Halaman

Memaparkan catatan dengan label ilmu islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ilmu islam. Papar semua catatan

Jumaat, Februari 26, 2010

Maulidur Rasul - Perlu ke?

KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Kerajaan Negeri tidak akan mengadakan sebarang sambutan bagi menyambut Maulidur Rasul memandangkan bulan Maulud tidak mempunyai sebarang fadilat dan kelebihan berbanding bulan Ramadan.

Nik Abdul Aziz berkata, Kelantan tetap tidak akan menyambutnya, walaupun negeri lain membuat sambutan secara besar-besaran.

“Boleh jadi, orang negeri lain sambut Maulud besar-besaran. Bulan Maulud sendiri tidak ada sebarang fadilat tidak sebagaimana bulan Ramadan. Bulan Ramadan memang ada fadilat dan kelebihannya. Bulan Maulud tidak ada apa.

“Di rumah saya sendiri, saya tak pernah buat Maulud. Sebenar-benar Mau-lud bagi saya, bagi orang seperti kami (gerakan Islam) ialah mewujudkan suasana Islam dalam sebuah negara. Ini sebenar-benar Maulud,” katanya kepada pemberita ketika ditemui sewaktu berkunjung ke rumah Pengerusi Eksekutif SBJ Binajaya Sdn Bhd sempena sambutan Tahun baru Cina di sini, semalam.

Dua hari lepas, akhbar arus perdana menyiarkan laporan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang membatalkan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul yang sebelum ini diadakan setiap tahun bagaimanapun ekoran kritikan hebat dan bimbang kehilangan sokongan orang Melayu, Kerajaan Negeri itu membuat keputusan untuk mengadakan kembali perarakan Maulidur Rasul walaupun mengikut program asal sebelum ini ia dibatalkan.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz berkata, baginya penerapan nilai-nilai Islam yang dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan Pas di negeri ini sepanjang tahun adalah Maulud sebenar.

“Saya di Kelantan ditugas menjaga Kelantan betul-betul berasas kepada Islam. Ekonomi cara Islam, sosial cara Islam, budaya cara Islam yang dilaksanakan sepanjang tahun, itu Maulud bagi saya. Maulud bagi saya sepanjang tahun,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menggalakkan rakyat di negeri ini meneruskan amalan kunjung-mengunjungi dalam usaha mengeratkan hubungan di antara kaum.

“Saya datang ke rumah Datuk Tan untuk mengucap Selamat Tahun Baru kepada kaum Cina. Ucapan tahun baru ini ialah adat resam bangsa tertentu. Orang Melayu tidak ada tahun baru, selain tahun hijrah. Zaman dulu peladang dan petani ada musim menabur.

“Kini sudah tidak ada. Yang ada ialah tahun hijrah. Sambutan Tahun baru bagi orang Cina, itu dia punya fasal. Saya setiap tahun datang mengucap Tahun Baru Cina kepada orang Cina.

“Dan orang Cina nak kata tahun harimau ke, tahun apa, itu dia punya pasal. Tak ada apa. Dalam Islam tak ada masalah apa,” katanya.

Mengulas mengenai ama-lan kunjung mengunjungi, Nik Abdul Aziz berkata, ia tidak menjadi masalah dalam Islam.

“Masalah orang Melayu berkunjung Tahun Baru Cina ke, orang Cina nak berkunjung ke rumah orang Melayu, tak ada apa dalam Islam.

“Kita jangan sekali-kali terpengaruh dengan keadaan semasa. Kadang-kadang benda yang berlaku semasa ini tidak serupa dengan kehendak agama. Tetapi dengan sebab benda itu berlaku semasa bercanggah dengan agama, kadang-kadang menjadi masalah. Contohnya, Maulud Nabi.

“Saya minta orang Melayu, Cina dan sebagainya duduk dalam keadaan baik. Orang Islam tidak meletak bangsa ini lebih, walaupun bangsa Arab, walaupun bangsa Nabi, namun tidak lebih dari bangsa lain,” katanya.

Mungkin aku agak terlambat nak baca berita ini tapi yang pasti aku dah menemukan berita yang akan menyapot(mensupport) post aku kali ini. Iaitu berkisar tentang bid`ah yang aku dah sentuh dalam 2 post yang lalu. 

Kalau nak diikutkan pengertian bid`ah tu menurut bahasa bererti sesuatu yang baru tanpa adanya contoh sebelumnya. Kalau dari segi istilah, bid’ah diterangkan sebagai muhdats, iaitu sesuatu yang baru di dalam agama yang tidak pernah disyariatkan oleh Allah dan rasul-Nya atau suatu cara yang diadakan/dibuat oleh orang di dalam agama Islam yang menyerupai syari’at untuk tujuan beribadah kepada Allah. Nak tahu lebih lanjut tentang istilah dan jenis2 bid`ah boleh la baca kat sini.

Maulidur rasul mengingatkan kita tentang peristiwa kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.(cepat jawab selawat, amik berkat) yang mana baginda merupakan Nabi bagi umat Islam seluruhnya. Dari lirik lagu pada post sebelumnya, dah tercatat yang baginda dilahirkan pada 12 RabiulAwal atau 20 April pada tahun Gajah. Aku cuba mencari sumber yang tepat bila tahun masihi baginda dilahirkan. Tapi tak peraya la..(tak terdaya)

Jadi untuk menghayati kelahiran baginda rasulullah S.A.W. kita pun meraikan hari Maulidur Rasul ataupun dipanggil oleh sesetengah orang Maulud Nabi. Tapi menurut Nurul Izzah, penggunaan Maulid Nabi adalah lebih tepat. Mungkin dari sebutan bahasa arab kot..

