Halaman

Isnin, Januari 25, 2010

Weekdays : Hujan

Hari isnin dengan permulaan yang hujan. terbangun awal pula aku hari ni(jam 530 sebab blocked nose). taktau nak buat apa. lepas solat baring2 pun masih sumbat lagi hidung ni.. apa lagi terus bangun lah aku. buka FB(baru activated tadi), Tagged dan juga email. dalam kesibukan dengan laman web tersebut terlupa pula nak timbang berat. tadi aku pegi timbang. Alhamdulillah ada juga la penurunan. dah jadi 34.00bmi daripada 34.40. ini bermaknan turun lagi sekilo untuk minggu ini

Susah juga berat aku nak turun. ambil masa +-7hari untuk menurunkan berat sebanyak 1kg. mungkin metabolisma badan aku rendah kot. aku tengok orang lain kalau diet teruk2 ni seminggu mau turun 3-4kg. kawan aku cakap "takpe turun slow2. memang penurunan yang sihat kalau seminggu turun 1kg. tak bagus turun cepat sangat". masalahnya tang makan ni yang tak sihat.. aduyai.. semalam aku pegi warung order kopi o kosong. lepas tu aku letak pal-sweet pun orang dah usha pelik.. siap tanya lagi "kau ada kencing manis ke?"..

ah persetankanlah mereka-mereka itu. cabaran aku tu kalau duduk dengan dorang. asyik suruh aku makaan je. tapi alhamdulillah aku dapat menepis ajakan mereka dengan hati yang terbuka(ayat takleh blah). berbalik pada pagi ni. aku tetiba jadi cam matsaleh. makan breakfast dengan telur rebus hancur + bawang + cili + sedikit mayonis. ikut apa atkins cakap. member aku cakap pe? "fuiyoo da macam mat saleh!!"... tak boleh belah..

0 pemisangan(s):

Related Posts with Thumbnails