lupa pula aku nak mengucapkan kepada yang menyambutnya. Selamat Hari Gawai Dayak kepada semua kaum Dayak di Sarawak dan juga Selamat Hari Kaamatan untuk di Sabah. aku yakin ada juga pembaca blog aku yang orangnya dari kaum Dayak.
bagi yang taktau apa itu kaum Dayak silalah tanya pakcik google untuk maklumat lebih lanjut. btw hari gawai ni dikira sebagai cuti umum di Sarawak. walau bagaimanapun, group ICC (sila baca post sebelumnya) perlu juga mengikut tentatif yang dah dibagi. nasib baik bukan bab study dari segi teori dan amali, tapi trip ke Kampung Budaya.
bagi yang taktau Kampung Budaya tu apa, ianya lebih kurang macam mini Malaysia yang ada di Melaka. cuma fokus utama Kampung Budaya lebih kepada promosi dan penerangan tentang masyarakat Sarawak. so bagi sesapa yang nak sangat tengok rumah panjang, gaya hidup orang2 Dayak dan sebagainya bolehlah berkunjung ke sana.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 tahun yang lalu