Halaman

Memaparkan catatan dengan label eksesais. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label eksesais. Papar semua catatan

Sabtu, April 03, 2010

Mac yang berlalu

bulan lepas yang dah berlalu selama 31 hari adalah antara bulan yang paling banyak ujian kat aku. mana tak nya, pesta makan2, annual dinner, pesta muda mudi semuanya di bulan mac. nasib baik pesta kaul bukan bulan mac. kalau tak memang aku makan lagi banyak (pesta kaul tu ape?)
walau bagaimanapun bulan yang lepas sedikit mencacatkan perjalanan diet aku (diet progress) yang mana aku hanya kehilangan kira2 6kg sahaja berbanding bulan2 sebelumnya (purata kehilangan berat aku ialah sekitar 8kg/bulan ataupun 2kg/minggu untuk tempoh 3bulan berlalu). macam biasa, setiap awal bulan baru aku akan come out dengan post-mortem aku untuk mengenal pasti apakah punca-punca yang logik (walaupun tak berapa tepat) mengapa aku tidak mampu menghilangkan sekurang-kurangnya 8kg/bulan. dan inilah hasilnya :

Isnin, Mac 22, 2010

Musim yang sibuk

aku banyak menghabiskan sisa-sisa hidupku di sini sejak beberapa minggu yang lalu. 

sori guys aku tak dapat nak update entri dengan cerita-cerita menarik. memang kelam kabut sekarang. killer week kata orang puteh. hehe.. aku cuma nak update berat aku je memandangkan fokus utama aku menulis blog ini adalah mengenai cerita diet aku.
untuk minggu lepas berat aku hanya turun sebanyak 1kg sahaja. untuk 2 minggu berturut-turut berat aku turun 1kg setiap minggu. rasa slow la pulak nak mencapai angka 90. mungkin disebabkan oleh beberapa faktor yang agak mempengaruhi penurunan yang perlahan seperti :
1. aku banyak pecah pantang Atkins dalam 2 minggu yang lalu (tapi nasi tetap tak tempuh)
2. kurangnya eksesais disebabkan oleh keadaan cuaca yang tak mengizinkan dan juga masa aku yang tersangatlah sempit
3. perubahan kaedah diet aku seperti diet pisang dan teh herba mungkin telah sedikit melembabkan metabolisma badan
4. tidak cukup tidur (untuk pengetahuan korang, tidur yang cukup sekurang-kurangnya 7jam sehari menggunakan sekitar 2000kcal untuk pembinaan tisu-tisu baru dan juga otot-otot. kawan aku cakap instructor dia cakap macam itu).

jadi mungkin target untuk bulan Mac ini agak tersasar. mungkin aku takkan menang punya lah TBL Mr. Bam bulan ni. hehe.. dalam bulan ni je baru turun 4kg. mampus la nak menang.. unless berlaku keajaiban pada baki 10 hari sebelum pertandingan berakhir. hehe..

memang bz giler aku skang. aku akan kembali dengan entri menarik jika aku merasa stress dan juga internet yang baik.

Isnin, Mac 01, 2010

Reaching 30


Finally.. after 2months of efforts.. i am reaching to my first phase goal of diet. Just weighted my body mass this morning and it lose another 1.5kg and that makes my body mass index (BMI) decrease to 30.93. But yet  i still have to lose another 0.93BMI to keep my diet program consistent.
FYI, 0.93BMI equals to 2kg which is very hard to lose it for a week. But i manage to do that and  so far my weight loss are consistent every week ; 2kg/week. But of course its not about controlling my daily food intake. Its about my lifestyle. Seriously i`ve totally change my whole lifestyle since i practise this Atkins diet. 
Roughly i do this daily and i consider it as a 'crucial task' which in most of the time i almost escaped it! But luckily i still have courage to do the best during my weight loss program. 
Morning : Free hand exercise & Dumbell (15mins)
Evening : 2km of jogging OR 2hours of gymnasium (gym only on Monday and Wednesday since it is free!) and  40minutes of street soccer.
Night : Dumbell (10mins)
Since i start my diet program last year, until today i am already lost 17kg which i never been expected when the first day i started. Thank you Allah for giving me this wonderful life. Now i can wear XL t-shirt, wear <40 Levis jeans and i am look better than before. Hope i can reach my first phase goal by next week. InsyaAllah..


