Halaman

Memaparkan catatan dengan label Atkins. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Atkins. Papar semua catatan

Isnin, Mac 22, 2010

Musim yang sibuk

aku banyak menghabiskan sisa-sisa hidupku di sini sejak beberapa minggu yang lalu. 

sori guys aku tak dapat nak update entri dengan cerita-cerita menarik. memang kelam kabut sekarang. killer week kata orang puteh. hehe.. aku cuma nak update berat aku je memandangkan fokus utama aku menulis blog ini adalah mengenai cerita diet aku.
untuk minggu lepas berat aku hanya turun sebanyak 1kg sahaja. untuk 2 minggu berturut-turut berat aku turun 1kg setiap minggu. rasa slow la pulak nak mencapai angka 90. mungkin disebabkan oleh beberapa faktor yang agak mempengaruhi penurunan yang perlahan seperti :
1. aku banyak pecah pantang Atkins dalam 2 minggu yang lalu (tapi nasi tetap tak tempuh)
2. kurangnya eksesais disebabkan oleh keadaan cuaca yang tak mengizinkan dan juga masa aku yang tersangatlah sempit
3. perubahan kaedah diet aku seperti diet pisang dan teh herba mungkin telah sedikit melembabkan metabolisma badan
4. tidak cukup tidur (untuk pengetahuan korang, tidur yang cukup sekurang-kurangnya 7jam sehari menggunakan sekitar 2000kcal untuk pembinaan tisu-tisu baru dan juga otot-otot. kawan aku cakap instructor dia cakap macam itu).

jadi mungkin target untuk bulan Mac ini agak tersasar. mungkin aku takkan menang punya lah TBL Mr. Bam bulan ni. hehe.. dalam bulan ni je baru turun 4kg. mampus la nak menang.. unless berlaku keajaiban pada baki 10 hari sebelum pertandingan berakhir. hehe..

memang bz giler aku skang. aku akan kembali dengan entri menarik jika aku merasa stress dan juga internet yang baik.

Selasa, Mac 09, 2010

Siri bercakap dengan Mr. Bam 1

Aduh.. aku agak sibuk kebelakangan ini dengan lambakan tugasan dan juga projek yang nak diselesaikan. Bukan apa. Bulan 3 ni memang merupakan bulan yang memang sengaja nak bagi orang sibuk terutamanya orang-orang macam aku ni.. Jadi bila aku terbaca entri kelab diet Mr. Bam terpacul pula soalan-soalan yang aku rasa secara jujurnya aku perlu jawab demi kebahagiaan korang (hehe..). Sejurus sebelum aku menulis entri ini, aku baru je pulang dari melepak di kedai mamak bersama-sama dengan 3 orang kawan baik aku (kira consider baik la sbb dorang honest dgn aku). Menemani bersama aku pada ketika itu ialah 3 pinggan nasi beriani ayam dan juga sepinggan bihun goreng (korang boleh teka la aku mana apa tadi. hehe) dan juga 3 gelas teh tarik bersama segelas air kosong (yang ni pun korang leh tau aku minum yang mana).

Ok kembali ke topik asal aku iaitu siri bercakap dengan Mr Bam. Tiada kena mengena dengan siri bercakap dengan jin dan yang sewaktu dengannya. Dengan pengumuman juara TBL Februari yang lalu maka berakhirlah sesi keperitan para peserta untuk bersaing menurunkan berat badan dan aku tidak terkecuali daripada menyertai pertandingan tersebut. Dan berakhir dengan keputusan yang mana aku telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Sekarang Mr Bam  (penganjur pertandingan) ingin menemuramah aku dengan dua soalan sahaja. Soalan simple, tapi aku perlu jawab demi merangsangkan semangat orang-orang seperti aku (dan aku juga) untuk menurunkan berat badan kepada yang ideal. Berikut adalah soalan-soalan daripada beliau :

Sabtu, Mac 06, 2010

5 days of war

If you read my previous post, then u shall not ask me again why sometimes i wrote my post in english..

If you read my twitter updates then u already know what this post is all about. For last weekdays i was suffering stomachache resulting diarrhea everyday. I not even had a of peace during the days.. Everytime i had to went to the restroom* to release something that wants to come out, can not be stalled anymore. And yet, after several minutes i had to went to restroom again and again and again.. I think i spend almost 90 minutes in the restroom everyday for 5 days. It also gave effects the other part of my life which i had to escape many lab sessions and gym sessions just because i can not withstand the ache. I also had to escaped my interview with InfoSys, i cant do my 2km jogging everyday and i cant stay longer when i went out or hanging out with my friends. I think it was the worst week i had faced ever for year of 2010.. 
The worst thing is, i dont lose any pounds or kilos since last week. Maybe it is the effect of the herbal tea eventhough it stated that the herbal tea can helps to burn fats, but it still dont give me any significant results after 5 days i taken it. Compared to what i have done during my diet progress before, i can lose 2kgs for a week. Just natural concept of diet, no need to take herbal tea or whatsoever. Just eat like normal according to Atkins approach, count the calories intake, do more exercise, take supplement and avoid overslept.
So today i stopped from taking the herbal tea and get back on track of healthy diet. Maybe the tea can burns fat much faster then what i did, but the thing is, it is not suitable to my body. Others already tried and succeed with it, but it is not for me. And i guess i dont want to take any kind of diet pills or tea anymore after i had a terrible experience with it..

