Halaman

Memaparkan catatan dengan label tolong orang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tolong orang. Papar semua catatan

Jumaat, Mac 12, 2010

Kantoi



Kantoi by Zee Avi. teringat pulak kisah silam dulu. tapi bukan aku yang kantoi, malah aku mengantoikan dia.. tak payah ungkit lagi tentang dia itu. hanya tinggal sejarah (cewah~!!).
skarang ni pun aku sedang kantoi dengan notasi2 technopreneurship and product development. esok 2 jam peperiksaan. msc standard la konon. 
tadi seawal jam 12 tengah malam pun dah kantoi lagi dengan maggi sardin. habis jahanam diet aku. naz, tak sanggup lagi gua begini kerana mee maggi. 3bulan tak makan maggi akhirnya makan juga aku tadi. agak banyak perkara yang mengantoikan aku sepanjang minggu lepas dan minggu ini terutamanya bab makan.. nak jaga sangat makan, last-last kantoi jugek..
sebut tentang perkataan kantoi.. apa makna kantoi sebenarnya?

Selasa, Mac 09, 2010

Siri bercakap dengan Mr. Bam 1

Aduh.. aku agak sibuk kebelakangan ini dengan lambakan tugasan dan juga projek yang nak diselesaikan. Bukan apa. Bulan 3 ni memang merupakan bulan yang memang sengaja nak bagi orang sibuk terutamanya orang-orang macam aku ni.. Jadi bila aku terbaca entri kelab diet Mr. Bam terpacul pula soalan-soalan yang aku rasa secara jujurnya aku perlu jawab demi kebahagiaan korang (hehe..). Sejurus sebelum aku menulis entri ini, aku baru je pulang dari melepak di kedai mamak bersama-sama dengan 3 orang kawan baik aku (kira consider baik la sbb dorang honest dgn aku). Menemani bersama aku pada ketika itu ialah 3 pinggan nasi beriani ayam dan juga sepinggan bihun goreng (korang boleh teka la aku mana apa tadi. hehe) dan juga 3 gelas teh tarik bersama segelas air kosong (yang ni pun korang leh tau aku minum yang mana).

Ok kembali ke topik asal aku iaitu siri bercakap dengan Mr Bam. Tiada kena mengena dengan siri bercakap dengan jin dan yang sewaktu dengannya. Dengan pengumuman juara TBL Februari yang lalu maka berakhirlah sesi keperitan para peserta untuk bersaing menurunkan berat badan dan aku tidak terkecuali daripada menyertai pertandingan tersebut. Dan berakhir dengan keputusan yang mana aku telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Sekarang Mr Bam  (penganjur pertandingan) ingin menemuramah aku dengan dua soalan sahaja. Soalan simple, tapi aku perlu jawab demi merangsangkan semangat orang-orang seperti aku (dan aku juga) untuk menurunkan berat badan kepada yang ideal. Berikut adalah soalan-soalan daripada beliau :

Sabtu, Januari 16, 2010

160110

Terbangun awal hari ni. pagi2 alam seawal jam 5 dapat kol dari member. minyak keta dia abis. terus bekejar ke tempat kejadian dan tiba dalam tempoh 30minit selepas mendapat panggilan*
Semalam hantar kawan pegi normah medical center kat petrajaya pulak atas urusan kecemasan. On the way balik tu boleh pulak terbabas melepak ke mcD bersama rakan-rakan seangkatan (tapi tak obes). syukur aku tak menjahanamkan sesen duit pun untuk membeli keperluan makanan berlemak seperti bigmac dan kentang goreng. tapi tibai jugek makanan yang tak abis**..

dalam tempoh malam sampai pagi tu je dh brapa kalori aku amik.. ish2.. nescafe 2 tin, curly fries dan juga air gas anggaran kalori kalau diambil kira ialah sekitar 700kcal. abis jahanam diet aku.. xpe cubaan semua ni. at least siang kemarin aku xmakan ape pun kecuali biskut je..

untuk hari ini..

sarapan = 1 peket biskut IKO high grain (110kcal) + kopi 3in1
petang (b4 7) = bakso semangkuk(380kcal) + 1/2gelas durian pop ais(80kcal approx.) (habis jahanam diet aku..)
malam = jdm5

total kalori (arghh!) = 110 + 90 + 380 + 80 = 660kcal. tambah lagi yang pagi2 buta tadi punya dah brapa? arghh siot tul.. susahnya nak tahan nafsu makan Allah saja yang tau.. nak bersenam hari ni pun xdapat agak sibuk hari ni..



*jarak diantara kota samarahan dengan kuching adalah kira-kira 50km dengan keadaan jalanraya yang basah dan berlubang sana sini macam haram.
**curly fries dengan 4-5 hirup minuman bergas
Related Posts with Thumbnails