Halaman

Memaparkan catatan dengan label merepek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label merepek. Papar semua catatan

Rabu, Oktober 27, 2010

Masalah gula

Cuma nak share satu video tentang masalah gula yang semakin meruncing. Enjoy
(ingat nak sembang bab gula sebab kes cawan teh tertumpah dan semut datang 10minit kemudian tapi tiba2 mengantuk pulep)

Ahad, Oktober 24, 2010

Ahad..

Hari ini hari Ahad.. sememangnya Ahad. sesetengah orang suka giler hari Ahad yang permai ni. tapi bagi aku hari Ahad lah hari yang paling tak best walaupun hari ni lah aku dapat memilih sama ada untuk rilek pisang sahaja dirumah atau pun keluar sebentar melepaskan keboringan.
Ada pro dan kontranya sebenarnya hari Ahad ni.. Mungkin korang sendiri dapat menilai rasanya apa yang pro dan apa yang kontranya (kebaikan dan keburukan)

Bagi aku pro pada hari Ahad biasanya korang boleh 
  • rilek pisang dirumah sewa, rumah pakcik makcik, saudara mara sahabat handai serta keluarga
  • ataupun korang boleh keluar melampiaskan nafsu membeli belah di pasaraya terkemuka di sekitar anda
  • ataupun korang boleh menontong wayang kegemaran korang yang berada dipasaran (termasuk cerita 2 alam yang diwar-warkan sebagai pecah panggung rm40(hengget)
  • ataupun korang boleh bersiar-siar di taman awam, taman swasta atau pun taman tun dr ismail, percuma mahupun yang berbayar
  • ataupun bagi yang memilih untuk membuat aktiviti sendiri, hari Ahad yang ditunggu-tunggu sebenarnya (seperti kaki basikal akan berbasikal sampai tercabut kaki, kaki motor akan konvoi korner baring sampai melecet lutut dan kaki dan juga kaki kamera akan outing bergambar sampai pakai tiga kaki (tripod)
  • atau pun paling tidak korang dapat lakukan urusan-urusan yang korang tak dapat nak buat time korang kerja (eg. bayar bil, renew insurans dan sebagainya). tapi kan sekarang semuanya dah boleh buat secara online, so boleh abaikan kriteria ini.. (lain lah kalau korang nak pegi makan kenduri. takkan nak online jugak kot?)
Masalahnya bagi yang pro pasti ada kontranya. Aku pun malas nak cakap sebenarnya tapi dengan mengamati pandangan peribadi aku dan juga pengalaman hidup aku ni, antara yang menjadikan hari Ahad ni hari yang paling tak best ialah
  • kalau korang takde duit (macam aku yang bergaji tak seberapa) nak keluar melepak pun fikir 2-3 puluh kali memandangkan banyak bajet yang perlu dikeluarkan (minyak, tol, parking blabla). oleh itu lepak baik rilek pisang saja di rumah..
  • dan bagi yang berduit sudah tentu tak menjadi masalah... mungkin perbezaannya sama ada duit banyak atau sedikit.. bagi yang duit sedikit, aku pasti kalau keluar hari Ahad, jumlah perbelanjaan untuk hari Ahad sahaja dah menyamai jumlah perbelanjaan korang dari hari Isnin sampailah ke hari Sabtu.. (mungkin saja lah..). bagi yang berduit banyak, Alhamdulillah. Tuhan kurniakan kat korang rezeki yang banyak. jadi pandai2lah korang berbelanja..
  • kebiasaannya hari Ahad ni menjadikan pengusaha-pengusaha pasaraya besar untung lebih besar berbanding pada hari-hari biasa (mungkin sebab parking yang lebih mahal daripada hari-hari biasa)
  • semak kepala!! itu yang mungkin terucap di mulut kalian. apa tak nya bagi yang berkereta sememangnya terasa. nak cari parking je aku rasa dh makan sejam. melepak di soping mall  xsampai pun sejam, then jalan jem sana sini dan berakhir dengan kerugian masa. ingat, masa itu emas. jadi kalau nak senang silalah bermotorsikal. dapat jimat masa (dan yang penting duit). agak2 bagi yang sudah berkeluarga mungkin tak dapat nak elakkan juga lah. tapi ada alternatif bagi kalian (cuba tengok iklan nissan grand livina dan korang pasti akan mendapat idea)
  • dan kalau dah jalanraya dah sesak, tempat yang dituju pun sudah semestinya sesak. apatah lagi kalau tempat-tempat tumpuan. seperti contoh kawasan mutiara damansara yang padat dengan pasaraya seperti the curve, ikea, ikano, blablabla.. kalau hari biasa tu lengang, memang best gi jalan2 kat sana. siap leh tidur lagi kat sofa di the curve tu tanpa sebarang gangguan pak guard. tapi kalau hari Ahad, berhenti berharap la.. nak duduk pun tak dapat..
Jadi bagi yang suka hari Ahad, kriteria2 di atas mungkin sikit pun tak menjejaskan niat korang untuk berfoya-foya secara halal. tapi bagi aku, dengan pendapat aku sendiri, sebab2 di atas la yang membuatkan aku sedikit tidak berasa nak keluar kemana-mana (kecuali atas sebab2 tertentu seperti stress melampau dan juga keinginan yang tak dapat di elakkan..)
Apa2 pun selamat beristirahat di hujung minggu para bloggers!

