Halaman

Memaparkan catatan dengan label kegagalan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kegagalan. Papar semua catatan

Isnin, Mei 31, 2010

kembali kembala - 2 (Infosys Campus Connect)


kembali kembala episod kedua setelah aku berehat agak panjang (bukan berehat tetapi sibuk) selama 2minggu mungkin. sebenarnya aku memang agak sibuk. lepas satu program, satu program pula aku join. baru je lepas dengan masalah-masalah dengan tesis, datang pula kursus lagi. agak panjang durasinya. tapi sekurang-kurangnya dapat juga ilmu yang baru selain memantapkan skill programming aku yang tak seberapa ni (cewah ayat xleh blah!)

kali ni aku join satu kursus yang diberi nama Infosys Campus Connects (ICC). ICC ni sebenarnya diilhamkan oleh kementerian pengajian tinggi (KPT) dan juga syarikat Infosys yang berpangkalan di Bangalore, India. Agak menarik sebabnya Infosys adalah satu2nya syarikat yang sanggup dedahkan segala ilmu dan juga standard-standard penting di alam pekerjaan, terutamanya di bidang programming.


Selasa, Mei 11, 2010

pulang mulang

baru pulang dari kampung halaman. nama je balik kampung, tapi kerja melambak. tak terasa keenjoyan. dalam pada itu sedikit gambar untuk tatapan kalian. aku tak nak cakap apa2. bak kata pepatah, sekeping gambar menerangkan 1000 perkataan...



*terasa bahagia bila dapat menjahanamkan diet. yang penting 4hari penuh memang aku makan kaw2. terbaik lah! berat masih maintain tak turun.. lekat kat 85kg. skarang dah get back on track. target masih jauh..

Sabtu, April 03, 2010

Mac yang berlalu

bulan lepas yang dah berlalu selama 31 hari adalah antara bulan yang paling banyak ujian kat aku. mana tak nya, pesta makan2, annual dinner, pesta muda mudi semuanya di bulan mac. nasib baik pesta kaul bukan bulan mac. kalau tak memang aku makan lagi banyak (pesta kaul tu ape?)
walau bagaimanapun bulan yang lepas sedikit mencacatkan perjalanan diet aku (diet progress) yang mana aku hanya kehilangan kira2 6kg sahaja berbanding bulan2 sebelumnya (purata kehilangan berat aku ialah sekitar 8kg/bulan ataupun 2kg/minggu untuk tempoh 3bulan berlalu). macam biasa, setiap awal bulan baru aku akan come out dengan post-mortem aku untuk mengenal pasti apakah punca-punca yang logik (walaupun tak berapa tepat) mengapa aku tidak mampu menghilangkan sekurang-kurangnya 8kg/bulan. dan inilah hasilnya :

Rabu, Mac 31, 2010

ribut sibuk

ribut sibuk mula melanda diri aku sejak beberapa minggu yang lalu. dah 4 hari juga aku tak sempat nak menjenguk blog aku ni. kepada yang blogwalk, terima kasih semua. aku dah balas lawatan korang tapi mungkin ada yang tercicir juga.. pagi ni aku tulis2 pun sebab aku tak tido. terus berjaga sampai pagi sebabnya aku dah tdo awal semalam. gila bola datang lagi. 
Manchester United vs Bayern Munich. nasib baik la Olic skor gol last minit. menang juga Bayern dengan 2-1. tahniah untuk Bayern. at least tertutup sikit mulut2 fanatik manure tu.. menyampah betul aku. tengok bola pun nak emo lebih2. mcm la dorang yang main. harap ini merupakan berita baik buat ahli kelab penyokong GEMUK (Gagasan Excited Manchester United Kalah). hehehe..
Kebahagiaan juga dirasai bila mana kelab setia aku, AS Roma menang pula lawan Inter Milan 2-1 ditempat sendiri. hehe.. 1 point saja beza dengan leader serie a sekarang. harap-harap roma akan konsisten lagi dengan game yang akan datang. tahun depan boleh masuk Champions League..

sebut tentang gemuk.. aku masih dikategorikan sebagai seorang yang gemuk (kelas overweight dengan bmi terkini sekitar 29BMI). 

Sabtu, Mac 13, 2010

SPM : cemerlang atau gagal?


keputusan peperiksaan SPM 2009 dah pun diumumkan 11 Mac 2010 lepas dengan peratusan lulus 90.8%. tahniah kepada para budak yang mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan yang lepas. kepada yang kurang cemerlang, jangan berputus asa. tingkatkan azam untuk mencapai kecemerlangan kerana SPM bukan penentu masa depan korang. bagi pendapat aku, SPM lebih kepada gerbang untuk meneruskan kecemerlangan dengan lebih pantas. sebab tu kalau kita tengok rata-rata yang seawal umur 25 dah jadi pensyarah universiti, jurutera, peguam dan sebagainya kerana kebanyakannya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM mereka. jadi ini secara langsung melahirkan tenaga kerja professional dalam tempoh yang singkat. itu pun belum lagi memenuhi misi kerajaan untuk perbanyakkan tenaga kerja professional.



Bercerita mengenai pengalaman aku tentang SPM, 
Related Posts with Thumbnails