petikan ayat diatas merujuk kepada pasca perlawanan bolasepak antara Chelsea vs Arsenal. tak mau banyak sangat komen karang nanti ada peminat yang mengamuk.. bagi aku, ianya lebih kepada "personal passionate" walaupun aku xminat sangat pun dengan kelab-kelab EPL** ni.. tak tengok pun tak kisah. tapi bila ada orang duk bermain kata tak tentu pasal.. memang aku sokong je memana asalkan bukan team yang dia sokong. kahkahkah..

Asyik cerita bola je ni. last week aku join sukan futsal intrakolej. sebelum ni tak pernahnya aku join liga futsal pun. setakat main hujung minggu tu ada la. dalam sukan yang berlalu hari sabtu lepas, team kitorang antara yang paling unik. unik dari segi barisan pemain, taktik serangan dan pertahanan serta rekabentuk jersi yang sangat menarik... Mana taknya, semua pemain team kitorang amatur saja, nak lawan dengan team2 yang semi-pro (semi aje pun, bukannya pro). lepas tu kalau sekali nak menyerang, semua 5-5 orang termasuk golkeeper sekali naik atas sampai takde orang jaga gol. kalau main defensive pulak, 5-5 orang berbaris depan tiang gol. mana taknya pihak lawan tak lemah semangat. walaupun kalah tapi huduh2 pun setiap game ada juga skor dan yang paling penting, semangat kesukanan masih ada (walaupun psycho team lawan bagai nak rak).
Antara hujung minggu aku yang paling best pada minggu ini.. cerita bola je..
Wah esok masa untuk mengukur berat badan. kalau internets ok insyaAllah aku akan uploadkan keputusan terkini. harap2 dapat bagi semangat kepada orang yang membaca blog aku ni (ya, anda!)
*anok = kutuk / perli
**EPL = English Premier League
puas hati aku minggu ni.. kahkahkah
0 pemisangan(s):
Catat Ulasan