*baru je balik dari kenduri kazen aku kat dato` harun. meriah bagai nak rak.. balik singgah kat the curve ingat nak jalan2. nasib baik naik motor.. kalau tak memang mencarut-carut la aku sampai sekarang xbalik rumah lagi..

Isnin, Mei 31, 2010

kembali kembala - 2 (Infosys Campus Connect)


kembali kembala episod kedua setelah aku berehat agak panjang (bukan berehat tetapi sibuk) selama 2minggu mungkin. sebenarnya aku memang agak sibuk. lepas satu program, satu program pula aku join. baru je lepas dengan masalah-masalah dengan tesis, datang pula kursus lagi. agak panjang durasinya. tapi sekurang-kurangnya dapat juga ilmu yang baru selain memantapkan skill programming aku yang tak seberapa ni (cewah ayat xleh blah!)

kali ni aku join satu kursus yang diberi nama Infosys Campus Connects (ICC). ICC ni sebenarnya diilhamkan oleh kementerian pengajian tinggi (KPT) dan juga syarikat Infosys yang berpangkalan di Bangalore, India. Agak menarik sebabnya Infosys adalah satu2nya syarikat yang sanggup dedahkan segala ilmu dan juga standard-standard penting di alam pekerjaan, terutamanya di bidang programming.


Sabtu, Mei 01, 2010

keputusan TBLKDMB April 2010

wah.. tidak disangka-sangka aku masih mampu menurunkan lagi berat aku walaupun sepanjang April yang lepas aku sememangnya sibuk (tak banyak masa nak berjogging, bersukan dan juga gym). hanya sesi gym sendirian di bilik dan free-hand exercise saja yang mampu aku buat. tapi takpe, sekurang-kurangnya ada peningkatan berbanding bulan lepas iaitu 1kg lebih penurunan walaupun aku tak banyak bersukan.

macam biasa, aku akan gunakan template yang hampir sama untuk aku kemaskini berat badan aku yang terkini. yang pastinya aku akan meletakkan screenshot teman sejati aku sepanjang aku berdiet ni (Salter Analog Scale). analog je... tak mampu nak beli yang digital. sekurang-kurangnya ada juga inisiatif untuk aku mengukur tahap penurunan berat aku. dan harap2 gambar tersebut menjadi pemangkin kepada yang sedang berdiet mahupun kepada pengkritik tegar yang kononnya aku menipu dalam bab timbangan berat badan..
Alhamdulillah, bila dah sampai ke tahap ni aku rasa macam puas berdiet. segala-galanya berubah. dari segi penampilan, keyakinan dan juga sokongan kendiri banyak berubah. 

Rabu, April 28, 2010

kembali kembala

kembali.. kembali kepada petak pertama. serangkap dua lagu daripada butterfingers.kertas mati dah pun habis. tinggal baki 1 peperiksaan lagi untuk memeningkan kepala. lepas tu baki 1 bulan untuk projek akhir.. haih.. perkembangan diet aku terus positif walaupun aku makan agak banyak.. (memang banyak pun.. dalam seminggu 2x makan kfc, 5-6kali bihun goreng dan juga beberapa suap mee goreng/rebus.. nasi macam biasa.. tidak sekali!)

update untuk minggu ini.. Alhamdulillah terus positif.. turun lagi 1kg minggu lepas menjadikan berat terkini 86kg. perubahan yang agak ketara mula aku terasa dibahagian muka dan perut. hajat dihati nak menulis untuk mr.bam tentang foot detox patch tu tapi aku tak sempat nak buat sebarang research memandangkan kepala otak aku masih lagi bergeliga dengan ilmu2 network simulation, distributed systems, wireless network, technopreneur dan juga medic. jadi aku tangguhkan seketika hajat aku untuk menulis untuk beliau.

tak boleh lama. ada agenda lagi selepas ini.. jumpa pisang di lain masa lagi. salam!!

minggu depan presentation FYP.. mati la aku kena tembak lepas ni

Rabu, April 21, 2010

Hari-hari yang sibuk -2

sibuk dengan peperiksaan dan juga projek akhir. sememangnya takda masa dan kurang mood. internet yang sangat perlahan kelajuannya juga antara faktor aku tak dapat nak menulis dengan penuh perasaan.
cuma nak update berat minggu ini. hanya turun 1kg untuk minggu lepas menjadikan 87kg. macam susah je aku nak turun lagi sampai 85 sebelum hujung bulan ni.. makan lebih sedikit berbanding bulan2 lepas. maklum la nak exam..
cuma ada beberapa benda yang menyebabkan aku agak gembira selain agak pasrah dengan penurunan yang tak seberapa. teguran kawan2, baju saiz L dan juga pinggang yang menghampiri 34 antara kegembiraan yang aku nak kongsi dengan pisang2 sekalian. hora!
aku akan kembali aktif mungkin 2-3minggu akan datang selepas semuanya selesai..

minggu detox aku dah berjalan dengan lancar selama 8 hari.. duk hitam situ laa patch tu..

