Halaman

Jumaat, Januari 29, 2010

Pasca Khamis

PRK yang lepas sudah pun berlalu.. riuh di suratkhabar dan juga tv tentang perkembangan dan juga keputusan PRK. Macam-macam universiti yang masuk dalam paper. sampai muka member aku pun ada juga yang sesat. Aku difahamkan pilihanraya berjalan dengan lancar walaupun terdapat juga secebis makhluk yang masih tidak berpuashati dengan sistem undian yang baru dimana makhluk-makhluk tersebut melancarkan serangan yang tidak langsung memberikan kesan di hati para pengundi. Seperti yang kita tahu, PRK kali ini dah mengamalkan sistem e-voting dan ianya berkuatkuasa di seluruh IPT di Malaysia (kalau salah tolong jolokkan)

Dalam keriuhan di akhbar dan juga tv tentang nama-nama universiti yang 'famous amous', aku tersedar yang nama universiti aku takde masuk pun dalam liputan PRK di media massa (dalam internet aku xpasti. japgi aku google). Takpalah mungkin uni aku ni tak 'famous amous' kot. sebab tu takde liputan.. tapi yang pastinya kalau tak masuk dalam liputan pun takpe.. agak malu juga la kalau orang-orang diluar sana tahu apa yang berlaku sebenarnya kat sini. tapi aku xkisah pun. Sikit pun tak mengganggu-gugat kehidupan aku. Cuma aku berasa sedikit terkilan dengan PRK uni aku kali ini..

Ok berbalik kepada cerita diet aku. Hari terakhir aku timbang ialah pada hari kelmarin. WOW, menunjukkan tanda-tanda positif dengan cara diet aku sekarang ini. Menunjukkan penurunan sebanyak 2kg dengan berat terkini kira-kira 33.45537179649034BMI. Keseluruhannya aku amat berpuas-hati dengan hasil yang ditunjukkan walaupun penurunan tu tak berapa banyak la. kira ok la kot. Sebagai persediaan untuk pertandingan kelab diet mr. bam juga la ni.. Petang tadi pun ada juga berjogging walaupun tak lama.. kurang lebih 30minit saja..

Yang penting malam ini adalah malam terakhir ku bersama dengan JM5 kerana aku akan menghabiskan peket yang terakhir untuk malam ini. Bukan ku tak sudi nak guna JM5 lagi (cewahh). tapi harganya yang agak boom menyebabkan aku terpaksa berhenti membeli (walaupun sebenarnya nak beli juga). Mana taknya terpaksa berhenti beli, stok untuk sebulan makan pun lebih mahal dari bayar kereta aku setiap bulan.. ADOYAI..



tak masuk tv pun takpe.. kalau masuk agak malu juga.. dengar citer yang buat undian e-voting pemilihan calon hanya 4 fakulti je. 10 kerusi dipertandingkan. 4 melalui undian, bakinya menang tanpa bertanding.. oh alangkah bertuahnya kampus ku ini..

0 pemisangan(s):

Related Posts with Thumbnails