Mr Bam`s TBL contest ended yesterday. I already submitted my score. Hope i can win the prize. Wish me luck!! BTW feel free to visit http://dieton.com

Just received new items. My mom posted it. She wants me to have a try on the Teh Orang Kampung which is consider as a slimming tea. The other one is Lotion Mustajab which i used it everyday. It helps to get rid of stretch marks and exessive skins.

Ahad, Februari 21, 2010

Hari2 yang laju..

Korang mesti pelik kenapa dalam minggu ni post(s) aku agak banyak jika dibandingkan dengan minggu-minggu yang sebelumnya. Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang membolehkan aku menulis dengan begitu aktif sepanjang minggu yang berlalu.
Antara faktor paling utama mestilah cuti. Aku ingin memanfaatkan cuti aku dengan tidur yang cukup dan eksesais sebanyak yang mungkin. Walau bagaimanapun program eksesais aku sedikit terbatas dengan beberapa halangan antaranya hujan, jalan-jalan cari baju dan aktiviti makan berjemaah.
Faktor yang turut menyumbang kepada keaktifan berblog aku sudah semestinya kepantasan jalur lebar dan juga lebar jalur yang tidak sesak. Buat pengetahuan para anda yang membaca blog saya, segala kemudahan internet disini diperolehi daripada rangkaian internet universiti yang sememangnya percuma(free). Jadi kalau time cuti, semua orang balik, lebar jalur tidak sesak seperti waktu-waktu puncak pada hari yang bukan cuti dan ini memudahkan aku untuk berblog dengan lebih aktif berbanding minggu-minggu yang sebelumnya(dan juga akan datang).
Antara faktor lain juga termasuklah idea yang mencurah-curah(walaupun citer pasal personal life aku je), masa yang lebih dan juga kemampuan untuk mendapatkan internet dengan mudah.
Mungkin minggu depan dan yang seterusnya aku akan sedikit perlahan dalam penulisan blog aku. Tapi apa-apa mengenai diri aku pasti aku akan update seperti BMI terkini dan lain-lain. Jadi terima kasih kepada yang membaca. Sori kalau membaca blog aku agak boring(sebab aku cuba taknak menulis blog yang  berbaur politik, sosio-economy dan lain-lain)

Berat turun lagi. tapi berat rasmi macam biasa.. Setiap hari Isnin dan Khamis saja akan diumumkan.

Isnin, Februari 15, 2010

Pasca Loser

Permulaan hari yang agak baik. bangun awal juga aku hari ni(walaupun tak la awal sangat. at least masih sempat nak lunch tadi). Hari Isnin macam biasa aku akan umumkan berat aku yang terkini. Masih ditakuk 32.5BMI tanpa penurunan sejak hari khamis lepas. Tapi aku tak kisah. berbaloi jugak la kalau tak turun pun sebab aku makan besar untuk 4 malam berturut-turut.. Steambot, mcD, sotong penyet dan juga bihun goreng. Lengkap gaya hidup sihat aku. Tapi hari ni back on track balik. cuma masih juga terasa nak makan ni. perut agak lapar. Tapi disebabkan aku nak jaga pemakanan aku (no meals after 7) jadi terpaksa juga la tahan..

Tiada mood untuk berblog memandangkan power adapter laptop aku tiba2 je rosak semalam.. pening kepala either nak beli adapter baru or tak.. kalau beli, alamatnya xmakan la aku lepas ni.. kalau tak beli, susah pulak aku nak buat kerja (projek, notes, blog, fb etc etc). Waktu sekarang ni menulis blog menggunakan tester PC (untuk test projek aku). wireless dongle duduk terceruk dibalik dinding, susah nak dapat connection.

