Halaman

Ahad, Januari 24, 2010

Hujung minggu yang sakit..

teruk juga antibodi badan aku. baru baik dari selesema 2minggu lepas. tiba2 bangun tido semalam rasa sakit tekak yang amat. kepelikan telah melanda diriku. adakah sebab faktor pemakanan yang tak betul? atau pun memang jangkitan? atau pun sebab aku terhidu debu (masa petang 2hari lepas aku joging depan cempaka. kebetulan lori lalu. habis debu-debu beterbangan bagaikan sakti). ah persetankan saja.. biarkanlah dengan faktor-faktornya. yang penting, tabiat merokok aku sikit sebanyak dapat dikurangkan(harap-harap berhenti teruslah). cuma mood untuk bersukan sikit sebanyak menurun sebab betul-betul rasa tak sihat(2hari tak bersukan pun dah gian).

dah 4hari berturut-turut aku asyik makan malam je(walaupun tak makan nasi). tak kiralah. janji makan. jahanam diet aku. kiraan kalori pula dah tak berapa menentu walaupun aku cuba stick untuk tak lebih dari 800kcal sehari. tapi start mulai harini aku tengok JM5 dah tinggal sikit. ada lagi 6 peket. jadi untuk tidak membuatkan badan aku rasa terkejut dengan ketiadaan pengambilan JM5 ni, aku bercadang untuk amik lagi 6 peket tu sekali sehari je(sebelum tido). kawan aku yang penah makan ni la cakap "kalau kau terus2 berhenti amik JM5 ni kemungkinan tabiat makan kau berubah adalah tinggi".

jadi apa yang aku buat ialah dengan menggabungkan teknik pemakanan cara Atkins dengan JM5. asalkan tak lebih kalori. cuma aku terpaksa kurangkan pengambilan karbohidrat sampaikan aku terpaksa beli Pal Sweet semata-mata taknak amik gula (tapi kalau orang kasi aku aiskrim belum tentu aku tolak lagi). lepas tu pegi gatal tangan beli multivit lah, omega3 lah. punya nak ikut saranan Atkins. takpe cuba dulu. asalkan tak hangat-hangat tahi ayam.

untuk berat semasa esok mungkin aku akan uploadkan kiraan bmi(itu pun bergantung dengan internet). harap-harap ada perubahanlah sekurang-kurangnya turun lagi 1kg(nak turun jadahnya kau asyik makan malam je).

0 pemisangan(s):

Related Posts with Thumbnails