Apa yang penting pada hari ini ialah bagaimana cara kita menghayati sirah dan perjalanan hidup baginda rasulullah S.A.W. itu sendiri. Kalau setakat hari ini saja hari yang kita nak ingat nabi, belarak(berarak) tengah jalan bawa sepanduk riuh rendah tapi penghayatan yang sebenar tak ada, mungkin dah jatuh hukum yang berlainan(mungkin la.. aku ini bukan ustaz. sila tanya pada yang pakar.)

Cuma peringatan sesama kita. Hidup biarlah dalam wasatiah (kesederhanaan). Tiada perarakan tapi penghayatan terhadap sirah nabi itu sepanjang hidup adalah lebih baik daripada melakukan pembaziran tapi penghayatan tu tak ada.  Komen aku tentang perarakan maulid nabi? Sila baca berita di atas. Pendapat TGNANM mungkin ada benarnya..

Saya budak baru belajar, kalau salah tolong jolokkan. Mana tau apa yang aku tulis ni salah ke. Silalah komen ya

Selamat Menyambut Maulidur Rasul



Junjungan Mulia


Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh saa'adah
Bermulalah sebuah kisah

Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat yang saa'adah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama

Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti
 
Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia


"Selawat Allah ke atas junjungan Muhammad, dan keluarga Muhammad, sebagaimana selawat-Mu ya Allah ke atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim"

Rabu, Februari 17, 2010

Al-Fatihah untuk mereka yang telah pergi.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Wanitamaut_duapemanduparah/Article

Tiap-tiap hari kita selalunya dikejutkan dengan berita-berita yang memang terkejut. Termasuklah aku sendiri. Dari tahun lepas dah 2 orang kawan aku meninggal dunia ditempat kejadian akibat kemalangan.. Kesian mereka, jadi mangsa teraniaya disebabkan kecuaian orang lain. Belum pun sempat nak pegi konvokesyen.. Mungkin Allah Maha pengasih dan penyayang. Ada hikmah disebalik apa yang terjadi.. Al-Fatihah untuk allahyarham *Farizul (FSGK) dan allahyarhamah **Intan Karina (FSKTM)

2-2 insan yang aku sebut diatas menemui ajal dengan kaedah yang sama, kronologi yang hampir sama dan yang paling menyedihkan aku, mereka-mereka ini meninggal dunia disebabkan oleh kecuaian orang lain. Itulah orang cakap malang tak berbau(kalau boleh bau kat mana malang tu konfirm2 dah dapat elak dah). Walaupun kita dah ambil semua langkah-langkah yang betul untuk mengelakkan kemalangan tapi kalau orang lain yang cuai pun kita juga yang mengalami musibah. Kemalangan yang berpunca daripada kecuaian orang lain seperti mabuk, mengantuk, kurang ajar dengan memandu seperti pemandu F1(tapi tak laju macam F1 pun.. eksen jak lebih!) dan sebagainya.

Kalau nak stailo pun tak perlulah nak tunjuk kat atas jalanraya. Bila kat atas jalanraya biasanya manusia(termasuk aku) boleh lupa diri. Kononnya kita yang paling laju. Kononnya kita la yang paling stailo. Ala setakat naik Viva pun nak bawak laju macam F1. berhenti berharap la.. Lepas tu yang kaki mabuk pun satu hal. kalau dah tau mabuk tak payah la nak drive.(sumber dari kaki mabuk) nanti nampak jalan yang 2 lorong jadi 1 lorong, nampak kereta 8 buah jadi 4 buah, nampak 80km/j jadi 8km/j dan nampak trafik light 1 biji jadi 0 biji(maknanya tak nampak la tu).. Lepas tu langgar sesuka hati. Orang lain yang berhati-hati jadi mangsa.

Itulah pentingnya berdoa kepada Yang Esa. Walau macam mana pun kita bersedia ataupun berhati-hati tapi percaturan Allah itulah yang lebih tepat. Apabila kita berdoa bermakna kita memohon kepada Allah untuk mendapatkan perlindungan sepanjang perjalanan kita. Kalau taktau nak baca doa kenderaan, paling kurang pun bacalah Bismillah agar pemanduan kita berkat dan selamat.
Tapi kalau dah berdoa, dah ikut langkah keselamatan, dah hati-hati pun masih juga terlibat dengan kemalangan, maknanya ada hikmah disebaliknya. Allah Maha mengetahui dan Maha mengasihani..

Al-Fatihah untuk arwah abah Sobri Bin Harun dan juga sahabat2 aku yang telah pergi meninggalkan dunia ini.. Semoga roh-roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat kalangan orang-orang yang soleh. Amin..


Teringat kat arwah abah dulu.. Tiba-tiba rasa sebak.. Nak bercerita bab bola pun tak jadi.
Aku pun sentiasa beringat kalau memandu. dulu xtau nak baca doa naik kenderaan, baca bismillah saja. Sekarang dah ada, baca suda.. 
*Arwah Farizul dulu sahabat baik aku. Selalu juga aku lepak2 dengan dia
**Aku just kenal dia di fakulti. Walaupun tak rapat tapi dia tetap kawan aku.
Related Posts with Thumbnails