Takde mood ah nak menulis. Byep..

Joging dan futsal petang tadi.. Letih aku. Jam 8 tadi noim dgn achok ajak pgi bakso pulak.. makan bakso kosong je malam ni.. 

Ahad, Februari 14, 2010

CNY Part 2

Baru pulang dari aktiviti melihat pesta bunga api (firecrackers) dekat Taman Sahabat. Agak happening.. Orang punyalah ramai. ramai giler sampaikan nak parking keta pun susah. Parking ikut dan saja. Asalkan dapat tengok show bunga api.
Malangnya bersama ku ialah kamira henfon saja. oleh itu tak banyak imej-imej yang dapat diperolehi dengan kemas. Janji ada kamira suda.. Pesta bunga api bermula seawal 1140pm dimana tuan-tuan cina yang kaya-raya akan memulakan persembahan mereka dulu. Sampailah sekitar jam 1200am barulah aktiviti bunga api dimainkan secara berjemaah. Finale percikan bunga api yang paling terang di sekitar jam 1220am. Biasanya tokey yang paling kaya lah akan pasang mercun bunga api dorang tu last2. Baru gempak.
Pasca permainan bunga api diserikan dengan debu-debu yang dah membentuk jerebu akibat daripada pertunjukan bunga api tadi. Nak drive pun tak nampak, nak bernafas pun tak selesa.. nasib baik hujan. Ada kurang la sikit.

2 jam sebelum bunga api.. aku dan rakan2(tak ramai, 6orang je) buang tebiat pegi main futsal kat court Alamanda. siap berebut lagi dengan gadis2 sunti berbangsa India. tapi kitorang buat bodoh je. janji lepas gian nak bersukan. punyalah kemaruk nak main futsal selepas daripada permainan bersama team AFC.. ada la dalam 40minit main. masing2 dah pancit. tak tahan. court besar, main 6 orang. berlari ke hulu ke hilir. mana tahan beb..

1 jam selepas bunga api.. aktiviti merosakkan diet aku berlangsung di Raja Ayam Penyet.. aku order sotong penyet*, member2 aku pun pakat2 order sotong penyet. last2 aku tolong habiskan bahagian dorang(tapi aku mcm biasa, makan lauk je. nasi xmakan).. Untuk malam ke-3 berturut-turut aku asyik makan besar dan makan malam.. Punah diet aku. Usaha aku berbulan-bulan. Aku tak risaukan badan aku naik mendadak. tapi aku lebih risaukan tahap metabolisma badan aku sebenarnya..

Wah.. tahun harimau ke tahun ni.. aku pun tak pasti. tanya kawan2 cina aku dorang cakap tahun ni tahun harimau.. So aku assume betul la kot.. Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada mereka-mereka yang menyambutnya (khususnya yang berbangsa Tiong Hua). Kalau anda melayu / india / dayak / bumiputra pun anda sambut, jadi ucapan ini juga ditujukan kepada anda. Semoga tahun ini mendapat dua kali ganda kemakmuran(bak kata beger kemakmuran mcD, dabel kemakmuran..)


Gong Xi Fa Cai! (semoga cepat kaya)




*Sotong penyet mengandungi sotong yang digoreng dan dipenyekkan, tauhu goreng(2pcs), tempe(3pcs), ulam2an dan juga sambal rendang yang sedap sehingga menjilat kaki
Aku tak celebrate hari valentine sbb aku tak de awek / kekasih / bini. jadi tak perlulah aku mengulasnya lagi disini.

