Halaman

Selasa, Januari 26, 2010

Kejatuhan MPP

Pilihanraya kampus(PRK) dah terasa bahangnya. Rasanya seluruh kampus di Malaysia dah mengamalkan sistem e-voting walaupun pada dasarnya ramai pemimpin-pemimpin MPP di kebanyakan universiti di Malaysia menolak sistem e-voting. Beberapa bantahan telah pun ada kemukakan bantahan kerana e-voting menyebabkan beberapa faktor antaranya mewujudkan ketidak-seimbangan persaingan politik, isu keselamatan dan kesahihan sesuatu undi dipertikaikan dan juga keadilan semasa proses mengundi.

Isu e-voting mungkin hanya tinggal isu kerana pihak yang memperjuangkan isu ini kebanyakannya ditutup mulut mereka dengan pelbagai isu lain (kau ingat senang ke MPP nak menang lawan satu2 isu dengan HEP?). walaupun para calon MPP ni rajin serta bersemangat apabila mengemukakan manifesto masing2, tapi hakikatnya apabila dah pegang tampuk pemerintahan, sendiri mau ingat la. Aku ada berkawan dengan pemimpin MPP kat universiti aku ni. Dari pandangan aku, MPP batch aku yang paling berjaya dalam mencapai misi yang diletakkan dalam manifesto mereka. Walaupun tak banyak perubahan, tapi sekurang-kurangnya perubahan tu ada. Tak terlalu mengikut arus politik dalaman.

PRK kali ni aku rasa macam dingin kat universiti aku. Sudah la dingin, sejuk nak mampus pula. Baru hari ni aku tengok hanya beberapa poster saja yang ditampal. Rapat umum? tak tahu pun bila dorang buat. tau2 je dah abis. hebahan pun takde. kot-kot la ada stesen radio ke ape ke at least ada juga info yang boleh disalurkan. Kita tengok pula esok apa perkembangan yang selanjutnya. Harap-harap meriah la sikit. Biar ada rasa seperti mengundi dalam PRU. nanti kalau dah betul-betul PRU baru la tau apa yang nak dibuat.

Ok berbalik kepada cerita diet aku. tadi pagi aku ada timbang dan berat di penimbang aku menunjukkan skala 33.77098851155157BMI. macam tak percaya pun ada. baru semalam aku timbang harini dah turun 1kg. adakah penimbang aku yang salah? or mata aku yang juling? (harap2 mata aku normal lah sebab sampai hari ini aku belum pakai cermin mata). Harap2 betul la tu. jangan penimbang buat hal sudah.. maklum la berat sangat.. Pagi tadi macam biasa.. buang tebiat buat ikan sardin + 1biji telur rebus + mayo. Tengahari lak aku makan ikan kembung masak asam pedas + sayur kailan.. petang? 1biji telur rebus cukup la kot..Alhamdulillah tahap kelaparan aku masih terkawal.. Dan hari ni aku tak pegi joging. Sebabnya? aku tak berapa sihat. dah masuk hari ke-4 aku demam + selesema + batuk. Nak pegi klinik kat dalam kampus pun layanan yang diberikan amat mengecewakan sampai aku blah cam tu je.. sapa yang rugi? (aku jugak..)

Padan muka...


Tahniah kepada hayat dan rakan-rakan yang memegang tampuk MPP 2008/2009 yang lepas. jasa kalian dikenang.

0 pemisangan(s):

Related Posts with Thumbnails