Keputusan rasmi bagi pemenang peraduan kelab diet Mr. Bam telah pun dikeluarkan secara rasminya pada hari ini. Terima kasih kepada penganjur peraduan iaitu Mr. Bam sebab menganjurkan peraduan ini atas usaha dan komitmen yang tersendiri. Walaupun aku dapat tempat ke-2(tak menang hadiah la tu) tapi aku tak kisah sangat pun pasal hadiah tu. Yang penting hasil usaha aku agak memuaskan dengan turun sebanyak hampir 17kg sejak mula-mula aku berdiet tahun lepas.
Syabas dan tahniah kepada Cik Yati kerana berjaya
Ok tutup cerita mengenai bulan lepas. Jadi secara rasminya aku pun masih mendaftar untuk menyertai peraduan Kelab Diet Mr Bam sesi Mac 2010. Jadi eloklah kita memperhalusi dahulu syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
Cara menjadi ahli Kelab Diet Mr Bam
1. Follow blog Mr Bam (memang dah ada pun)
2. Buat satu entry pada blog anda (tajuk Kelab Diet Mr Bam) (sedang maju)
letak latest photo, nampak dari hujung rambut ke hujung kaki ye, kalau segan, takyah bg yang nampak muka, dr tepi ke, belakang pun boleh:).. (kira pas ler gambar ni pun janji nampak perut boroi dengan betis batang pinang)
then tulis nickname, berat badan semasa dan ketinggian. (ok set)
Tulis juga target berapa kg yg anda nak turunkan dalam tempoh 3bulan (aok lah)
Nyatakan anda adalah pengguna Jus Mate 5 atau bukan pengguna Jus Mate 5. (tidak lagi)
Copy gambar kelab Mr Bam kat atas, paste di entry anda dan link kan gambar itu ke entry ini--> http://mrbam5.blogspot.com/2010/01/kelab-diet-mr-bam-2010.html (baiklah..)
letak link blog anda di ruangan komen dalam post ini. (ada lagi rupanya..)
Boleh letak penyertaan lebih dr seorang dlm satu blog, contoh utk husband and wife atau kwn2 / adik beradik yg takde blog:).. (wife pun takda apatah lagi husband.. oleh itu seorang diri saja)
Syarat yang paling utama dalam peraduan ini ialah KEJUJURAN dimana setiap peserta perlulah JUJUR dalam memberikan sebarang keputusan sebab aku nak jadi perangsang untuk manusia-manusia seperti aku untuk sama-sama mencapai berat yang ideal dan seterusnya mengekalkannya(ayat takleh blah!!)
Jadi kesimpulannya.. Saya jujur. Anda bagaimana?
3 pemisangan(s):
heran 16 kg is such a big number but may be bukan dlm sebulan mungkin dia daftar awal, berat tu masa awal jan so 16 kg tu dm tempoh more than a month, anyway congrate to her..tgk perkembangan dia bulan mac pulak
anyway tahniah ye pisang yg relax:)
tahniah en.harun...11kg tanpa ambil produk diet adalah sangat hebat! :)
yangyuyu : mungking juga sbb register awal. ataupun mungkin betul 16kg dalam tempoh sebulan..
idachubby : 11kg tu dikira dari tarikh 21/01 kalau ikut penurunan betul around 8kg je sepanjang bulan 2 berakhir.
Catat Ulasan