Isnin, Februari 08, 2010

Adesayor kena lagi

"kahkahkah amik kau. kena lagi sekali malam ni. tu la suka sangat anok* team lawan sebelum main. kan kena lagi teruk malam ni. kahkahkah.."

petikan ayat diatas merujuk kepada pasca perlawanan bolasepak antara Chelsea vs Arsenal. tak mau banyak sangat komen karang nanti ada peminat yang mengamuk.. bagi aku, ianya lebih kepada "personal passionate" walaupun aku xminat sangat pun dengan kelab-kelab EPL** ni.. tak tengok pun tak kisah. tapi bila ada orang duk bermain kata tak tentu pasal.. memang aku sokong je memana asalkan bukan team yang dia sokong. kahkahkah..

*disclaimer : gambar diatas tidak merujuk kepada mana2 entiti berkaitan dengan berita negara sekarang. sebarang makhluk yang terdapat diatas tiada kena mengena dengan Saiful Al-juburi dan yang sewaktu dengannya. merujuk kepada gambar diatas pasti korang dapat teka mana satu aku. kahkahkah

Asyik cerita bola je ni. last week aku join sukan futsal intrakolej. sebelum ni tak pernahnya aku join liga futsal pun. setakat main hujung minggu tu ada la. dalam sukan yang berlalu hari sabtu lepas, team kitorang antara yang paling unik. unik dari segi barisan pemain, taktik serangan dan pertahanan serta rekabentuk jersi yang sangat menarik... Mana taknya, semua pemain team kitorang amatur saja, nak lawan dengan team2 yang semi-pro (semi aje pun, bukannya pro). lepas tu kalau sekali nak menyerang, semua 5-5 orang termasuk golkeeper sekali naik atas sampai takde orang jaga gol. kalau main defensive pulak, 5-5 orang berbaris depan tiang gol. mana taknya pihak lawan tak lemah semangat. walaupun kalah tapi huduh2 pun setiap game ada juga skor dan yang paling penting, semangat kesukanan masih ada (walaupun psycho team lawan bagai nak rak).
Antara hujung minggu aku yang paling best pada minggu ini.. cerita bola je..

Wah esok masa untuk mengukur berat badan. kalau internets ok insyaAllah aku akan uploadkan keputusan terkini. harap2 dapat bagi semangat kepada orang yang membaca blog aku ni (ya, anda!)

*anok = kutuk / perli
**EPL = English Premier League
puas hati aku minggu ni.. kahkahkah

Jumaat, Januari 29, 2010

Pasca Khamis

PRK yang lepas sudah pun berlalu.. riuh di suratkhabar dan juga tv tentang perkembangan dan juga keputusan PRK. Macam-macam universiti yang masuk dalam paper. sampai muka member aku pun ada juga yang sesat. Aku difahamkan pilihanraya berjalan dengan lancar walaupun terdapat juga secebis makhluk yang masih tidak berpuashati dengan sistem undian yang baru dimana makhluk-makhluk tersebut melancarkan serangan yang tidak langsung memberikan kesan di hati para pengundi. Seperti yang kita tahu, PRK kali ini dah mengamalkan sistem e-voting dan ianya berkuatkuasa di seluruh IPT di Malaysia (kalau salah tolong jolokkan)

Dalam keriuhan di akhbar dan juga tv tentang nama-nama universiti yang 'famous amous', aku tersedar yang nama universiti aku takde masuk pun dalam liputan PRK di media massa (dalam internet aku xpasti. japgi aku google). Takpalah mungkin uni aku ni tak 'famous amous' kot. sebab tu takde liputan.. tapi yang pastinya kalau tak masuk dalam liputan pun takpe.. agak malu juga la kalau orang-orang diluar sana tahu apa yang berlaku sebenarnya kat sini. tapi aku xkisah pun. Sikit pun tak mengganggu-gugat kehidupan aku. Cuma aku berasa sedikit terkilan dengan PRK uni aku kali ini..