*restroom = toilet la..

Isnin, Mac 01, 2010

Reaching 30


Finally.. after 2months of efforts.. i am reaching to my first phase goal of diet. Just weighted my body mass this morning and it lose another 1.5kg and that makes my body mass index (BMI) decrease to 30.93. But yet  i still have to lose another 0.93BMI to keep my diet program consistent.
FYI, 0.93BMI equals to 2kg which is very hard to lose it for a week. But i manage to do that and  so far my weight loss are consistent every week ; 2kg/week. But of course its not about controlling my daily food intake. Its about my lifestyle. Seriously i`ve totally change my whole lifestyle since i practise this Atkins diet. 
Roughly i do this daily and i consider it as a 'crucial task' which in most of the time i almost escaped it! But luckily i still have courage to do the best during my weight loss program. 
Morning : Free hand exercise & Dumbell (15mins)
Evening : 2km of jogging OR 2hours of gymnasium (gym only on Monday and Wednesday since it is free!) and  40minutes of street soccer.
Night : Dumbell (10mins)
Since i start my diet program last year, until today i am already lost 17kg which i never been expected when the first day i started. Thank you Allah for giving me this wonderful life. Now i can wear XL t-shirt, wear <40 Levis jeans and i am look better than before. Hope i can reach my first phase goal by next week. InsyaAllah..


Mr Bam`s TBL contest ended yesterday. I already submitted my score. Hope i can win the prize. Wish me luck!! BTW feel free to visit http://dieton.com

Just received new items. My mom posted it. She wants me to have a try on the Teh Orang Kampung which is consider as a slimming tea. The other one is Lotion Mustajab which i used it everyday. It helps to get rid of stretch marks and exessive skins.

Khamis, Februari 25, 2010

Kempen TakNak Nasi

Ah.. baru saja melepasi tahap kesibukan yang melampau selepas melalui sesi peperiksaan dan interview. Rasa lega la sikit untuk hari ini. Esok cuti sempena Maulidurrasul. Boleh rehat2kan minda sebentar di rumah. Baru plan nak join perarakan tapi khabarnya tahun nie takda lagi perarakan sebab dah jadi isu bid`ah pulak. So nanti balik aku akan research dulu samada aktiviti tersebut bid`ah atau tidak.


Tadi aku pegi lunch kat kafe tower dengan 2-3-4 kerat kawan aku. Dalam keramaian orang di kafe, aku dengan rilek pisangnya mencapai pinggan lalu terus memotong barisan orang ramai(orang biasanya queue sebab nak amik nasi, aku tak makan nasi, oleh itu tak perlu berbaris la kot) dengan mengambil beberapa jenis lauk (ayam goreng, kari daging dan sayur taugeh goreng). Orang semua dah ushar aku pelik kecuali makcik tukang kira harga(sebab aku hari-hari beli kat kaunter dia). Bersama sebotol air mineral, aku menuju ke meja makan.


Bila dah sampai kat meja kawan-kawan aku semua ushar pelik.."Apahal kau tak makan nasi?" "Aku memang dah tak makan nasi tahun ni. dah dekat 2 bulan dah pun.." "Yeke? Tipulah kau.. tapi kau nampak ada kurus sikit la. kau diet ke?" Macam tu lah lebih kurang dialog yang dah berlaku. Mungkin dorang tak perasan aku dah lama tak makan nasi sebab aku jarang makan semeja dengan dorang. 

Kemudian aku pun berceritalah sikit pasal konsep diet yang aku amalkan kat dorang. "Aku sekarang diet tak makan nasi. Bukan setakat nasi aje, mee, bihun, roti, ubi kentang dan yang sewaktu dengannya aku berpantang jugek". "Dapat pulak kau tahan?". "Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan". Cewah berfalsafah pulak aku..


