yang dituju pun sudah semestinya sesak. apatah lagi kalau tempat-tempat tumpuan. seperti contoh kawasan mutiara damansara yang padat dengan pasaraya seperti the curve, ikea, ikano, blablabla.. kalau hari biasa tu lengang, memang best gi jalan2 kat sana. siap leh tidur lagi kat sofa di the curve tu tanpa sebarang gangguan pak guard. tapi kalau hari Ahad, berhenti berharap la.. nak duduk pun tak dapat..
Jadi bagi yang suka hari Ahad, kriteria2 di atas mungkin sikit pun tak menjejaskan niat korang untuk berfoya-foya secara halal. tapi bagi aku, dengan pendapat aku sendiri, sebab2 di atas la yang membuatkan aku sedikit tidak berasa nak keluar kemana-mana (kecuali atas sebab2 tertentu seperti stress melampau dan juga keinginan yang tak dapat di elakkan..)
Apa2 pun selamat beristirahat di hujung minggu para bloggers!

*baru je balik dari kenduri kazen aku kat dato` harun. meriah bagai nak rak.. balik singgah kat the curve ingat nak jalan2. nasib baik naik motor.. kalau tak memang mencarut-carut la aku sampai sekarang xbalik rumah lagi..

Isnin, Mei 31, 2010

kembali kembala - 2 (Infosys Campus Connect)


kembali kembala episod kedua setelah aku berehat agak panjang (bukan berehat tetapi sibuk) selama 2minggu mungkin. sebenarnya aku memang agak sibuk. lepas satu program, satu program pula aku join. baru je lepas dengan masalah-masalah dengan tesis, datang pula kursus lagi. agak panjang durasinya. tapi sekurang-kurangnya dapat juga ilmu yang baru selain memantapkan skill programming aku yang tak seberapa ni (cewah ayat xleh blah!)

kali ni aku join satu kursus yang diberi nama Infosys Campus Connects (ICC). ICC ni sebenarnya diilhamkan oleh kementerian pengajian tinggi (KPT) dan juga syarikat Infosys yang berpangkalan di Bangalore, India. Agak menarik sebabnya Infosys adalah satu2nya syarikat yang sanggup dedahkan segala ilmu dan juga standard-standard penting di alam pekerjaan, terutamanya di bidang programming.


Selasa, Mei 18, 2010

Hari-hari yang sibuk -3

lepas sibuk satu, sibuk yang lain pula.. baru habis sibuk minggu lepas dengan final project dan juga report yang susah. hari sabtu lepas sibuk dengan infosys pula.. Infosys Campus Connect... ikut je la.. 
btw just nak update berat aku je sebenarnya. xbanyak masa untuk bercerita. ini pun sebab escape kelas kejap.. so untuk 2 minggu yang lalu hanya mencatatkan penurunan 1kg sahaja.. antara faktor yang mendorong tentulah banyak makan dan kurang bersenam..
skarang ni kursus ni pula dorang bagi makan kaw2 punya. terbaiikk~!! habis lah aku..

Selasa, Mei 11, 2010

pulang mulang

baru pulang dari kampung halaman. nama je balik kampung, tapi kerja melambak. tak terasa keenjoyan. dalam pada itu sedikit gambar untuk tatapan kalian. aku tak nak cakap apa2. bak kata pepatah, sekeping gambar menerangkan 1000 perkataan...



*terasa bahagia bila dapat menjahanamkan diet. yang penting 4hari penuh memang aku makan kaw2. terbaik lah! berat masih maintain tak turun.. lekat kat 85kg. skarang dah get back on track. target masih jauh..

Sabtu, Mei 01, 2010

keputusan TBLKDMB April 2010

wah.. tidak disangka-sangka aku masih mampu menurunkan lagi berat aku walaupun sepanjang April yang lepas aku sememangnya sibuk (tak banyak masa nak berjogging, bersukan dan juga gym). hanya sesi gym sendirian di bilik dan free-hand exercise saja yang mampu aku buat. tapi takpe, sekurang-kurangnya ada peningkatan berbanding bulan lepas iaitu 1kg lebih penurunan walaupun aku tak banyak bersukan.

macam biasa, aku akan gunakan template yang hampir sama untuk aku kemaskini berat badan aku yang terkini. yang pastinya aku akan meletakkan screenshot teman sejati aku sepanjang aku berdiet ni (Salter Analog Scale). analog je... tak mampu nak beli yang digital. sekurang-kurangnya ada juga inisiatif untuk aku mengukur tahap penurunan berat aku. dan harap2 gambar tersebut menjadi pemangkin kepada yang sedang berdiet mahupun kepada pengkritik tegar yang kononnya aku menipu dalam bab timbangan berat badan..
Alhamdulillah, bila dah sampai ke tahap ni aku rasa macam puas berdiet. segala-galanya berubah. dari segi penampilan, keyakinan dan juga sokongan kendiri banyak berubah. 