Ok berbalik kepada cerita diet aku. Hari terakhir aku timbang ialah pada hari kelmarin. WOW, menunjukkan tanda-tanda positif dengan cara diet aku sekarang ini. Menunjukkan penurunan sebanyak 2kg dengan berat terkini kira-kira 33.45537179649034BMI. Keseluruhannya aku amat berpuas-hati dengan hasil yang ditunjukkan walaupun penurunan tu tak berapa banyak la. kira ok la kot. Sebagai persediaan untuk pertandingan kelab diet mr. bam juga la ni.. Petang tadi pun ada juga berjogging walaupun tak lama.. kurang lebih 30minit saja..

Yang penting malam ini adalah malam terakhir ku bersama dengan JM5 kerana aku akan menghabiskan peket yang terakhir untuk malam ini. Bukan ku tak sudi nak guna JM5 lagi (cewahh). tapi harganya yang agak boom menyebabkan aku terpaksa berhenti membeli (walaupun sebenarnya nak beli juga). Mana taknya terpaksa berhenti beli, stok untuk sebulan makan pun lebih mahal dari bayar kereta aku setiap bulan.. ADOYAI..



tak masuk tv pun takpe.. kalau masuk agak malu juga.. dengar citer yang buat undian e-voting pemilihan calon hanya 4 fakulti je. 10 kerusi dipertandingkan. 4 melalui undian, bakinya menang tanpa bertanding.. oh alangkah bertuahnya kampus ku ini..

Khamis, Januari 21, 2010

Hani Tarmizi dan Hari Ini

Masuk ni dah hari khamis. hampir 11 hari aku baru nak start diet serius. dan macam biasa. aku naik tengok penimbang semalam, takde apa-apa penurunan juga. masih di takuk 34.40bmi. sedih pun ada. rasa nak terajang je penimbang tu takut penimbang tu yang tipu.. tuhan je yang tau perasaan aku bila aku memandang pada meter penimbang tu..

ok kita buang seketika layanan perasaan aku tu(ewah). dah 2hari tak berupdate. tentang apa yang aku makan untuk 2hari lepas.. aku kira2 ada dalam 820kcal dan 700kcal tenaga telah aku ambil untuk 2hari sebelum ni. makanan yang aku ambik termasuklah mihum tomyam, tosei dan tak lupa, biskut dan juga secawan kopi. sesi gym selama 1jam 20 minit juga telah berjalan semalam. dan sekarang aku pun dah mula mengambil teh hijau kosong* setelah mengetahui tentang kebaikan teh hijau ni. seperti yang diceritakan oleh doktor perubatan kat fakulti aku, teh hijau membantu meningkatkan kadar metabolisma badan(tapi aku beli yang cap ayam punya). harap-harap berkesan lah dalam memBANTU pengurangan berat aku...

semalam aku melepak dengan member2 aku(achok, jeri, noim, kj) sambil melepak makan tosei(makan jugek tu.. aduyai). tetiba kuar citer pasal Hani Tarmizi. sapa dia hani tarmizi ni sampai femes tetiba je? masa duk berborak tu ada la sinopsis tentang beliau ni. macam mana beliau mencetuskan isu sampai dah riuh di facebook(aku dah lama deactivate acc facebook. banyak mengganggu konsentrasi) dan macam mana beliau menyamakan seorang perempuan yang mewakili seluruh kaum tersebut di negeri tersebut bersifat sama.

































aku mula-mula tak berapa dapat gambaran sangat macam mana isu ni boleh tersebar dengan cepat. bila balik aku terus pegi cais, tanya uncle google pasal si hani tarmizi ni. taip je kat query tu result yang sama bersepah-sepah. salah satu yang aku temui seperti gambar diatas. credit to norhuzaimahinai untuk gambar. dari gaya penulisan hani tarmizi macam dia orang utara. kalau baca sekali lalu memang tak terasa apa-apa. tapi kalau baca 2kali, terasa yang sifat kenegerian tu terlalu tinggi. kenapa perlu sampai nak samakan seorang perempuan dengan semua perempuan di negeri tu?