Ok la terus terang aku cakap. Memang la agak susah bagi aku masa minggu pertama & kedua aku tak makan nasi dulu. Pendek kata benda-benda yang berkarbohidrat lah(termasuklah gula) terpaksa aku keluarkan daripada senarai wajib makan setiap hari. 
Antara makanan yang aku suka tapi terpaksa aku tak makan termasuklah nasi beriani, roti canai, teh tarik peng(ais) dan lain-lain lagi termasuklah milo, indocafe 3 in 1, biskut yakub(Jacob), biskut kering, roti krim dan sebagainya. Terlalu nak mengikut apa yang disarankan oleh Atkins punya pasal.. Tapi takpe. at least hasil usaha aku tu dah agak menampakkan kesan yang agak ketara la. Daripada berat maksimum aku dulu yang hampir mencecah 115kg, aku dah mampu hilangkan 15kg dalam tempoh tak sampai 2 bulan. Menarik kan?

Tapi disebalik yang menarik itu tersembunyi jugak perasaan nak makan nasi.. Orang Asia beb. Kalau tak makan nasi sehari, mau menggeletar bulu hidung.. Macam mula-mula aku start dulu. tapi sekarang Alhamdulillah.. sampai sekarang dah masuk hari yang ke 40 aku xmakan nasi, aku rasa dah boleh kawal nafsu nak makan nasi. Yang penting, aku belum lagi pecah pantang larang aku sehingga sekarang(maksud aku tak ambil makanan-makanan yang aku sebutkan tadi).


Kononnya nak buat 99HTN(99 hari tanpa nasi) yang diasaskan oleh sapa aku pun tak tahu.. cuba2lah google sendiri..

Jumaat, Februari 19, 2010

Reasons to be a "not fat"

10 reasons why i`m dieting through Atkins :
  1. Because i`m fat
  2. Because i`m too fat
  3. Because i`m not thin 
  4. Because i love to eat
  5. Because i want to wear my 7 years old shirts and pants
  6. Because i want to make changes in my lifestyle
  7. Because i am not a chick magnet
  8. Because my friends always leftover me if there is any party or whatsoever
  9. Because my mum told me to do so
  10. And most important thing is, because i want to life longer throughtout lifestyle changes including my daily dietary, my lifestyle and my passion.
Hope those will answers your questions.

Jumaat, Februari 12, 2010

Lega

Hati aku kembali lega bila aku timbang lepas maghrib tadi menunjukkan meter ke asal.. pening juga kepala aku. mana tak nye semalam aku tibai steambot tak hengat. tapi kawan aku cakap "sekali sekala xpe man. yang penting pantang larang kau terjaga".. apa yang dia cakap tu betul. tapi aku terlupa nak jaga pantang larang semalam.
Ayam, ikan, fishball, nugget, sotong, ketam semua aku belasah.. sampai boleh pulak aku tersilap order air tin (Green tea less sweet, masih jugak ada gula). Then dibujung sessi steamboat tibai lagi aiskrim.. Sedap aiskrim. lama sangat aku tak makan(dari tahun lepas lagi rasanya sbb tahun ni aku start diet).
...................

Hari ni berbelanja la sedikit membeli makanan tambahan (supplement kata orang). Lepas solat Jumaat, lepak kafe Alamanda merah makan sayur goreng dengan tauhu masak merah. Air pasti air kosong. Then drive balik kolej, lepak2 sekejap, terus drive pegi Tabuan Jaya.
Aku lupa nama farmasi ni tapi kat sini satu2nya farmasi yang menawarkan harga yang agak murah(memang murah pun) kalau nak beli ubat atau supplement.

Sebenarnya memang ada effect juga kalau tak makan benda-benda alah mcm supplement ni. Badan jadi letih. Nak joging pun xbermaya je. Yela, dah makan tak cukup khasiat. So benda-benda ni yang tambahkan khasiat aku. Jahanam jugak laa RM50 aku sehari kerana 3 benda alah ni.. Sesampainya aku kat depan pintu farmasi tu, ada sorang sales girl approach aku. Aku pun cakap yang aku nak multivitamin. Terus dia offer yang brand mahal punya. Ada ginseng la apa la. Aku tengok harga, bagai nak rak. Mahal nak mampus. Aku pun cakap la aku nak brand Seven Seas je. Memula dia paksa jugak2 aku beli brand yang dia recommend tu. Bila dah banyak kali dia cakap suruh beli, aku pun sound la cara baik. "Miss, i`m your customer. Suppose u should get what i want, not what u want." Then aku dapat tengok muka dia bengang. Maybe sebab aku xnak beli apa yang dia recommend kot..(nak beli jadahnya. mahal nak mampus. aku bukan orang kaya pun).
Then lagi 2 benda tu aku cari sendiri tanpa bantuan dia. Time nak bayar kat kaunter, sales girl tadi tu gelak2 je kat aku. dia cakap ape? "Ala u bought that brand more better la than this cheap brand". Aku pun seraya menjawab "No thanks, i stick with this brand for 2years already". Kat hujung2 tu masa dia borak2 dengan member dia tu aku macam terdengar ayat "cheapo guy, shame on u".. Lantak kau la. Aku customer kau. Duit aku, aku punya suka la.. What the *&%^~!!

