Halaman

Ahad, Februari 21, 2010

Hari2 yang laju..

Korang mesti pelik kenapa dalam minggu ni post(s) aku agak banyak jika dibandingkan dengan minggu-minggu yang sebelumnya. Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang membolehkan aku menulis dengan begitu aktif sepanjang minggu yang berlalu.
Antara faktor paling utama mestilah cuti. Aku ingin memanfaatkan cuti aku dengan tidur yang cukup dan eksesais sebanyak yang mungkin. Walau bagaimanapun program eksesais aku sedikit terbatas dengan beberapa halangan antaranya hujan, jalan-jalan cari baju dan aktiviti makan berjemaah.
Faktor yang turut menyumbang kepada keaktifan berblog aku sudah semestinya kepantasan jalur lebar dan juga lebar jalur yang tidak sesak. Buat pengetahuan para anda yang membaca blog saya, segala kemudahan internet disini diperolehi daripada rangkaian internet universiti yang sememangnya percuma(free). Jadi kalau time cuti, semua orang balik, lebar jalur tidak sesak seperti waktu-waktu puncak pada hari yang bukan cuti dan ini memudahkan aku untuk berblog dengan lebih aktif berbanding minggu-minggu yang sebelumnya(dan juga akan datang).
Antara faktor lain juga termasuklah idea yang mencurah-curah(walaupun citer pasal personal life aku je), masa yang lebih dan juga kemampuan untuk mendapatkan internet dengan mudah.
Mungkin minggu depan dan yang seterusnya aku akan sedikit perlahan dalam penulisan blog aku. Tapi apa-apa mengenai diri aku pasti aku akan update seperti BMI terkini dan lain-lain. Jadi terima kasih kepada yang membaca. Sori kalau membaca blog aku agak boring(sebab aku cuba taknak menulis blog yang  berbaur politik, sosio-economy dan lain-lain)

Berat turun lagi. tapi berat rasmi macam biasa.. Setiap hari Isnin dan Khamis saja akan diumumkan.

0 pemisangan(s):

Related Posts with Thumbnails