Halaman

Sabtu, Mac 13, 2010

SPM : cemerlang atau gagal?


keputusan peperiksaan SPM 2009 dah pun diumumkan 11 Mac 2010 lepas dengan peratusan lulus 90.8%. tahniah kepada para budak yang mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan yang lepas. kepada yang kurang cemerlang, jangan berputus asa. tingkatkan azam untuk mencapai kecemerlangan kerana SPM bukan penentu masa depan korang. bagi pendapat aku, SPM lebih kepada gerbang untuk meneruskan kecemerlangan dengan lebih pantas. sebab tu kalau kita tengok rata-rata yang seawal umur 25 dah jadi pensyarah universiti, jurutera, peguam dan sebagainya kerana kebanyakannya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM mereka. jadi ini secara langsung melahirkan tenaga kerja professional dalam tempoh yang singkat. itu pun belum lagi memenuhi misi kerajaan untuk perbanyakkan tenaga kerja professional.



Bercerita mengenai pengalaman aku tentang SPM, 

tahun ini juga merupakan tahun yang ke-10 aku telah meninggalkan alam persekolahan. rasa rindu lagi dengan pengalaman jadi budak sekolah. ingatan masih segar walaupun dah 10 tahun berlalu. 10 tahun dulu juga aku telah mengambil keputusan peperiksaan SPM dengan muka yang penuh bangga (1 April 2000). mungkin aku boleh dikategorikan seorang yang agak cemerlang (pada waktu tu SPM kira pangkat, aku dapat pangkat 1, x aggregat). Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana usaha aku sewaktu tu tidak sia-sia. dengan serta-mertanya aku menjadi idola kepada rakan-rakan mahupun keluarga. aku boleh dikatakan jadi anak emas dalam keluarga aku berbanding adik-adik aku. apa saja permintaan aku semuanya dikabulkan.
pelbagai tawaran pelajaran aku telah terima. tak payah cakap lah, RPKJ, PPP, matriks, semua dapat. tapi sebelum keputusan peperiksaan SPM keluar lagi aku dah mendaftar masuk ke program matrikulasi yang mana ianya menggunakan keputusan percubaan SPM untuk mendaftar masuk. aku bertuah kata orang. dapat mencipta kecemerlangan hidup dalam masa yang singkat tapi sebenarnya perancangan Allah lebih tepat berbanding aku.
aku dah persiakan sepanjang 5 tahun selepas tahun 2000. aku banyak main, gagal dalam tahun ke-3 waktu pengajian di universiti aku dulu. mungkin pada waktu tu aku tak menghayati erti hidup yang sebenar sebab aku banyak enjoy. aku tak ambil kisah langsung pasal pelajaran aku. dan aku juga tak ambil serius dengan kehidupan yang akan datang. 
titik permulaan aku sedar tentang apa yang aku buat dulu adalah salah bilamana kawan-kawan sebaya aku semuanya dah tamat pengajian. dah mula bekerja. tapi aku masih terkontang-kanting, gagal universiti. orang yang paling memahami aku pada waktu itu ialah mak dan abah aku. walaupun diorang selalu marah aku, sumpah seranah dan sebagainya tapi dorang tetap bagi aku peluang. sampai saat ini.. betul kata orang, kasih ibu hingga ke syurga, kasih bapa hingga ke akhir hayat. terima kasih mak dan abah..
kesedaran aku bermula sewaktu aku mengambil diploma di universiti yang sama aku gagal. aku belajar sungguh-sungguh dan Alhamdulillah aku berjaya juga menamatkan pengajian diploma. sehingga ke hari ini aku masih lagi meneruskan pengajian peringkat ijazah walaupun rakan-rakan sebaya aku semuanya sudah bekerja. adik-adik aku yang dulunya mereka jadikan aku idola mereka pun semuanya dah habis belajar dan bekerjaya. kalau aku lihat balik 10 tahun yang lalu, dengan apa yang aku capai sekarang belum cukup untuk menebus kesalahan lampau aku.
aku ingin balik ke masa lampau, ingin aku katakan sesuatu yang bermakna kepada diri aku 10 tahun lalu supaya aku tak jadi macam apa yang aku lalui sekarang. tapi apa boleh buat. nasi dah jadi bubur lambuk. masa yang berlalu tak boleh dibeli.. kata orang tua-tua, hargailah masa kerana masa itu tidak ternilai. setiap detik, setiap saat yang berlalu pasti takkan kembali. waktu 10 tahun lalu aku tak begitu menghayati pepatah ini. tapi sekarang barulah aku betul-betul menghayati tentang masa.
nasihat aku kepada lepasan SPM dan juga orang-orang yang lebih muda dari aku, hargailah masa korang kerana sekali terlepas, korang takkan dapat berpatah balik lagi. walaupun korang dapat 15A tapi kehidupan berakhir sama macam aku pun tak berguna juga. walaupun korang tak begitu cemerlang dalam SPM, janganlah berputus asa. adik lelaki aku, SPM dia tak bagus, tapi sekarang lihatlah dimana tempat dia. berkali ganda lebih bagus dari aku yang masih tak habis-habis lagi belajar.
bagi aku, keputusan SPM tak menjamin kecemerlangan pada masa depan. apa yang penting ialah usaha diri sendiri selain daripada memohon doa dan bertawakal kepada Allah S.W.T. bagi yang dah melalui semua ini, lihatlah kembali masa lampau korang dan nilaikan diri sendiri apa yang telah korang capai sebelum dan pada masa sekarang. sekali lagi aku ulang, hargailah masa kerana masa itu tidak dapat dinilai. aku takkan putus asa walaupun aku telah melalui kegagalan yang besar dalam hidup aku. harapan aku agar Allah permudahkan segala urusan hidup aku di dunia. kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat InsyaAllah..

thanks pidah untuk lagu ni. sikit sebanyak terubat juga sedih aku bila aku terkenang balik masa lampau aku.

balik dari main futsal je terus aku tulis blog ni. sebak pun ada mengenangkan apa yang aku capai sekarang ini..
kredit gambar kepada owner masing-masing.

3 pemisangan(s):

Anwar Yassin berkata...

Kepada yang lulus dengan cemerlang tu, ingatlah bahawa perjalanan masih jauh lagi. SPM tu bukan segala-galanya, tapi segala-gala mungkin bermula dengan SPM.

Untuk yang gagal atau kurang berjaya. SPM ni cuma satu daripada bahagian-bahagia kehidupan kehidupan anda. Jangan ingat, apabila sudah gagal SPM, gagallah kehidupan anda. Jadikan SPM ini tempat memulakan azam baru. Azam yang betul2 kukuh dan berwawasan.

Nice sharing Harun. Satu perkongsian yang menusuk sampai ke hati.

hans berkata...

bagi aku lulus cemerlang 1 bonus
tapi kalau gagal tak bererti hidup musnah
banyak lagi peluang diluar sana

Aida Ali berkata...

Pengalaman yang sangat berguna buat semua. Sebenarnya ramai yang bernasib begitu. Kesedaran untuk serius itu terlalu kurang tambahan SPM itu sendiri amat susah. Yang penting, kita cuba dan cuba meningkatkan diri dengan belajar maupun memberikan komitmen kepada kerjaya. Insya Allah rezeki akan datang jua kepada kita.

Related Posts with Thumbnails