aku juga berasal dari utara, memang anak jati utara. dan sekarang ni aku bermastautin di sarawak (tak tau la sampai bila). jadi kalau aku nak kaitkan ayat-ayat yang ditulis oleh hani tarmizi dengan kehidupan seharian aku yang aku duk jumpa awek-awek sarawak ni, langsung tak tepat pun. provokasi beliau terhadap awek-awek sarawak macam keterlaluan. tak perlu pun sebenarnya kalau dia nak samakan seorang perempuan tu yang kacau laki hot dia tu dengan perempuan-perempuan sarawak. macam la perempuan utara baik sangat(aku pernah ada pengalaman buruk dengan perempuan senegeri aku).

lagi satu, beliau juga ada menyebut yang sarawak ni kampung dan hutan. bagi aku semua ni adalah mentaliti orang-orang setempat aku sebenarnya. sama seperti aku dulu masa mula-mula nak datang sarawak. fikiran ni tak payah cakap la.. macam-macam aku fikir tentang yang tak baik, kemunduran dan sebagainya tentang sarawak. siap aku beli betul apa benda yang telah dipetuakan oleh bos aku**. tapi bila sampai je kat airport Kuching, aku tengok, tak lah seteruk yang digambarkan. malah lebih baik lagi dari negeri aku sendiri. pembangunan merata-rata. pendek kata semua yang ada kat tempat aku, ada kat sini(kecuali nasi lemak ali, nasi royal dan roti gardenia). sekarang dah lebih 3tahun aku bermastautin kat sarawak. nak balik kampung pun hanya 2-3kali dalam setahun. aku pun dah dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di sarawak. dah boleh klaka sarawak, dah merantau hampir seluruh negeri sarawak (kecuali limbang) dan merasai hampir semua jenis makanan sarawak (kecuali mee pok sebab haram).

kecoh giler skarang pasal isu ni. kalau kat facebook tu aku tengok macam-macam group 'anti hani tarmizi' wujud. siap ada petisyen lagi nak kumpul 1million hit menuntut hani tarmizi meminta maaf. giler betul. padahal isu sekecik ni kalau berborak bersama rakan-rakan di kedai kopi tak kemana sebenarnya. inilah orang panggil zaman teknologi. apa-apa yang kita tulis semua orang tahu. jadi apa yang perlu sebenarnya, cukup setakat cerita dikedai kopi. bak kata malik dan salam, cerita sensasi hanya di kedai kopi. kalau cerita kat facebook inilah jadinya.

nasihat individu bagi aku terhadap hani tarmizi ni, minta maaf je kalau petisyen tu betul2 dilaksanakan. jangan perbesarkan lagi isu ni. dan yang penting, jangan biarkan orang sarawak bermentalitikan yang buruk kepada orang utara sama seperti beliau bersangka buruk dengan perempuan-perempuan sarawak.


*teh hijau cap boh sahaja. nanti ada duit aku beli yang mahal lagi.
**aksesori termasuklah kasut but getah, paip getah, lampu suluh, life jacket dan gayung.
tengah duk menulis ni pun pekena lagi sebungkus biskut dengan secawan kopi..adoyai..

Selasa, Januari 19, 2010

kePUTUSan intirnit

bodoh betul mesh-kbr manjang tak dapat. memaksa aku tak dapat mengemaskini aktiviti harian aku. ok secara kasarnya semalam aku bergym untuk 30minit. after 7pm aku masih juga makan tapi ratah ayam bersama kacang merah dan juga 1/2 telur rebus kat kedai mak entek tu. ayam digoreng separa masak lepas tu dibakar. tak dapat nak pastikan berapa kalori tapi yang pasti tiada lemak yang terhasil oleh minyak. then tiba2 malam tu si don ajak pegi tengok wayang pula. 3d Avatar. layan. macam nak terkeluar makhluk na`vi tu (boleh tahan seksi). lepas tu boleh pulak terbabas pekena mee kolok (sikit nak mampus) dengan teh o limau.pada malamnya macam biasa. ambik jm5 je.