Ahad, April 11, 2010

Entri tiada gambar 1

agak sibuk untuk aku menulis di sekian hari yang berlalu. serius taik aku agak bizi. kepada follower, blogwalker dan blogjogingger, aku minta maaf sebab masih tak mampu nak balas lawatan korang. tanpa korang, siapalah pisang (nuffnang tak jalan da..) insyaAllah kalau ada masa lapang aku akan jogging ke blog korang.

insyaAllah juga kalau tiada aral dan antena melintang, esok aku akan update berat terkini aku. bersama dengan itu juga aku akan update keputusan pemenang TBL KDMB. hehe..

ok aku nak sambung tidur. dah 10 hari tidur aku tak betul. sehari dalam 3-4 jam tido. sampai sakit2 mata sebab menengok skrin yang berwarna hitam dan putih.

kesian.

Ahad, April 04, 2010

clash of the titans

enjoy the pics. i`m not in the blogging mood currently. my FYP still bothering my mind. stress release activity..

Chelsea Chelsea! i guess my friend`s influence changed my mind a bit..

celebrated the clash of the titans between Chelsea and Manure by watching a movie. clash of the tit.. whose tit?? why i cant see it?? (pervert tone)

time killing machine. another activity that ruined my diet. arghh!! seriously i can`t resist it!

i also bought this tumbler. nice design eh! rm9.90 each.

(i`m not in the pics aight!)
last but not least.. clash of the titans end up with Chelsea 2 - 1 Manure. Chelsea now lead the epl again. congrats to my friends who has been a Chelsea die-hard fan and wait the moment for a long time. hope Ancelotti dont makes any mistakes in the future. yihaa!

Sabtu, April 03, 2010

Mac yang berlalu

bulan lepas yang dah berlalu selama 31 hari adalah antara bulan yang paling banyak ujian kat aku. mana tak nya, pesta makan2, annual dinner, pesta muda mudi semuanya di bulan mac. nasib baik pesta kaul bukan bulan mac. kalau tak memang aku makan lagi banyak (pesta kaul tu ape?)
walau bagaimanapun bulan yang lepas sedikit mencacatkan perjalanan diet aku (diet progress) yang mana aku hanya kehilangan kira2 6kg sahaja berbanding bulan2 sebelumnya (purata kehilangan berat aku ialah sekitar 8kg/bulan ataupun 2kg/minggu untuk tempoh 3bulan berlalu). macam biasa, setiap awal bulan baru aku akan come out dengan post-mortem aku untuk mengenal pasti apakah punca-punca yang logik (walaupun tak berapa tepat) mengapa aku tidak mampu menghilangkan sekurang-kurangnya 8kg/bulan. dan inilah hasilnya :

Selasa, Mac 23, 2010

beriani gam bendera pindah barang mana gula?


silalah dengar lagu ini sambil menghayati liriknya.. sangat bagus dan berkesan menanggalkan stress degil di dalam kepala otak.
untuk kesekian harinya aku tidak tidur pada waktu malam kerana mengejar deadline projek-projek yang melambak ini (saya ini student ya, bukan doktor maupun penoreh getah). tengah berblog-walk tiba2 mendapat award daripada Aku. demi untuk tidak menghampakan beliau aku pun terimalah dengan dada yang terbuka..

 Beautiful blogger? apa ini.. sejenis makanan kah?  ada pula beberapa soalan yang perlu aku jawab dan dengan secara jujurnya aku pun  menjawabnya..

1- Thanks & link the person that give you the award.
sudah. kepada  Aku

2- Pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.
ok la aku tak nak menghampakan korang.. aku pilih secara rawak je la
tubelawak (nohorom!)

3- Contact said Blogs and let them know they've won the award.
tak sempat banyak keja lagi nak buat. sori

4- State 7 things about yourself.
- sedang diet
- sedang merokok
- sedang menghabiskan kerja yang melambak
- sedang minum kopi
- sedang menaip
- sedang mendengar lagu mana gula
- sedang tension!
so senang cerita, aku memang takde mood nak menulis sebenarnya..

Jumaat, Mac 12, 2010

Kantoi



Kantoi by Zee Avi. teringat pulak kisah silam dulu. tapi bukan aku yang kantoi, malah aku mengantoikan dia.. tak payah ungkit lagi tentang dia itu. hanya tinggal sejarah (cewah~!!).
skarang ni pun aku sedang kantoi dengan notasi2 technopreneurship and product development. esok 2 jam peperiksaan. msc standard la konon
tadi seawal jam 12 tengah malam pun dah kantoi lagi dengan maggi sardin. habis jahanam diet aku. naz, tak sanggup lagi gua begini kerana mee maggi. 3bulan tak makan maggi akhirnya makan juga aku tadi. agak banyak perkara yang mengantoikan aku sepanjang minggu lepas dan minggu ini terutamanya bab makan.. nak jaga sangat makan, last-last kantoi jugek..
sebut tentang perkataan kantoi.. apa makna kantoi sebenarnya?

Related Posts with Thumbnails