kembali kembala episod kedua setelah aku berehat agak panjang (bukan berehat tetapi sibuk) selama 2minggu mungkin. sebenarnya aku memang agak sibuk. lepas satu program, satu program pula aku join. baru je lepas dengan masalah-masalah dengan tesis, datang pula kursus lagi. agak panjang durasinya. tapi sekurang-kurangnya dapat juga ilmu yang baru selain memantapkan skill programming aku yang tak seberapa ni (cewah ayat xleh blah!)
kali ni aku join satu kursus yang diberi nama Infosys Campus Connects (ICC). ICC ni sebenarnya diilhamkan oleh kementerian pengajian tinggi (KPT) dan juga syarikat Infosys yang berpangkalan di Bangalore, India. Agak menarik sebabnya Infosys adalah satu2nya syarikat yang sanggup dedahkan segala ilmu dan juga standard-standard penting di alam pekerjaan, terutamanya di bidang programming.