hari ni tiada yang menarik. cuaca cerah (alhamdulillah). sarapan macam biasa, sebungkus biskut IKO dengan secawan kopi 3in1. tengahari ambik jm5 saja. then petang ada sesi aerobik (poco2, salsa) selama 1jam. dalam masa buat gerak geri salsa tu perut aku dah berbunyi teruk giler. kuat sampaikan instructor pun dapat dengar. then nasihat dia.. (makan je la.. jangan makan nasi). so aku pun apa lagi. terus bergegas ke kafe water tower mengorder sepinggan mihun goreng berserta segelas air laici (giler beb).

ok aku nak berbadminton jap. bebudak ni dah riuh dah ni.

Ahad, Januari 17, 2010

Ahad yang sejuk

giler kentang bangun petang.. semalam bleh terbabas main game sampai ke pagi. ADOYAI! lari jugek waktu tidur aku. bab makanan? hanya sebungkus biskut dan segelas air teh menjadi teman setia hingga ke dinihari. ada la juga syaitan2 ajak aku pegi lepak mcD lah, ayam penyet lah, bunda kafe lah. nasib aku xlayan. sampai ajak lepak pi cais* pun aku xnak layan jugek. hahaha..

ok2 baktobasik. kalau nak menghitung kalori yang aku amik semalam aku pun xsure kalau teh gula kurang manis brapa kalori. tapi kalau ikut anggaran around 60-70kcal kot. boleh main agak2 camtu? (boleh la labu). then biskut 110kcal. dah 180kcal. nak bakar sebanyak tu mau lari kat treadmill selama 15minit dengan kelajuan berskala 3.5 baru dpt hilang +-180. ADOYAI!

bangun petang terus amik jm5. lepas ni sesi berjogging pula pada waktu petang (harap2 la tak hujan.. samarahan asyik hujan je 2-3minggu ni). kita nantikan apa pula menu aku pada malam ini.. ADOYAI!

__________________________________________________________________

sesi jogging (banyak berjalan lagi sebenarnya) selama 40minit telah berjalan dengan sempurna tanpa sebarang kecederaan dan juga kejadian yang tidak diingini. balik2 rumah ada pulak member offer donut big apple.. adoyai nafsu makan membuak.. lalu kuambil juga sikit (1/4 mungkin). so kalau nak kira kalori, sebiji donat big apple dalam lebey kurang 280kcal. jadi aku amik 70kcal saja. tak cukup dgn tu, nafsu dh membuak-buak, ku ambil pula sebungkus mee megi berserta sebiji telur lalu ku masak dan makan. jahanam 370kcal lagi masuk dlm perut..

malam ni member aku nk masak bolognaise pulak.. arghh mati la aku.. (dalam duk menulis ni pekena pula kopi 3in1... lagi 90kcal masuk..ADOYAI!)
___________________________________________________________________

another spaghetti for tonight.. tapi sikit je. dlm 1/2mangkuk. tu pun dh mncarut-carut dlm hati (kenapa la aku xtahan sgt godaan mkn..). dan penutup untuk hari ini ialah jdm5 walaupun sebelum tu aku pi tgk bola kat warung.. terbang lagi teh tarik (1 gelas pulak tu). oleh itu jumlah kalori yg aku ambil untuk hari ini ialah..

180 + 70 + 370 + 90 + 380(spagheti) + 83(teh tarik) = 1173kcal

argh.. lebihan 373kcal** dari yang sepatutnya.. Ya Allah tabahkan hati hambamu ini untuk mengharungi perjalanan hidup yang terikat ini.. Amin..

*cais - center of academic & information studies
**bersamaan dengan 45minit larian di treadmill dengan kelajuan 3.0
baru aku perasan tadi jam g-shock aku yg dh berusia 5tahun telah mematikan dirinya sendiri pada jam 1039h
Related Posts with Thumbnails