Rabu, April 21, 2010

Hari-hari yang sibuk -2

sibuk dengan peperiksaan dan juga projek akhir. sememangnya takda masa dan kurang mood. internet yang sangat perlahan kelajuannya juga antara faktor aku tak dapat nak menulis dengan penuh perasaan.
cuma nak update berat minggu ini. hanya turun 1kg untuk minggu lepas menjadikan 87kg. macam susah je aku nak turun lagi sampai 85 sebelum hujung bulan ni.. makan lebih sedikit berbanding bulan2 lepas. maklum la nak exam..
cuma ada beberapa benda yang menyebabkan aku agak gembira selain agak pasrah dengan penurunan yang tak seberapa. teguran kawan2, baju saiz L dan juga pinggang yang menghampiri 34 antara kegembiraan yang aku nak kongsi dengan pisang2 sekalian. hora!
aku akan kembali aktif mungkin 2-3minggu akan datang selepas semuanya selesai..

minggu detox aku dah berjalan dengan lancar selama 8 hari.. duk hitam situ laa patch tu..

Selasa, April 13, 2010

Keputusan TBL KDMB Mac 2010

Wow.. agak lama aku tidak menulis entri untuk minggu lepas. sibuk, sangat sibuk (padahal student je), mungkin dalam sibuk juga aku merasa ingin sangat untuk menulis kat pisang yang rileks ni. untuk share pengalaman diet aku dengan orang2 di luar sana yang membaca. tapi apabila sibuk itu ditambah pula dengan koneksi internet yang sangat2 macam siput, memang menjadi-jadilah kemalasan aku sampai aku menjerit kesakitan hati (bak kata orang, screamyx lah sepuas hati). seminggu juga la aku tak dapat meluangkan masa untuk menulis + balas kunjungan blog walker + jogginger. tapi insyaAllah aku dapat buat hari ini. dalam 2 hari ni baru tidur aku kembali normal selepas pelbagai projek dan tugasan telah berjaya dihantar dengan jayanya (cewah!)
ok cukuplah dengan carutan. aku cuma nak menulis tentang keputusan TBL kelab diet mr bam sesi mac 2010. keputusan telah dikeluarkan dalam seminggu yang lepas. cuma aku takde masa nak update sangat sebab minggu lepas sememangnya aku teramat sibuk sampaikan nak online pun takde masa. jadi apabila keputusan telah dikeluarkan,

Sabtu, Mac 27, 2010

Reward to One self part 3


just get back from battle of the bands (BotB) at BRC. really enjoyed the show eventhough it was not as i expected. for the first time in this year i acts like a 20-years old boy (am i too old? LOL). screaming, shouting, headbanging and many more.. i felt like a new man. actually i just wanted to enjoy the night after i`ve been forced to go through stress moments for the last 2 weeks.. gosh thank you Allah for giving me strengths..

people at the BotB also noticed about my changes. FYI readers, before i watched the BotB, i bought some bundle (2nd hand clothes) clothes which is also selling at the BotB venue. i bought 2 L-size t-shirts and a 34" pant. i can wear both of the shirts and it fits me well. but my chest still needs to lose more fats as it makes me look like a girl with..... 

Selasa, Mac 23, 2010

beriani gam bendera pindah barang mana gula?


silalah dengar lagu ini sambil menghayati liriknya.. sangat bagus dan berkesan menanggalkan stress degil di dalam kepala otak.
untuk kesekian harinya aku tidak tidur pada waktu malam kerana mengejar deadline projek-projek yang melambak ini (saya ini student ya, bukan doktor maupun penoreh getah). tengah berblog-walk tiba2 mendapat award daripada Aku. demi untuk tidak menghampakan beliau aku pun terimalah dengan dada yang terbuka..

 Beautiful blogger? apa ini.. sejenis makanan kah?  ada pula beberapa soalan yang perlu aku jawab dan dengan secara jujurnya aku pun  menjawabnya..

1- Thanks & link the person that give you the award.
sudah. kepada  Aku

2- Pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.
ok la aku tak nak menghampakan korang.. aku pilih secara rawak je la
tubelawak (nohorom!)

3- Contact said Blogs and let them know they've won the award.
tak sempat banyak keja lagi nak buat. sori

4- State 7 things about yourself.
- sedang diet
- sedang merokok
- sedang menghabiskan kerja yang melambak
- sedang minum kopi
- sedang menaip
- sedang mendengar lagu mana gula
- sedang tension!
so senang cerita, aku memang takde mood nak menulis sebenarnya..

Sabtu, Mac 13, 2010

SPM : cemerlang atau gagal?


keputusan peperiksaan SPM 2009 dah pun diumumkan 11 Mac 2010 lepas dengan peratusan lulus 90.8%. tahniah kepada para budak yang mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan yang lepas. kepada yang kurang cemerlang, jangan berputus asa. tingkatkan azam untuk mencapai kecemerlangan kerana SPM bukan penentu masa depan korang. bagi pendapat aku, SPM lebih kepada gerbang untuk meneruskan kecemerlangan dengan lebih pantas. sebab tu kalau kita tengok rata-rata yang seawal umur 25 dah jadi pensyarah universiti, jurutera, peguam dan sebagainya kerana kebanyakannya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM mereka. jadi ini secara langsung melahirkan tenaga kerja professional dalam tempoh yang singkat. itu pun belum lagi memenuhi misi kerajaan untuk perbanyakkan tenaga kerja professional.



Bercerita mengenai pengalaman aku tentang SPM, 

Rabu, Mac 03, 2010

26 hours nonstop

Still dont sleep for more than 26 hours just to finish distributed system`s Java codes.. Arghh~!!!
I`m not planning to write a post today.. Just dropping by my page. Thanks for visit / visited / visiting my blogpage.
Related Posts with Thumbnails