Halaman

Khamis, Januari 21, 2010

Hani Tarmizi dan Hari Ini

Masuk ni dah hari khamis. hampir 11 hari aku baru nak start diet serius. dan macam biasa. aku naik tengok penimbang semalam, takde apa-apa penurunan juga. masih di takuk 34.40bmi. sedih pun ada. rasa nak terajang je penimbang tu takut penimbang tu yang tipu.. tuhan je yang tau perasaan aku bila aku memandang pada meter penimbang tu..

ok kita buang seketika layanan perasaan aku tu(ewah). dah 2hari tak berupdate. tentang apa yang aku makan untuk 2hari lepas.. aku kira2 ada dalam 820kcal dan 700kcal tenaga telah aku ambil untuk 2hari sebelum ni. makanan yang aku ambik termasuklah mihum tomyam, tosei dan tak lupa, biskut dan juga secawan kopi. sesi gym selama 1jam 20 minit juga telah berjalan semalam. dan sekarang aku pun dah mula mengambil teh hijau kosong* setelah mengetahui tentang kebaikan teh hijau ni. seperti yang diceritakan oleh doktor perubatan kat fakulti aku, teh hijau membantu meningkatkan kadar metabolisma badan(tapi aku beli yang cap ayam punya). harap-harap berkesan lah dalam memBANTU pengurangan berat aku...

semalam aku melepak dengan member2 aku(achok, jeri, noim, kj) sambil melepak makan tosei(makan jugek tu.. aduyai). tetiba kuar citer pasal Hani Tarmizi. sapa dia hani tarmizi ni sampai femes tetiba je? masa duk berborak tu ada la sinopsis tentang beliau ni. macam mana beliau mencetuskan isu sampai dah riuh di facebook(aku dah lama deactivate acc facebook. banyak mengganggu konsentrasi) dan macam mana beliau menyamakan seorang perempuan yang mewakili seluruh kaum tersebut di negeri tersebut bersifat sama.

































aku mula-mula tak berapa dapat gambaran sangat macam mana isu ni boleh tersebar dengan cepat. bila balik aku terus pegi cais, tanya uncle google pasal si hani tarmizi ni. taip je kat query tu result yang sama bersepah-sepah. salah satu yang aku temui seperti gambar diatas. credit to norhuzaimahinai untuk gambar. dari gaya penulisan hani tarmizi macam dia orang utara. kalau baca sekali lalu memang tak terasa apa-apa. tapi kalau baca 2kali, terasa yang sifat kenegerian tu terlalu tinggi. kenapa perlu sampai nak samakan seorang perempuan dengan semua perempuan di negeri tu?

aku juga berasal dari utara, memang anak jati utara. dan sekarang ni aku bermastautin di sarawak (tak tau la sampai bila). jadi kalau aku nak kaitkan ayat-ayat yang ditulis oleh hani tarmizi dengan kehidupan seharian aku yang aku duk jumpa awek-awek sarawak ni, langsung tak tepat pun. provokasi beliau terhadap awek-awek sarawak macam keterlaluan. tak perlu pun sebenarnya kalau dia nak samakan seorang perempuan tu yang kacau laki hot dia tu dengan perempuan-perempuan sarawak. macam la perempuan utara baik sangat(aku pernah ada pengalaman buruk dengan perempuan senegeri aku).

lagi satu, beliau juga ada menyebut yang sarawak ni kampung dan hutan. bagi aku semua ni adalah mentaliti orang-orang setempat aku sebenarnya. sama seperti aku dulu masa mula-mula nak datang sarawak. fikiran ni tak payah cakap la.. macam-macam aku fikir tentang yang tak baik, kemunduran dan sebagainya tentang sarawak. siap aku beli betul apa benda yang telah dipetuakan oleh bos aku**. tapi bila sampai je kat airport Kuching, aku tengok, tak lah seteruk yang digambarkan. malah lebih baik lagi dari negeri aku sendiri. pembangunan merata-rata. pendek kata semua yang ada kat tempat aku, ada kat sini(kecuali nasi lemak ali, nasi royal dan roti gardenia). sekarang dah lebih 3tahun aku bermastautin kat sarawak. nak balik kampung pun hanya 2-3kali dalam setahun. aku pun dah dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di sarawak. dah boleh klaka sarawak, dah merantau hampir seluruh negeri sarawak (kecuali limbang) dan merasai hampir semua jenis makanan sarawak (kecuali mee pok sebab haram).

kecoh giler skarang pasal isu ni. kalau kat facebook tu aku tengok macam-macam group 'anti hani tarmizi' wujud. siap ada petisyen lagi nak kumpul 1million hit menuntut hani tarmizi meminta maaf. giler betul. padahal isu sekecik ni kalau berborak bersama rakan-rakan di kedai kopi tak kemana sebenarnya. inilah orang panggil zaman teknologi. apa-apa yang kita tulis semua orang tahu. jadi apa yang perlu sebenarnya, cukup setakat cerita dikedai kopi. bak kata malik dan salam, cerita sensasi hanya di kedai kopi. kalau cerita kat facebook inilah jadinya.

nasihat individu bagi aku terhadap hani tarmizi ni, minta maaf je kalau petisyen tu betul2 dilaksanakan. jangan perbesarkan lagi isu ni. dan yang penting, jangan biarkan orang sarawak bermentalitikan yang buruk kepada orang utara sama seperti beliau bersangka buruk dengan perempuan-perempuan sarawak.


*teh hijau cap boh sahaja. nanti ada duit aku beli yang mahal lagi.
**aksesori termasuklah kasut but getah, paip getah, lampu suluh, life jacket dan gayung.
tengah duk menulis ni pun pekena lagi sebungkus biskut dengan secawan kopi..adoyai..

0 pemisangan(s):

Related Posts with Thumbnails