3 barang yang aku maksudkan tu ada di atas. Equal, multivitamin and cod liver oil capsules. 3-3 jenis barang tu disarankan oleh Atkins(walaupun brand xsama la, tapi aku assume kandungan kualiti vitamin dia tu sama). Aku suka beli brand seven seas ni sebab dia murah dan berkualiti. Nak beli yang mahal? siap la.. sebulan mau RM100 dah kena pk pasal supplement je..
Equal aku beli sebab aku nak cut off pengambilan gula secara total. Multivitamin aku beli sebab nak menambahkan zat yang mungkin aku xdapat semasa aku makan. Cod liver oil capsules aku beli untuk menggantikan jenis cecair(sebelum ni aku minum Scotts Emulsion, letih la nak beli. Sebotol besar kalau minum ikut sukatan tahan 2minggu je). Jadi pilihan yang lebih efektif yang aku ada adalah dengan membeli yang jenis pil ni. Khasiat, of kos la Scotts Emulsion punya lagi banyak.. Asalkan aku dapat khasiat yang sama, kira ok lah ni..

Petang tadi aku tibai ayam goreng ala KFC seketul dengan sayur taugeh.. lapar beb. Mana bleh tahan

......................................................................................................

Another activity that ruin my 1 1/2 months of efforts.. buleh pulak keluar melepak dengan member2 aku (jeri, noim and 2jam girls) kat mcD.. 1 cup of coffee + 2 pieces of ayam goreng mcD.. arghh!!! susahnya nak menolak!!..

Isnin, Februari 08, 2010

Berat menurun..

Turun lagi 1kg menjadikan ratio semasa ialah 32.82413836636788BMI. Keseluruhannya berpuas hati dengan perkembangan diet tanpa bantuan JM5. masih dengan program Induction (Atkins). insyaAllah kalau aku serius dengan diet aku skarang maybe boleh mencapai berat ideal dalam tempoh 7-8bulan lagi. Alhamdulillah..

Ahad, Januari 24, 2010

Hujung minggu yang sakit..

teruk juga antibodi badan aku. baru baik dari selesema 2minggu lepas. tiba2 bangun tido semalam rasa sakit tekak yang amat. kepelikan telah melanda diriku. adakah sebab faktor pemakanan yang tak betul? atau pun memang jangkitan? atau pun sebab aku terhidu debu (masa petang 2hari lepas aku joging depan cempaka. kebetulan lori lalu. habis debu-debu beterbangan bagaikan sakti). ah persetankan saja.. biarkanlah dengan faktor-faktornya. yang penting, tabiat merokok aku sikit sebanyak dapat dikurangkan(harap-harap berhenti teruslah). cuma mood untuk bersukan sikit sebanyak menurun sebab betul-betul rasa tak sihat(2hari tak bersukan pun dah gian).

dah 4hari berturut-turut aku asyik makan malam je(walaupun tak makan nasi). tak kiralah. janji makan. jahanam diet aku. kiraan kalori pula dah tak berapa menentu walaupun aku cuba stick untuk tak lebih dari 800kcal sehari. tapi start mulai harini aku tengok JM5 dah tinggal sikit. ada lagi 6 peket. jadi untuk tidak membuatkan badan aku rasa terkejut dengan ketiadaan pengambilan JM5 ni, aku bercadang untuk amik lagi 6 peket tu sekali sehari je(sebelum tido). kawan aku yang penah makan ni la cakap "kalau kau terus2 berhenti amik JM5 ni kemungkinan tabiat makan kau berubah adalah tinggi".

jadi apa yang aku buat ialah dengan menggabungkan teknik pemakanan cara Atkins dengan JM5. asalkan tak lebih kalori. cuma aku terpaksa kurangkan pengambilan karbohidrat sampaikan aku terpaksa beli Pal Sweet semata-mata taknak amik gula (tapi kalau orang kasi aku aiskrim belum tentu aku tolak lagi). lepas tu pegi gatal tangan beli multivit lah, omega3 lah. punya nak ikut saranan Atkins. takpe cuba dulu. asalkan tak hangat-hangat tahi ayam.

untuk berat semasa esok mungkin aku akan uploadkan kiraan bmi(itu pun bergantung dengan internet). harap-harap ada perubahanlah sekurang-kurangnya turun lagi 1kg(nak turun jadahnya kau asyik makan malam je).
Related Posts with Thumbnails